03 September 2012

Majalah QA September 2012



Menarik Dalam Majalah QA September 2012

ISU : Istiqamah Mendaki Kecemerlangan
Kata Istiqamah berasal dari kalimah istaqaama yastaqiimu yang erti
lurus, teguh dan konsisten. Untuk istiqamah, seseorang itu perlu tahan
 uji kerana cabaran dan hambatan hidup sering menghalang
usaha untuk istiqamah. Hanya apabila sesuatu amal itu mencapai tahap
 istiqamah, barulah ia menepati piawaian yang sepatutnya. Ikuti
 kupasan Isu bersama Ustaz Zul Ramli Hj Razali di dalam Majalah
 Q & A ISU 9 keluaran September 2012.
..................................................................................................................................................................................

SENYUM PAGI: Powernya Doa Suami
Membincangkan tentang kewajiban seorang isteri meminta izin
suami apabila keluar rumah. Diterangkan juga apa yang digalakkan
kepada isteri seperti mencium tangan suami, memaklumkan ketibaan
 di tempat kerja dan perkara yang lain serta meminta doa
daripada suami. Walaupun perbuatan ini nampak mudah dan
ringkas tetapi ia mengandungi manfaat yang sangat besar
dalam mencari keberkatan dan menjaga keharmonian
rumahtangga. Ikuti kupasannya dalam ruangan Senyum Pagi di
dalam Majalah Q & A ISU 9 keluaran September 2012.
..................................................................................................................................................................................

HALAL & HARAM : Produk Surimi- Bercampur Plasma Darah
Produk surimi merupakan makanan tiruan berasaskan
ikan, sotong, udang dan ketam yang kini terkenal dan
digemari oleh masyarakat Melayu. Surimi dihasilkan
daripada isi ikan yang dinyahtulang. Oleh kerana mutunya
 dari sudut tekstur yang rendah dan lemah, isi ikan tersebut
tidak mampu untuk mengental dan menganjal. Bagi
mengatasi masalah ini,plasma darah bahagian cecair
 sebahagian daripada darah yang tidak berwarna
digunakan. Kegunaannya dalam produk ini adalah sebagai
pengemulsi yang baik, rendah likat serta kemampuan
 membentuk gel-gel yang kuat. Persoalan yang harus diberi
 penekanan adalah penggunaannya sebagai salah satu
ramuan boleh menimbulkan masalah kepada pengguna .
Dapatkan jawapannya dalam Majalah QNA ISU 8
keluaran Ogos 2012.
..................................................................................................................................................................................

AKU & AL QURAN: Masalah Yang ‘Dinikmati’
Apakah tujuan kita hidup di dunia ini? Kehidupan adalah
pemberian Allah kepada kita. Maka dia ingin menguji
 kita. Dia mendatangkan masalah kepada kita. Masalah itu
datang dalam bentuk adalah ujian. Bila kita menyedari
hakikat sebenar masalah atau ujian itu, kita akan
hadapinya dengan tenang. Ikuti kupasan lanjut bab ini
dalam ruangan Aku & Al-Quran (Majalah Q&A ISU 9).
..................................................................................................................................................................................

SOAL JAWAB BERSAMA SYEIKH NURUDDIN: Adakah Bawah
Dagu Wanita Dikira Aurat?
Soal jawab mengenai hukum-hukum berkaitan wanita seperti
aurat muka yang sebenar, hukum memakai tudung
sehingga menampakkan sanggul, hukum berhias dan bersolek,
 hukum wanita tidur bersama dan lain-lain dan hukum membuka
tudung ketika bekerja sekiranya dipaksa majikan. Ikuti
kupasan "Adakah Bawah dagu Wanita Dikira Aurat?" dalam
ruangan Soal Jawab Bersama Syeikh Nuruddin.
..................................................................................................................................................................................

MISTERI ALAM JIN : Manusia Boleh Melihat Hantu?
Dalam alam Melayu, nama-nama hantu seperti hantu raya
, pocong, polong, toyol dan sebagainya merupakan
nama-nama yang popular yang adakalanya dapat dilihat
dengan mata kasar oleh mereka yang berpeluang
melihat hantu berkenaan. Terdapat pelbagai cara manusia
digangu oleh makhluk-mahkluk ini. Gangguan jin terhadap
 manusia dalam pelbagai bentuk, bahkan ada yang bermimpi
melakukan hubungan kelamin dengan jin. Ketahui
perbincangan ruangan Misteri Alam Jin bersama
Ustaz Abdul Majid Hassan mengenai tajuk di atas.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

 
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...