30 May 2012

Aku Masuk Islam Kerana Nabi Isa




Saya hanyalah pendosa yang tidak pandai mengungkapkan kebenaran ini. Namun saya tidak mampu memendam kebenaran ini lebih lama. Saya belajar Islam dari Alkitab/Injil (Yesus)?”-Siti Rahmah

Siti Rahmah dilahirkan dengan nama Kris Rona Yunita. Dulunya beragama Kristian Protestan. Dulunya ia sangat membenci Islam kerana menurutnya Islam adalah agama yan suka peperangan, beristeri banyak, ibadah yang susah dan larangannya adalah hal-hal yang nikmat.
Masa lalunya sangat kelam (gelap). Ia berkahwin kerana hamil (married by accident), lalu bercerai, ketagihan dadah, menjadi GRO di tempat hiburan malam. Bahkan pernah membunuh bayinya sendiri. Kemudian Ia masuk Islam. Namun Ibu dan keluarga besarnya menentangnya bahkan menganggapnya sudah GILA. Dan memaksanya agar kembali keagamanya yang lama.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

29 May 2012

30 Hari Bersama Abu Bakar As Siddiq




Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Abu Bakar As- Siddiq,antara sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah SAW.Terdapat 30 kisah Abu Bakar dimuatkan dalam buku ini.
   Setiap kisah Abu Bakar ditulis secara ringkas dan padat serta tidak terlalu panjang sesuai untuk bacaan kanak-kanak.Setiap akhir kisah diselitkan mutiara hikmah yang boleh diteladani dan membantu ibu bapa memetik pengajaran bagi anak-anak.
    Turut disertakan beberapa pertanyaan sebagai bahan perbincangan dengan anak-anak..Ibu bapa juga boleh membacakan kisah ini pada setiap malam sebelum anak-anak tidur.

Jika dilakukan rutin setiap malam, maka selama sebulan dapat menghabiskan buku ini.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Bunga Kebahagiaan





Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah fitrah manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa sahaja hatta haiwan sekalipun menginginkannya. Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita?. Runtuhnya moral masyarakat bermula dari keluarga. Sekiranya tiada kasih sayang, maka masyarakat akan menjadi kucar-kacir.

Oleh itu sifat kasih sayang perlu ditekan setiap hari, setiap masa berterusan agar menjadi perkara yang melekat di hati kita.Itulah fitrah manusia yang inginkan kebahagiaan, ketenangan, kerehatan dan segala macam kesempurnaan mengiringi kehidupan.

Marilah kita menilik karya Tuan Guru ini, agar berbisik di hati kita untuk maju beramal kekal dalam nikmat kebahagiaan.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Stop Syurga



Rasulullah juga bersabda, “Terdapat tiga golongan orang yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat.
1.) Anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya.
2.) Perempuan yang menyerupai laki-laki.
3.) Dayus iaitu ketua rumah tangga membiarkan kemungkaran dalam rumah tangga dan
     keluarganya.
Serta banyak lagi penjelasan al-Quran dan sabda Rasulullah saw berkenaan dengan neraka yang akan dihuraikan dalam karya ini.
Sungguhpun demikian, perlu diingat bahawa neraka adalah azab Allah yang tidak hanya berlaku di negeri akhirat sahaja, tetapi juga berlaku dalam kehidupan dunia ini. Antara siksa Allah itu termasuklah terputusnya rahmat Allah. Manusia yang jauh dari kasih sayang dan rahmat Allah, adalah manusia yang rugi baik dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat. Sebaliknya manusia yang beroleh rahmat Allah, adalah manusia yang beruntung dalam erti yang sesungguhnya. Firman Allah, “Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga.Penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung.” (Qs al Hasyr 59 : 20)
Oleh sebab itu, muslim dan muslimat perlulah memerhatikan sabda Rasulullah, “Demi Allah yang tiada Ilah selainNya, ada seseorang di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta saja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka dan dia masuk neraka. Ada di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga dan dia masuk syurga.”


