14 June 2012

Mengundang Nabi Muhammad SAW Ke Dalam Mimpi





Seorang tokoh sufi mengatakan bahawa makam tertinggi dan kenikmatan puncak yang dapat dicapai oleh seseorang di dunia adalah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan berjaga. Hal itu tentu sangat berat dan hanya dapat dicapai oleh orang tertentu sahaja.
Namun, berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dalam mimpi pun sama dengan melihat baginda dalam terjaga, sebagaimana disebutkan dalam sabda baginda:
“Barang siapa melihat aku dalam mimpi, maka ia telah melihat aku dalam keadaan jaga.”
Juga jika seseorang mimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW, maka dapat dipastikan bahawa yang dilihatnya adalah benar-benar Nabi Muhammad SAW kerana seperti yang disabdakan baginda bahawa syaitan dan jin tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad SAW.
Penyusun buku ini dengan sangat cermat dan teliti mengumpulkan berbagai-bagai cara dan doa yang telah dicuba oleh para ulama untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi. Sebahagian doa dan selawat dalam buku ini merupakan ijazah dari para syeikh sufi terkenal. Jika seseorang mencuba salah satu dari seratus cara yang terdapat di dalam buku ini, maka insya-Allah ia akan dapat melihat wajah Nabi Muhammad SAW yang suci dan auranya yang agung.
Inilah buku pertama dan terlengkap tentang masalah ini dan satu-satunya buku yang dapat menjawab kerinduan seorang Muslim untuk dapat menatap wajah Nabi Muhammad SAW, setidak-tidaknya dalam mimpi.



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

05 June 2012

Hang Nadim




Novel ini mengandungi sebuah lagenda agung yang menyimpan sebuah rahsia yang sekian lama cuba dibuang jauh oleh para penjajah kerana gerunnya mereka jikalau Melayu bangkit membela bangsa.

1525 – Sudah hampir lima belas tahun peperangan antara Melayu dan Portugis berlanjutan tanpa ada kesudahannya. Raja Portugal telah lama memecat wizurainya di Melaka. Lantas digantikan dengan seorang wizurai baru yang sudah bersumpah sejak dari kecilnya untuk menghapuskan nama Islam dari muka dunia ini. Maka dipersiapkannya sekalian bala tentera yang maha hebat untuk menghapuskan jalur keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu berkerajaan di Bentan, membawa sebuah armada yang tersangat besar yang tidak pernah dilihat oleh dunia sebelum ini.

1525 – Satu tarikh yang cuba dilenyapkan dari nukilan sejarah bangsa Melayu. Pada tahun ini telah berlaku beberapa peristiwa yang tidak sesekali mahu dikenang oleh sekalian penjajah, dan juga sekalian keturunan raja-raja Melayu…


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

04 June 2012

Majalah Asuh Jun 2012




Menarik Dalam majalah Asuh Jun 2012

 

DOA & ZIKIR
1. DOA & ZIKIR
Kali ini ruangan Doa& Zikir berkongsi dengan para pembaca dua doa
iaitu:

• Doa Ditetapkan Iman
• Doa Berlindung Daripada Menjadi Golongan Jahil
.........................................................................................................................................

PEKERTI MULIA
Tajuk: Mencintai Rasulullah SAW
Tidak akan ada Nabi sesudah Rasulullah SAW. Perjuangan dan kasih
Nabi terhadap umatnya begitu tinggi. Jadi, mari kita lihat beberapa
panduan untuk mencintai Rasulullah SAW dan mengingati Baginda dalam majalah ASUH bulan Jun ini.
..............................................................................................................................................................

FAHAM FIKAH
Tajuk: Jangan Berbual Waktu Mengaji
Sangat tidak elok seseorang yang membaca Al-Quran sambil
 berbual atau bersembang. Apatah lagi jika melakukan perkara
yang lain sehingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada
 Al-Quran. Mengaji atau membaca Al-Quran adalah ibadah.
Ganjarannya sangat besar. Jadi, tunggu apa lagi
 dapatkan majalah Asuh terbaharu ini di pasaran sekarang untuk
 mengetahui huraian selanjutnya yang diberikan oleh Ustaz Dr. Nik Yusri.
..................................................................................................................................................................

TIRU NABI
Tajuk: Amalan Sewaktu Bangun Tidur
Tidur adalah wajib dalam kehidupan kita agar tubuh kekal
 cergas dan sihat. Namun jangan pula tidur secara berlebihan.
Jadi, ayuh kita lihat ASUH bulan Jun beberapa amalan yang
diajarkan oleh Rasulullah SAW sewaktu bangun dari tidur.
..................................................................................................................................................................

BELAJAR HADIS
Tajuk: Ilmu Dunia Dan Akhirat
Bulan ini kita pelajari satu lagi hadis Rasulullah SAW yang di riwayat
daripada at-Tirmidzi tentang Ilmu Dunia Dan Akhirat iaitu:
“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa
 yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa
yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Dapatkan majalah Asuh bulan Jun untuk mengetahui huraian tentang
 hadis ini selanjutnya.
.............................................................................................................................................................

