26 July 2012

Perjuangan Islam Di China




Walaupun umat Islam merupakan golongan minoriti di China tetapi mereka memberikan sumbangan yang penting terhadap pembinaan China sebagai sebuah negara dengan penglibatan mereka secara langsung dalam pentadbiran serta pemerintahan kerajaan. Umat Islam juga terlibat di dalam pengukuhan dan pembinaan beberapa buah dinasti di China.
Di samping itu juga, mereka mengambil bahagian secara aktif di dalam perjuangan menentang pemerintahan yang zalim dan menindas. Perjuangan itu dimanifestasikan dalam bentuk penentangan, pemberontakan dan sokongan terhadap usaha untuk menyingkirkan pemerintahan Manchu. Pada era Manchu, umat Islam berdepan dengan penindasan yang amat teruk. Umat Islam bukan sahaja didiskriminasikan tetapi juga dibunuh dengan sewenang-wenangnya serta mereka dinafikan haknya. Wilayah mereka di ceroboh dan agama Islam diperkotak-katikkan.
Umat Islam telah bangun untuk mempertahankan hak dan agamanya. Kenapa, bagaimana dan kesan daripada perjuangan itu dapat diikuti dalam buku ini. Ianya sungguh dramatik sekali.


 
Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...