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

21 May 2012

Cinta Kerana Allah





  Ketika dunia sedang bergolak,percayalah semua berpunca dari pergolakan rumah tangga.Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai ke seluruh dunia..Justeru Allah telah mengingatkan ,maksudnya "Selamattkanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka"( Surah Al-Tahrim 66:6).
       Untuk mengukuhkan hubungan antara 2 insan bercinta,cinta Khalik (Allah) wajib jadi matlamatnya,begitu juga dengan perkahwinan,matlamatnya adalah untuk mencari keredhaan Allah,cinta kerana Allah.Hakikatnya rumah tangga gelanggang ibadah untuk meraih pahala.
   Cinta bukan hanya kata-kata madah,cinta itu adalah amanah dari Allah.Cinta itu indah kerana ia kurniaan dariNya.Oleh itu jagalah kesucian cinta dan keindahan cinta itu dengan berkata dengan kekasih hatimu "Aku cinta padamu kerana Allah."




Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

20 May 2012

Tentang Cinta





Isu cinta memang menjadi tarikan untuk para remaja sejak zaman berzaman lagi.
 Buku tentang Cinta memberi tafsiran dan persepsi baru mengenai pelbagai topik cinta yang sering diperkatakan.
  • Apa sebenarnya yang dikatakan dengan Cinta?
  • Bagaimana Cara untuk bercinta?
  • Bagaiman Cara mencintai dan Dicintai
  • Siapa Role Model kita daam bercinta?
  • Bagaiman Cinta Yang dikatakan Cinta Ada Class?
  • Itulah persoalan yang akan terjawab dalam Buku Tentang Cinta.
Bagi yang pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan,jangan putus asa.Tataplah Buku Tentang Cinta ini dengan sepenuh hati dan Insya-Allah ada penawarnya.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Nurul Furqan Terjemah Per kata Juzuk Amma




Buku Nurul Furqan Terjemah Per kata Juzuk  Amma disusun berpandukan Kitab Tafsir Al-Jalalain yang dikarang oleh 2 imam,iaitu Imam Jalaluddin Al-Mahalli (791-864 Hijrah) dan muridnya Jalauddin Al- Suyuti (849 -911 Hijrah)

Ciri-ciri Buku

  • Terjemah Per kata,iaitu setiap perkataan dalam setiap ayat diterjemahkan berdasarkan makna asalnya,Jika pelbagai makna asalnya maka makna yang di pilih  oleh Imam  Al- Jalalain diutamakan.
  • Semua penjelasan bahasa ,nahu,sarf,balaghah,qiraat dan sebagainya akan diasingkan dan disebutkan dalam nota kaki,supaya pembaca awam tidak terbeban dengan maklumat-maklumat tersebut.
  • Hadis-hadis yang disebutkan Takhrijnya sebagai nota kaki.Di akhir Tafsir satu Surah yang pendek atau sesuatu kelompok ayat,terdapat mahfum Surah atau kelompok ayat yang berkaitan.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

19 May 2012

Andainya Engkau Tahu Bimbinglah Dirimu Dengan Doa Dan Zikir





Buku kecil bersaiz poket ini disusunagar dapat dijadikan panduan individu untuk membimbing dan mendekatkan diri kepada Allah.
 Bimbingan dalam bentuk doa ini mencakupi sebahagian besar keperluan dalam kehidupan harian manusia.Meminta kepada Allah bermakna hati mengakui hakikat ketuhanan,ini kerana hati yang keras dan disaluti dengan dosa begitu angkuh untuk meminta.

Isi kandungan Buku
  • Bimbinglah dirimu dengan doa dan zikir
  • Ibadatku Mukmin
  • Malamku Mukmin
  • Pagiku Mukmin
  • Zuriatku Mukmin
  • Rumahku Mukmin
  • Bumiku Mukmin


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean





Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean menghimpunkan 15 buah cerpen yang rata-ratanya berlatar belakangkan suasana kehidupan di Timur Tengah.

Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean mengungkap kisah pejuanganyang hadir dalam diri manusia.Perjuangan secara literasinya menampakkan ciri-ciri semangat juang berbekalkan senjata di tangan,namun perjuangan bukan pertempuran di Medan perang semata-mata.
 Sebaliknya penulis Zaid Akhtar menginterpretasikan perjuangan dalam segenap aspek kehidupan manusia.Perjuangan mempertahankan hak kemanusiaan,perjuangan meneguhkan benteng nafsu kendiri,perjuangan meneguhkan cinta dan kasih sesama manusia,perjuangan menegakkan kebenaran dan perjuangan abadi mengharap cinta Allah dan Rasulnya.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

30 Hadis Sifat Wuduk Nabi Muhammad SAW






Wuduk sinonim dengan penyucian.Penyucian lahiriah yang membawa kepada penyucian batiniah.Jika ibadat solat merupaka tiang agama,maka wuduklah pasak bagi tiang tersebut.
 Sebagai individu Muslim,selayaknya penekanan terbaik perlu diberikan kepada ibadat wuduk yang diamalkan setiap hari.

Menarik Dalam buku 30 Hadis Sifat Wuduk Nabi Muhammad SAW

  •  Penulis menggunakan Manhaj Hadis hukum iaitu mengeluarkan hukum Fiqah beradasarkan Hadis-hadis.
  • Meningkatkan kefahaman anda terhadap ibadah wuduk yang sering dipandang ringan.
  • Cara dan kaedah penyampaian yang mudah dan menarik bagi memudahkan pemahaman pembaca.
  • Memaparkan kaifiat dan cara Rasulullah SAW berwuduk berdasarkan Riwayat Hadis serta huraiannya.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

16 May 2012

Al-Mathurat Wirid Dan Doa Rasulullah




AL-MA’THURAT ialah sebuah himpunan wirid dan doa Rasulullah untuk diamalkan pada setiap kesempatan terutama selepas Subuh dan Maghrib oleh setiap pendakwah,
penyeru makruf, penentang kebatilan malah setiap individu.


Penulis : Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Kod Katalog : TBBK 1129
Kod ISBN : 978-967-5102-63-9
Harga : Semenanjung M'sia - RM4.00
: Sabah / S'wak: RM6.00


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

A Comprehensive Prayer Formula




This book is published to invite the readers to reflect upon the hadith of the Prophet SAW in which he says, “Pray as you have seen me praying” while giving precedence to the interpretations of evidences by the Shafi`I scholars.

  • In addition, the opinions of other schools of thought are also analyzed and benefited from wherever pertinent.
  • Motivate the Muslims to perform prayer in the best manner possible by perfecting its pillars and Sunnah acts as well as observing its conditions, through learning and understanding the evidences.
  • Deepen the relationship with prayer by pondering upon the recitations of the prayer and its movements in perfecting the prayer internally.
  • Enhance the understanding of the Muslims on the matters that inhibit the presence of khushu` in prayer, especially from among the major sins.
  • Improve the knowledge of this act of worship which we are commanded to perform five times every single day until our last breath. (This book is basically an English version of "Formula Solat Sempurna" by Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman)




Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Atukku Sayang




Siri “Di Mana Atuk” menceritakan tentang Hasnan, keluarga Hasnan dan rakan-rakannya. Ikuti kisah mereka yang penuh dengan pengembaraan, hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan sebagai pembentuk akhlak murni anak-anak.