ILMUWAN ISLAM
Tajuk: Pelajar Paling Cemerlang (SIRI KE-4)
“Kamu adalah penuntut saya yang paling cemerlang di Universiti
 Al-Azhar. Untuk pengetahuan kamu, sebenarnya saya memang
 berazam untuk mengadakan majlis anugerah ijazah ini kepada
kamu. Hari ini Kaabah dan Masjidil Haram menjadi saksi
 kepada majlis yang cukup istimewa ini,”ucap Syeikh as-Subki
 sambil memeluk erat Muhammad, seolah-olah tidak mahu
 melepaskannya.
Ikuti kisah ini selanjutnya dalam Asuh keluaran JUN 2012.
...................................................................................................................................................

KISAH 25 RASUL
Tajuk: Nabi Idris a.s.
Dikatakan nama sebenar Nabi Idris a.s. ialah Khanaukh.
 Nabi Muhammad SAW memberitahu, Nabi Idris a.s. adalah
 penghulu ataupun ketua bagi kaumnya. Baginda adalah
 keturunan Nabi Adam a.s. yang pertama menerima tugas
sebagai rasul.
Ikuti kisah seterusnya dalam Asuh bulan Jun 2012.
.........................................................................................................................................................

25 RASUL
Tajuk: Nabi Adam Dan HawaDiperdayaIblis
Nabi Adam dan Hawa terpengaruh dengan kata-kata Iblis.Mereka
pun mendekati pohon yang dilarang itu dan memakannya.Namun
sebaik sahaja mereka memakan bahagian tertentu daripada pohon
 itu,tak semena-mena aurat mereka berdua terdedah.Nabi Adam dan
Hawa berasa terkejut dan malu, lalu dengan pantas mencari
daun-daun bagi menutupi aurat mereka
yang terbuka.Ikuti kisah seterusnya dalam Asuh bulan Mac 2012.


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Majalah Anis Jun 2012




Menarik Dalam Majalah Anis 2012

Tetamu Anis : Bertudung Bukan Untuk Suka-suka
“Saya memang tidak pernah menafikan kemungkinan untuk berhijab.
Setiap kali orang bertanyakan perkara tersebut, saya memberitahu yang
saya akan memakainya apabila sudah bersedia dan meminta mereka
mendoakan saya supaya cepat bertemu ‘jalan’ tersebut. Alhamdulillah,
 berkat doa mereka yang ingin melihat saya bahagia di dunia dan akhirat,
 saya akhirnya bertudung.” – Ana Raffali
Ikuti detik penghijrahannya dalam bertudung dan perjalanan hidup
sebagai seorang isteri dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33.
..................................................................................................................................................................................

Resipi Kehidupan : Dari Pentas ke Dapur Masakan
Tidak semua mampu melakar kejayaan di negara orang. Namun,
berkat      usaha keras yang tidak pernah kenal erti putus,
Chef Adu berjaya membuktikan yang dia mampu memahat kejayaan
 di sana sekali gus mengangkat nama Malaysia di mata dunia.
..................................................................................................................................................................................

Imej Muslimah : Fabrik Lycra: Sopan @ Sengsara?
Pemakaian jubah, seluar labuh dan blaus daripada fabrik lycra jika tidak
betul caranya akan menampakkan lekuk dan bentuk badan si pemakai.
Biarpun pakaian tersebut ‘agak longgar’ dan labuh, ia tetap
menampakkan lekuk setiap kali pakaian ‘tersandar’ pada bahagian badan.
Keadaan ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah diri pemakai tanpa
 disedari olehnya. Dapatkan tip-tip berpakaian daripada fabrik lycra agar
 imej wanita Muslimah terus terpelihara oleh Puan Suraya Daud,
Perunding Imej dari SD Image.
..................................................................................................................................................................................

Transformasi Diri : Tsunami Sedarkan Pot (Innuendo) Mencari Tuhan
Dia mula membuat perubahan diri mendekati Tuhan kesan berlakunya
tsunami pada tahun 2004. Dari situ dirinya banyak berfikir bahawa
kematian boleh merenggut sesiapa juga tanpa sempat ditunda dan segala
harta yang dicari boleh lupus sekelip mata jika Allah berkehendakkan.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan artis ini, dapatkannya
dalam ruangan Transformasi Diri muka surat 52.
..................................................................................................................................................................................

Jom Sihat : 6 Langkah Turunkan Berat Badan
Terdapat mitos di dalam diet penurunan berat badan dengan 
meng’haram’kan makronutrien tertentu seperti lemak ataupun
 karbohidrat. Malah, ada juga yang me’lebih’kan makronutrien yang
lain seperti protein. benarkah diet sebegini membantu? Oleh itu, ketahui
 langkah-langkah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul
 dalam ruangan
 Jom Sihat oleh Nur Hidayah Mokhtar, Perunding Diet.
..................................................................................................................................................................................

