30 August 2012

The Power Of Surah Yasin

                                                 The Power Of Surah Yasin 

“Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kampung-kampung sebelum Dia mengutus di ibu kotanya seorang rasul, yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka, dan tidak pernah Kami membinasakan negeri-negeri kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman. - (Al-Qasas: 59)

Dikatkali dengan gempa. Setiap kali selepas dibinasakan ia dibangunkan semula.
Di Itali, terdapat sebuah bandar lama yang ditemui kesan-kesannya pada abad 18, iaitu bandar Pompei yang terletak di lereng gunung berapi Vesuvius berhampiran bandar Napoli. Ia hilang hampir 1,700 tahun sebelum ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1748. Pompei telah dibinasakan dengan letupan gunung berapi berkenaan dan tertimbus sedalam 60 kaki dan sekarang ia merupakan satu keajaiban di mana di pintu masuknya terdapat patung seorang lelaki yang meletakkan zakarnya dalam salah satu piring dacing. Dalam piring yang satu lagi pula diletakkan emas. Kesan ini boleh ditafsirkan bahawa simbol bandar lama itu ialah shahwah (seks) dan harta, atau mungkin juga patung itu menunjukkan sesuatu yang lain. Mungkin letupan gunung berapi itu telah meninggalkan tubuh badan manusia yang telah menjadi batu yang menggambarkan situasi yang ada pada waktu berlakunya azab, di mana terdapat jasad seorang lelaki dan wanita yang telah menjadi batu pada waktu mereka sedang bersetubuh dan lain-lain pandangan yang boleh dijadikan pengajaran.
Menurut Sa‘id Hawwa lagi: Perkara ini disebut supaya diketahui bahawa kota-kota yang ditimpa azab adalah banyak. Contohnya di Syria terdapat kota Apamee, dan banyak lagi kota-kota yang tertimbus dan dikesan atau ditemui melalui penggalian. Semua kota-kota yang musnah ini kemungkinan besar telah ditimpa azab kerana kemungkaran yang berlaku di dalamnya. Oleh itu menganggap kisah rasul-rasul yang tiga ini berlaku di tempat atau kota yang tertentu (seperti Antioch) tanpa sebarang dalil adalah tidak tepat, kerana yang demikian itu merupakan satu kegopohan yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap kitab Allah.
Di Amerika tengah terdapat runtuhan-runtuhan istana dan piramid-piramid di Honduras dan Guatemala kepunyaan bangsa Mayas yang membuktikan mereka pernah memiliki tamadun yang tinggi.
Di Peru pula terdapat runtuhan bandar lama yang di dalamnya terdapat patung-patung gergasi. Seorang saintis Jerman telah melakukan kajian terhadap bandar ini pada awal abad ini, tetapi beliau tidak dapat memastikan tarikh pembinaannya.
akan, Beirut yang ada sekarang ialah Beirut yang ke tujuh. Maksudnya Allah telah memusnahkannya enam


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...