Tentang Kami

Stormreaders Network Sdn.Bhd
(Co.No:819400-M | AJL:931780)

11A,Jalan PJU 10/10B,
Saujana Damansara PJU 10,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

E-mail  :  Admin@stormreaders.com
No.Tel : 03-61418684/85 (9:00-5:00 PM)
No.Fax: 03-61418655

Sila Klik untuk lihat Peta Lokasi




Stormreaders Network SDN.BHD.(819400-M) (AJL-931780) adalah sebuah anak syarikat Telaga Biru,iaitu sebuah syarikat yang berpengalaman lebih 10 tahun menerbitkan serta mengedarkan pelbagai produk islam seperti kaset,vcd dan cd yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor Malaysia seperti Dato'Fadzilah Kamsah,Irfan Khairi,Ustaz Zaharuddin,Dato'Haji Ismail Kamus dan ramai lagi.
  Corak pengedaran dan pemasaran Stormreaders Network berkongsepkan MLM dan sistem affiliate.Untuk pengetahuan anda,kaedah MLM yang diguna pakai dalam stormreaders Network ini adalah berteraskan syariah (syariah Compliant).Penasihat syariahnya terdiri dari tokoh agama  yang terkenal iaitu Ustaz Zaharuddin  Abd.Rahman dan Ustaz Haji Zahazan Mohamed.
   Kini setalah beroperasi hampir setahun,stormreaders bukan sahaja mengedarkan  buku-buku dari telaga Biru,malah turut mengedarkan produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim,Galeri Ilmu dan Tabung Haji.
Semoga Satu hari nanti Stormreaders Network akan muncul sebagai ONE STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara,bagi memudahkan kita semua memiliki produk,menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama Stormreaders Network.


Aktitiviti Stormreaders klik disini

Kata-Kata Aluan Pengasas Stormreaders
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka Stormreaders Network Sdn. Bhd. dapat ditubuhkan. Setiap cadangan dan nasihat pakar yang kami terima terutamanya di dalam bidang syariah, perundangan dan ekonomi telah diambil kira pada setiap perancangan dan perlaksanaan agar segala usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat berjalan lancar dan seterusnya impian untuk membentuk sebuah masyarakat yang gemar membaca dan berilmu menjadi kenyataan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda, usahawan berpotensi, berdedikasi dan berdisiplin ke dalam keluarga Stormreaders. Dengan penglibatan anda yang aktif, cekal serta bertawakal, insya Allah segala impian dan cita-cita akan menjadi kenyataan.
 Bantu-membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain adalah teras kepada kejayaan kami, menjadi asas kepada ukhuwah yang terjalin… dan kehadiran anda mengukuhkannya…
Saya yakin dengan produk-produk yang berkualiti, bermanfaat serta tiada tarikh luput ini akan mempermudahkan anda untuk membina sebuah rangkaian perniagaan yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang akan bersama-sama anda mengecap kegemilangan. Ayuh bersama-sama kita berusaha menyebarkan sejauh mungkin dan seterusnya membantu mewujudkan sebuah generasi yang kaya dengan ilmu!
“Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkatan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.”

Saya berharap segala maklumat, garis panduan dan kelengkapan yang telah disediakan di dalam Kit Permulaan Perniagaan ini akan membantu anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Tulus Ikhlas
Hj. Abdul Waharp Yusof
CEO, Pengasas
November 17, 2008


Pembekal Dan Pengedar

Kesemua buku di  http://stormreaders.net/syafie adalah hasil keluaran dan edaran oleh beberapa syarikat di dalam dan luar negara.

Antaranya:-

















Lesen stormreaders


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...