04 June 2012

Majalah Anis Jun 2012




Menarik Dalam Majalah Anis 2012

Tetamu Anis : Bertudung Bukan Untuk Suka-suka
“Saya memang tidak pernah menafikan kemungkinan untuk berhijab.
Setiap kali orang bertanyakan perkara tersebut, saya memberitahu yang
saya akan memakainya apabila sudah bersedia dan meminta mereka
mendoakan saya supaya cepat bertemu ‘jalan’ tersebut. Alhamdulillah,
 berkat doa mereka yang ingin melihat saya bahagia di dunia dan akhirat,
 saya akhirnya bertudung.” – Ana Raffali
Ikuti detik penghijrahannya dalam bertudung dan perjalanan hidup
sebagai seorang isteri dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33.
..................................................................................................................................................................................

Resipi Kehidupan : Dari Pentas ke Dapur Masakan
Tidak semua mampu melakar kejayaan di negara orang. Namun,
berkat      usaha keras yang tidak pernah kenal erti putus,
Chef Adu berjaya membuktikan yang dia mampu memahat kejayaan
 di sana sekali gus mengangkat nama Malaysia di mata dunia.
..................................................................................................................................................................................

Imej Muslimah : Fabrik Lycra: Sopan @ Sengsara?
Pemakaian jubah, seluar labuh dan blaus daripada fabrik lycra jika tidak
betul caranya akan menampakkan lekuk dan bentuk badan si pemakai.
Biarpun pakaian tersebut ‘agak longgar’ dan labuh, ia tetap
menampakkan lekuk setiap kali pakaian ‘tersandar’ pada bahagian badan.
Keadaan ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah diri pemakai tanpa
 disedari olehnya. Dapatkan tip-tip berpakaian daripada fabrik lycra agar
 imej wanita Muslimah terus terpelihara oleh Puan Suraya Daud,
Perunding Imej dari SD Image.
..................................................................................................................................................................................

Transformasi Diri : Tsunami Sedarkan Pot (Innuendo) Mencari Tuhan
Dia mula membuat perubahan diri mendekati Tuhan kesan berlakunya
tsunami pada tahun 2004. Dari situ dirinya banyak berfikir bahawa
kematian boleh merenggut sesiapa juga tanpa sempat ditunda dan segala
harta yang dicari boleh lupus sekelip mata jika Allah berkehendakkan.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan artis ini, dapatkannya
dalam ruangan Transformasi Diri muka surat 52.
..................................................................................................................................................................................

Jom Sihat : 6 Langkah Turunkan Berat Badan
Terdapat mitos di dalam diet penurunan berat badan dengan 
meng’haram’kan makronutrien tertentu seperti lemak ataupun
 karbohidrat. Malah, ada juga yang me’lebih’kan makronutrien yang
lain seperti protein. benarkah diet sebegini membantu? Oleh itu, ketahui
 langkah-langkah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul
 dalam ruangan
 Jom Sihat oleh Nur Hidayah Mokhtar, Perunding Diet.
..................................................................................................................................................................................

Bahayakah Demam Anak Saya?
Gejala demam sebenarnya menandakan tubuh kanak-kanak itu sedang
 berjuang untuk menentang jangkitan kuman. Peningkatan suhu dalam
badan juga tidak bermakna bahawa kanak-kanak itu sedang menghadapi
 gejala demam yang serius. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai
demam oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad dalam ruangan Manja Sihat pada
muka surat 90.
..................................................................................................................................................................................



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...