Bahayakah Demam Anak Saya?
Gejala demam sebenarnya menandakan tubuh kanak-kanak itu sedang
 berjuang untuk menentang jangkitan kuman. Peningkatan suhu dalam
badan juga tidak bermakna bahawa kanak-kanak itu sedang menghadapi
 gejala demam yang serius. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai
demam oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad dalam ruangan Manja Sihat pada
muka surat 90.
..................................................................................................................................................................................



Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

03 June 2012

Mutiara Solat




“...Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (an-Nisa’ : 103)

Penghayatan Ibadat Solat merupakan satu wadah terbaik sebagai benteng pertahanan dan perisai kukuh setiap Muslim daripada dicerobohi oleh anasir-anasir asing yang cuba untuk menodai kesucian Islam sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi, senario mutakhir ini menyaksikan semakin banyak gejala sosial yang melanda masyarakat Islam, sekali gus menuntut umat Islam kembali menghayati ibadat solat sebagai perisai utama mendepani segala permasalahan hidup. Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai ataupun etika kehidupan Muslim. Malah solat ialah satu bentuk ibadat yang penuh dengan hikmah dan falsafahnya yang tersirat.

Untuk berhubung secara terus dengan Tuhan yang Maha Esa tidak memerlukan sebarang alat komunikasi yang canggih. Memadai bagi seseorang Muslim bermunajat dan berhubung ke hadrat Allah pada bila-bila masa dan di mana juga keadaannya melalui ibadat solat. Melalui ibadat solat, jiwa dan raga seseorang Muslim berhubung secara langsung dengan Yang Maha Agung.


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Dulu Bangsa Israel kini Bangsa Zionis




Yahudi atau Zionis adalah nama satu bangsa atau umat yang kita kenali bersangatan kebenciannya kepada umat Islam semenjak dari dahulu lagi. Justeru, tidak hairanlah kalau mereka ini yang suatu ketika pernah digelar dengan bangsa atau bani Israel, telah dimurkai oleh Allah SWT disebabkan keegoan dan keingkaran mereka terhadap perintah Allah SWT dan rasul-rasul pilihan Allah yang dihantar berdakwah kepada mereka. Mereka adalah bangsa yang dianggap sangat sukar buat selamanya kecuali bagi mereka yang telah beriman kepada Allah SWT. Terbitnya buku ini adalah buat kita bertanyakan kepada diri sendiri terutamanya penulis sendiri; Adakah kita merupakan bangsa atau individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi bangsa atau individu sukar? Atau orang yang di sekeliling kita dalah berperangai sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar bagaimana ingin menangani bangsa dan individu sukar bukanlah untuk fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri. Selama ini mungkin kita menganggap orang lian di sekeliling kita dalah bangsa atau indiidu sukar. Padahal orang lain juga melihat kita sebagai individu sukar buat mereka. Buku ini mengsajikan teknik-teknik berkesan menghadapi bangsa dan individu sukar yang diekstrak dari sejarah kehidupan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS seperti mana yang diceritakan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Dan kita maklumi, contoh terburuk bangsa dan individu yang paling sukar selamanya adalah bangsa Yahudi Zionis. Kepada para pembaca, mari bersama-sama kita mengembara ke zaman Nabi Musa dan Firaun. Pasti kita tidak akan menjadi bangsa atau individu sukar,insya-Allah!

"Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siap Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka." - Adolf Hitler


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Anda Bertanya Islam Menjawab




Buku Anda bertanya Islam Menjawab karya Prof Dr M Mutawalli Asy Syarawi akan  merungkai 495 persoalan mengenai Islam.(Almarhum) yang lahir pada tahun 1912 di Mesir ini menyelesaikan pendidikan menengahnya di perguruan Az-Zaqaziq, Mesir. Dia kemudian meneruskan pengajiannya ke Universiti al-Azhar, Kaherah dan berhasil lulus dari fakulti bahasa Arab dengan predikat cum laude (sangat memuaskan).
Oleh kerana kealiman dan kedalaman ilmunya itu, beliau dapat menghuraikan dan memecahkan persoalan-persoalan rumit seperti di bidang keimanan, hadis, fiqah, akhlak dan muamalah dengan jelas dan bernas sehingga membuat ramai orang yang berpuas hati. Bahkan ceramahnya tentang ilmu kedoktoran dan astronomi sangat mengagunkan, seolah-olah dai di bidang itu.
Bukti keluasan ilmunya adalah dengan tersebar meluasnya karya beliau ke merata dunia seperti Bukti-bukti Adanya Allah, Siapa Penghuni Syurga, Rezeki, Isra’ Mi’raj Mukjizat Terbesar, Wanita Harapan Tuhan, Dosa-dosa Besar, Isteri Solehah dan banyak lagi.


Subcribe sekarang untuk mendapatkan Info Terkini tentang buku terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...