15 September 2012

Belajar Dari Para Wali Allah



Belajar Dari Para Wali Allah
 
 
Perjalanan untuk menjadi kekasih Allah, bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan mujahadah yang tinggi dan perlu melawan kehendak hawa nafsu jahat yang selalu menekan. Ekoran dari itulah, tidak hairan Baginda SAW ada menyebut bahawa jihad hawa nafsu itu lebih besar berbanding jihad peperangan.
Walaupun hadis tersebut dinilai oleh sebilangan ulama hadis sebagai lemah, tetapi setelah dihayati dari sudut hakikatnya, sememangnya ia adalah sesuatu yang benar.
Mana mungkin manusia itu mampu berjihad menyerang musuh-musuh Islam, jika jiwa raga mereka masih lagi dikuasai oleh hawa nafsu. Nafsu mereka menyeru agar takut kepada mati. Nafsu mereka mengingatkan kepada kesenangan dunia. Dengan keadaan itu, menyebabkan jihad peperangan mustahil dilakukan.
Apabila seseorang itu sudah menjadi kekasih Allah, nescaya ia akan mendapat pertolongan dan penjagaan dari Allah SWT. Hal ini diakui oleh Al-Quran, yang mana orang yang benar-benar mendapat pertolongan dari Allah adalah mereka yang sudah mencapai kasih sayangnya yang tinggi terhadap Allah. Apabila sayangnya sudah mencapai kepada darjat yang selayaknya, ketika itu, ia akan mendapat pertolongan dan perlindungan dari Allah.


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...