27 July 2012

Cukuplah Bagiku Allah


Hadis junjungan Nabi SAW yang bermaksud,
“Doa itu adalah ibadat.”
dan juga hadis Nabi SAW yang bermaksud,
“...dan apabila engkau hendak memohon pertolongan,
maka hendaklah memohon kepada Allah SWT.”
Kedua-dua hadis di atas merupakan dorongan utama terbitnya naskhah ini. Inilah di antara perkara-perkara yang kita tidak boleh hidup tanpanya.Hidup tanpanya adalah seperti hidangan lazat tanpa garam.Hidup tanpanya adalah ibarat ikan di daratan. Inilah amalan para nabi dan alim, lihat saja bagaimana Nabi Ibrahim a.s menyerah diri (berdoa) ketika dalam nyalaan api Firaun. Bagaimana Nabi Yunus a.s terus-menerus dengan lafaznya (doa) dalam gelap zulmat perut ikan Nun (paus). Bagaimana Nabi Musa a.s berserah diri ketika berada di tebing Laut Merah dikepung tentera Firaun.

Dapatkah saat yang terakam dalam lipatan sejarah ini didustai? Dan siapakah yang Maha Mendengar yang telah mendengar dan memakbulkan permintaan (doa) mereka? Dialah Allah Yang Maha Agung. Begitulah mesej yang ingin dibawa oleh naskhah ini. Semoga dengan mengamalnya, kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT dalam kehidupan agar nanti cahaya doa-doa itu bisa mengerakkan tubuh badan kita ke arah mentaati-Mu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...