28 July 2012

Lateral Al-Bukhari



Imam al-Bukhari merupakan seorang intelektual Muslim yang termasyhur dalam ilmu hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah. Justeru, beliau diberi gelaran Amirul Mukminin fil Hadis (pemimpin kaum mukmin dalam hal ilmu hadis).

Lateral Al-Bukhari’adalah satu bentuk dokumentasi himpunan kisah-kisah menarik yang bersumberkan kitab hadis paling sahih: 50 kisah yang terdapat dalam buku ini mengekalkan kisah asal seperti mana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Setiap kisah mempunyai latar belakang waktu, watak, dan pengajaran yang berbeza, sehinggakan para pembaca mampu berhenti di setiap kisah dan berfikir akan pengajaran yang berjaya diperolehi.




Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Avant Garde




Avant-Garde Ridhuan Tee adalah coretan peribadi saya dalam menganalisis isu-isu semasa dan keadaan persekitaran yang berlaku. Coretan yang disiarkan oleh akhbar, majalah dan blog saya sendiri, mahu mengajak para pembaca supaya menjadi masyarakat yang berfikir, sesuai dengan kata-kata, berfikir seminit atau sejenak, lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ini bukanlah bermakna selepas ini kita perlu sembahyang sunat dan hanya termenung memikirkan sesuatu. Apa yang saya inginkan adalah kepentingan untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis atau critical thinking. Kehidupan kita tidak akan bermakna, jika hanya menjadi pembodek atau yes man. Pemikiran kritis bukan sahaja dapat membantu orang lain, pada masa sama akan menstimulasikan otak kita dan dapat membuka minda kita agar dapat berfikir lebih jauh.

Coretan peribadi hanya mahu mengingatkan kita bahawa orang lain sudah lama meninggalkan kita. Patutkah kita sebagai umat Islam, terus berpeluk tubuh atau mendiamkan diri? Sudah tentu tidak. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh menunggu bulan jatuh ke riba. Kitalah yang seharusnya pergi ke bulan dan menggapai bintang. Untuk itu, cara berfikir, sikap dan perangai mesti berubah. Jika tidak, umat Islam tidak akan ke mana-mana, malah akan terus berada di takuk lama. Ingatlah wahai umatku, selagi mana kita berada dalam kepompong yang selesa, malas berusaha tetapi mahu kaya, mudah diperalatkan, berpecah sesama sendiri, tidak mensyukuri nikmat Allah, dan sebagainya, maka akan tiba satu masa nanti, orang lain akan mengambil alih tempat kita. Di kala itulah, kita akan menjadi manusia menyesal seumur hidup. Justeru, bangunlah, marilah kita bersama-sama membela nasib agama, bangsa dan negara sendiri sebelum terlambat.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

27 July 2012

Fiza Ashley




Menjadi sukarelawan di rumah orang tua?

Oh, tidak!!!
Itulah padahnya jika panas baran dan bertindak sesuka hati.
Akhirnya, Fiza Ashley dihukum oleh mama kerana bergaduh dengan pelanggan di spa mama.
Apakah yang akan berlaku pada Fiza Ashley semasa menjalankan tugasnya di rumah orang-orang tua?

Bagaimanakah Fiza Ashley dapat hidup sebilik dengan musuh tradisinya semasa di sekolah, Tania yang juga dihukum menjadi sukarelawan oleh ibu bapanya?



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Mix And Match




Dia menanggalkan tudung dari gadis itu dan mula menunjukkan caranya. “kamu sudah pakai awning dan tudung di atasnya. Sekarang tarik daripada sebelah kiri yang panjang ke sebelah kanan dan pin pada bawah dagu. Kemudian, tarik yang pendek ke bahu kanan dan pin. Adik Nampak apa yang kakak buat?”

Beberapa kepala mengangguk, “Ya, mudah juga.”

“Belum selesai lagi. Sekarang tarik selendang sebelah kanan yang panjang meliliti kepala sehingga ke sebelah kiri belakang dan pin pada bahagian yang dirasakan selesa seperti di atas bahu. Bolehlah kamu ketatkan atau longgarkan sesuka hati. Siap.”

Itulah Anni Ami, setiap sentuhan dan pandanannya pasti melahirkan sesuatu yang indah dan mengagumkan.

