01 September 2012

Majalah Anis September 2012


Menarik Dalam majalah Anis September 2012


Fokus Utama : Ujian Aidilfitri: OK @ KO?
Ada yang menginjak dari Ramadan ke Syawal dengan melupakan
sejenak amalan sepanjang Ramadan. Sedangkan sebelum itu
 mereka penat berusaha dengan sedaya mungkin membajainya
sebulan, tiba-tiba tumbang dalam sekelip mata dihembus oleh
takbir raya awal Syawal. Aidilfitri disambut tanpa melihat takwa
yang sepatutnya berjaya dikendung. Sebaliknya, kandungan Aidilfitri
 terselit bibit-bibit mazmumah yang merungkai satu persatu pahala
 yang ditanam benihnya sepanjang Ramadan. Baca dan hayatilah
 Fokus Utama Anis kali ini. Anda juga perlu ketahui tujuh
   penyebab Aidilfitri menjadi KO.
..................................................................................................................................................................................

Interviu Fokus | Rumah Terbuka: Tradisi Atau Ibadat?
Sesuatu yang menarik dan tidak putus-putus diperkatakan
mengenai tradisi menyambut Syawal adalah amalan
 kunjung-mengunjungi antara sanak saudara, sahabat handai
dan jiran tetangga. Demikian juga amalan mengadakan rumah
 terbuka.Adakah ia sekadar acara tradisi atau boleh menjadi
ibadat?
 Apakah hukum memenuhi jemputan ke rumah terbuka dan
apakah adab-adabnya sebagai tuan rumah dan tetamu?
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Pensyarah di Jabatan Ilmu
 Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
menjawab persoalan ini.
..................................................................................................................................................................................

Adam vs Hawa : Dilema Menantu Beraya di Rumah Mentua
Berhari raya di kampung amat menyeronokkan terutama sekali
 apabila dapat berhari raya di rumah ibu bapa kita sendiri.
Biasalah,apabila kita telah berada di rumah sendiri, kita mudah
 lupa diri.Ramai di kalangan kita yang memendam rasa
dan menjeruk hati di atas sikap dan perubahan perangai
 pasangan masing-masing.Perkara yang remeh atau kecil,
 sama ada perkataan atau perbuatan yang menyinggung
 perasaan pasangan kita, dalam keadaan berkumpul
beramai-ramai amat besar kesan kepadanya.
 
 Ikuti 10 langkah perlu dielakkan para isteri dan 8 tip untuk
para suami agar hubungan harmoni sepanjang beraya
 di rumah mentua. Ikuti kupasan lanjut dalam Adam VS Hawa,
Majalah Anis ISU 181
..................................................................................................................................................................................

Tetamu Anis | Prof Kamil & Roza Roslan : Keajaiban doa isteri
Siapa sangka, kesan luar biasa doa yang dipohon, hari ini
Raudzah Roslan yang lebih mesra dengan panggilan Roza berada
 di samping suaminya, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, berhijrah
ke Madinah, Arab Saudi September tahun lalu. Penghijrahan ini
juga membawa impak sangat besar dalam hidup pasangan ini
selepas pemergian mereka menunaikan ibadah haji pada 2006.
 Ikuti kupasan menarik di dalam ruangan Tetamu Anis,
Majalah Anis ISU 181.
..................................................................................................................................................................................

Rencana Kulit : ‘Ana Althafunnisa’ Bawa Tuah Buat OKI
Keterlibatannya dalam filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) tidak
lama dulu menjulang nama Oki Setiana Dewi.
Watak Ana Althafunnisa yang didukungnya nyata memberi
 tuah kepada gadis berusia 23 tahun kelahiran Batam,
 Indonesia ini apabila menerima tempias yang cukup hebat
 di kalangan peminat filem Islamik di Indonesia. Siapa sangka
 gadis ayu yang selesa dengan penampilan berjubah dan
 berselendang labuh ini menerima dua pengiktirafan dalam
 Indonesian Movie Award iaitu Aktris Pendatang Baru Terbaik
 dan Aktris Pendatang Baru Paling Popular.
..................................................................................................................................................................................

Jom Sihat : Kuasa Air
Penulis buku ‘The Water Secret: The Cellular Breakthrough
to look and Feel 10 Years Younger’ yang juga
seorang profesor perubatan di University of California,
Howard, Murad menyatakan mengambil air dengan banyak
 seperti yang disarankan boleh mencantikkan kulit dan
menghilangkan kedutan wajah dengan memberi
kelembapan kepada kulit. Jadi, tidak boleh dinafikan air adalah
 pelembap wajah yang paling berkesan berbanding
kosmetik yang berisiko mempunyai kesan sampingan.
 Ketahui selanjutnya fungsi air terhadap manusia.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

 
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...