04 June 2012

Majalah Asuh Jun 2012




Menarik Dalam majalah Asuh Jun 2012

 

DOA & ZIKIR
1. DOA & ZIKIR
Kali ini ruangan Doa& Zikir berkongsi dengan para pembaca dua doa
iaitu:

• Doa Ditetapkan Iman
• Doa Berlindung Daripada Menjadi Golongan Jahil
.........................................................................................................................................

PEKERTI MULIA
Tajuk: Mencintai Rasulullah SAW
Tidak akan ada Nabi sesudah Rasulullah SAW. Perjuangan dan kasih
Nabi terhadap umatnya begitu tinggi. Jadi, mari kita lihat beberapa
panduan untuk mencintai Rasulullah SAW dan mengingati Baginda dalam majalah ASUH bulan Jun ini.
..............................................................................................................................................................

FAHAM FIKAH
Tajuk: Jangan Berbual Waktu Mengaji
Sangat tidak elok seseorang yang membaca Al-Quran sambil
 berbual atau bersembang. Apatah lagi jika melakukan perkara
yang lain sehingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada
 Al-Quran. Mengaji atau membaca Al-Quran adalah ibadah.
Ganjarannya sangat besar. Jadi, tunggu apa lagi
 dapatkan majalah Asuh terbaharu ini di pasaran sekarang untuk
 mengetahui huraian selanjutnya yang diberikan oleh Ustaz Dr. Nik Yusri.
..................................................................................................................................................................

TIRU NABI
Tajuk: Amalan Sewaktu Bangun Tidur
Tidur adalah wajib dalam kehidupan kita agar tubuh kekal
 cergas dan sihat. Namun jangan pula tidur secara berlebihan.
Jadi, ayuh kita lihat ASUH bulan Jun beberapa amalan yang
diajarkan oleh Rasulullah SAW sewaktu bangun dari tidur.
..................................................................................................................................................................

BELAJAR HADIS
Tajuk: Ilmu Dunia Dan Akhirat
Bulan ini kita pelajari satu lagi hadis Rasulullah SAW yang di riwayat
daripada at-Tirmidzi tentang Ilmu Dunia Dan Akhirat iaitu:
“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa
 yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa
yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Dapatkan majalah Asuh bulan Jun untuk mengetahui huraian tentang
 hadis ini selanjutnya.
.............................................................................................................................................................

ILMUWAN ISLAM
Tajuk: Pelajar Paling Cemerlang (SIRI KE-4)
“Kamu adalah penuntut saya yang paling cemerlang di Universiti
 Al-Azhar. Untuk pengetahuan kamu, sebenarnya saya memang
 berazam untuk mengadakan majlis anugerah ijazah ini kepada
kamu. Hari ini Kaabah dan Masjidil Haram menjadi saksi
 kepada majlis yang cukup istimewa ini,”ucap Syeikh as-Subki
 sambil memeluk erat Muhammad, seolah-olah tidak mahu
 melepaskannya.
Ikuti kisah ini selanjutnya dalam Asuh keluaran JUN 2012.
...................................................................................................................................................

KISAH 25 RASUL
Tajuk: Nabi Idris a.s.
Dikatakan nama sebenar Nabi Idris a.s. ialah Khanaukh.
 Nabi Muhammad SAW memberitahu, Nabi Idris a.s. adalah
 penghulu ataupun ketua bagi kaumnya. Baginda adalah
 keturunan Nabi Adam a.s. yang pertama menerima tugas
sebagai rasul.
Ikuti kisah seterusnya dalam Asuh bulan Jun 2012.
.........................................................................................................................................................

25 RASUL
Tajuk: Nabi Adam Dan HawaDiperdayaIblis
Nabi Adam dan Hawa terpengaruh dengan kata-kata Iblis.Mereka
pun mendekati pohon yang dilarang itu dan memakannya.Namun
sebaik sahaja mereka memakan bahagian tertentu daripada pohon
 itu,tak semena-mena aurat mereka berdua terdedah.Nabi Adam dan
Hawa berasa terkejut dan malu, lalu dengan pantas mencari
daun-daun bagi menutupi aurat mereka
yang terbuka.Ikuti kisah seterusnya dalam Asuh bulan Mac 2012.


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...