Jom kita dapatkan tip-tip lain dari Anni Ami.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Cukuplah Bagiku Allah


Hadis junjungan Nabi SAW yang bermaksud,
“Doa itu adalah ibadat.”
dan juga hadis Nabi SAW yang bermaksud,
“...dan apabila engkau hendak memohon pertolongan,
maka hendaklah memohon kepada Allah SWT.”
Kedua-dua hadis di atas merupakan dorongan utama terbitnya naskhah ini. Inilah di antara perkara-perkara yang kita tidak boleh hidup tanpanya.Hidup tanpanya adalah seperti hidangan lazat tanpa garam.Hidup tanpanya adalah ibarat ikan di daratan. Inilah amalan para nabi dan alim, lihat saja bagaimana Nabi Ibrahim a.s menyerah diri (berdoa) ketika dalam nyalaan api Firaun. Bagaimana Nabi Yunus a.s terus-menerus dengan lafaznya (doa) dalam gelap zulmat perut ikan Nun (paus). Bagaimana Nabi Musa a.s berserah diri ketika berada di tebing Laut Merah dikepung tentera Firaun.

Dapatkah saat yang terakam dalam lipatan sejarah ini didustai? Dan siapakah yang Maha Mendengar yang telah mendengar dan memakbulkan permintaan (doa) mereka? Dialah Allah Yang Maha Agung. Begitulah mesej yang ingin dibawa oleh naskhah ini. Semoga dengan mengamalnya, kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT dalam kehidupan agar nanti cahaya doa-doa itu bisa mengerakkan tubuh badan kita ke arah mentaati-Mu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

26 July 2012

Menjejaki Jalan Taqwa





Dalam merintis kecemerlangan di dunia dan akhirat, kita perlu meletakkan ‘jalan Takwa’ sebagai jalan yang wajib kita lalui sepanjang masa dan di mana sahaja. Usah biarkan hati dan jiwa sebagai kilang yang menghasilkan dosa, ibarat kolam pembiak virus kemungkaran. Sebaliknya, penuhi ruang hati dengan jaluran hidayah yang mengaromakan kehidupan.
Justeru, dalam naskah yang sedang di tangan anda ini, digarap 40 tajuk khusus buat direnungi bersama sebagai wahana memulihara ‘enjin’ jiwa agar dapat bergerak dengan mantap menuju Ilahi. Kesemua tajuk yang disingkap dalam wacana singkat ini berpaksikan alam kehidupan kita sepanjang hari yang mementaskan ‘rempah ratus’ kehidupan manusia di alam fana ini.
Pilihan hanyalah ‘’jalan Takwa’ kerana ini sahaja jalan yang diredhai Allah SWT dan inilah sahaja penentu untung nasib kita di alam akhirat kelak. Pilihan jalan yang selainnya sudah pasti tergelincir ke jurang yang hina lagi dimurkai Allah SWT.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

I love You Dad



Tip jitu agar anda berjaya dalam berkomunikasi dengan ayah. Antaranya ialah:

  1. Menggunakan kata panggilan dengan penuh kesopanan.
  2. Mengawal gaya bahasa agar selalu bersifat tenang dan penuh kelembutan, serta menjauhi kata-kata yang tidak sesuai.
  3. Menjauhi gaya bahasa yang mengancam dan menentang seperti; “Ayah tidak faham kemahuan saya!”, "Ayah jangan masuk campur dalam urusan peribadi saya!", "Kalau ayah tidak izinkan, saya akan lari dari rumah!”, "Saya sudah bosan tinggal di rumah ini!” dan lain-lain lagi ungkapan yang banyak menghasilkan komunikasi yang gagal.
  4. Jauhi ungkapan-ungkapan yang kesat dan kasar.
  5. Elakkan daripada meninggikan suara.
  6. Berbicaralah dengannya dengan nada suara yang rendah, tenang, lembut dan halus. Semakin kita melembutkan suara, semakin besar ganjaran daripada Allah SWT buat kita serta semakin memberi kesan di hati seorang ayah.


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Perjuangan Islam Di China




Walaupun umat Islam merupakan golongan minoriti di China tetapi mereka memberikan sumbangan yang penting terhadap pembinaan China sebagai sebuah negara dengan penglibatan mereka secara langsung dalam pentadbiran serta pemerintahan kerajaan. Umat Islam juga terlibat di dalam pengukuhan dan pembinaan beberapa buah dinasti di China.
Di samping itu juga, mereka mengambil bahagian secara aktif di dalam perjuangan menentang pemerintahan yang zalim dan menindas. Perjuangan itu dimanifestasikan dalam bentuk penentangan, pemberontakan dan sokongan terhadap usaha untuk menyingkirkan pemerintahan Manchu. Pada era Manchu, umat Islam berdepan dengan penindasan yang amat teruk. Umat Islam bukan sahaja didiskriminasikan tetapi juga dibunuh dengan sewenang-wenangnya serta mereka dinafikan haknya. Wilayah mereka di ceroboh dan agama Islam diperkotak-katikkan.
Umat Islam telah bangun untuk mempertahankan hak dan agamanya. Kenapa, bagaimana dan kesan daripada perjuangan itu dapat diikuti dalam buku ini. Ianya sungguh dramatik sekali.


 
Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...