28 July 2012

Avant Garde




Avant-Garde Ridhuan Tee adalah coretan peribadi saya dalam menganalisis isu-isu semasa dan keadaan persekitaran yang berlaku. Coretan yang disiarkan oleh akhbar, majalah dan blog saya sendiri, mahu mengajak para pembaca supaya menjadi masyarakat yang berfikir, sesuai dengan kata-kata, berfikir seminit atau sejenak, lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ini bukanlah bermakna selepas ini kita perlu sembahyang sunat dan hanya termenung memikirkan sesuatu. Apa yang saya inginkan adalah kepentingan untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis atau critical thinking. Kehidupan kita tidak akan bermakna, jika hanya menjadi pembodek atau yes man. Pemikiran kritis bukan sahaja dapat membantu orang lain, pada masa sama akan menstimulasikan otak kita dan dapat membuka minda kita agar dapat berfikir lebih jauh.

Coretan peribadi hanya mahu mengingatkan kita bahawa orang lain sudah lama meninggalkan kita. Patutkah kita sebagai umat Islam, terus berpeluk tubuh atau mendiamkan diri? Sudah tentu tidak. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh menunggu bulan jatuh ke riba. Kitalah yang seharusnya pergi ke bulan dan menggapai bintang. Untuk itu, cara berfikir, sikap dan perangai mesti berubah. Jika tidak, umat Islam tidak akan ke mana-mana, malah akan terus berada di takuk lama. Ingatlah wahai umatku, selagi mana kita berada dalam kepompong yang selesa, malas berusaha tetapi mahu kaya, mudah diperalatkan, berpecah sesama sendiri, tidak mensyukuri nikmat Allah, dan sebagainya, maka akan tiba satu masa nanti, orang lain akan mengambil alih tempat kita. Di kala itulah, kita akan menjadi manusia menyesal seumur hidup. Justeru, bangunlah, marilah kita bersama-sama membela nasib agama, bangsa dan negara sendiri sebelum terlambat.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...