Penulis : Nazzam Nazri
Kod Katalog : AS - TBBK 1154
: KSP - TBBK 1156
: MTDKTB - TBBK 1155
Kod ISBN : AS - 978-967-5102-85-1
: KSP - 978-967-5102-87-5
: MTDKTB - 978-967-5102-96-8
Harga setiap sebuah: Semenanjung Malaysia - RM10.00
: Sabah / Sarawak: 12.00




Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

15 May 2012

Tasawuf Kontemperori




Buku ini memberi kefahaman terhadap tasawuf dan bagaimana untuk mengimplementasikannya dalam kehidupan kontemporari pada hari ini.
Juga diterangkan berbezaan dan persamaan antara tasawuf dengan tarekat. Tasawuf tidak boleh dipisahkan dengan ilmu syariat dan tauhid. Buku ini juga menerangkan penghayatan sifat mahmudah dan penghindaran sifat mazmumah yang sangat penting termasuk bagaimana mengelak maksiat anggota lahir. Juga disentuh akhlak dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Akhirnya diterangkan beberapa istilah yang tinggi dalam tasawuf seperti uzlah, khalwat, tahajud, keramat, kasyaf, ilham, martabat tujuh, wali, istidraj, mimpi dan Nur Muhammad. Bagaimanapun buku ini tidak menyelami pendekatan tasawuf dan tarekat yang kompleks.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Nikmatnya Berpuasa




Buku ini ringkas dan padat serta sangat bernilai kerana ia ditulis oleh seorang ulama mazhab asy-Syafi’i yang terkenal iaitu Imam Izzuddin bin Abd. Aziz bin Abd. Salam as-Sulaimi. Beliau dikenali sebagai Sultanul Ulama.
Risalah ini menghimpunkan maqasid puasa dalam sepuluh bab yang merangkumi perbincangan mengenai kewajipan puasa, fadilat, adab-adab, perkara yang perlu dijauhi, lailatulqadar, iktikaf, puasa sunat dan hari-hari yang dilarang berpuasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa.”



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Ayuh Bersahur





Matlamat berpuasa adalah kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sahur merupakan antara sunah Rasulullah SAW yang amat disukai oleh Allah SWT untuk kita amalkan. Hikmah bersahur membantu kita disamping untuk lebih bertenaga semasa mengerjakan ibadah puasa adalah mendidik seseorang untuk bangun sepertiga akhir malam.
Buku Ayuh Bersahur! ini mendedahkan secara terpeinci hikmah-hikmah serta mengupas perkara yang dianggap remeh, perlu diketahui dan direbut oleh umat Islam keberkatannya terutama sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

14 May 2012

Amalan Sunnah Selepas Solat




Buku ini banyak mendedahkan pelbagai amalan sunnah selepas mengerjakan solat fardu. Amalan-amalan selepas mengerjakan solat fardu ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang tidak ada tolok bandingannya. Penulis telah menghuraikan tentang amalan-amalan sunat selepas solat dengan membawakan beberapa dalil daripada hadis Nabi SAW dan pendapat para ulama muktabar



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Mengecap Bahagia dengan Istighfar dan Taubat




Istighfar dan taubat ialah jalan kebenaran dalam mencari ruang keampunan Allah SWT. Kedua-dua amalan ini saling melengkapi dalam usaha manusia meraih kurniaan pengampunan terhadap Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya, Allah SWT telah memuji insan-insan yang memohon keampunan dan kembali ke landasan Islam yang sebenar, di samping menjanjikan ganjaran dan pahala yang amat besar.
Istighfar dan taubat yang dilakukan oleh Muslim dengan syarat-syarat dan adab-adabnya yang betul agar sentiasa berada atas landasan tawajjuh kepada Allah SWT semata-mata. Sebagai hamba Allah SWT, untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di Akhirat, mereka haruslah bertakwa kepada Allah SWT iaitu dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga buku ini dapat memberi panduan lengkap dan seterusnya membimbing kita ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT demi mengecap kehidupan yang bahagia di dunia dan di Akhirat.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

05 May 2012

501 Soal Jawab Tentang Haji Dan Umrah




Bagi kebanyakan orang, pengembaraan ke Baitullah adalah perjalanan sekali seumur hidup. Oleh sebab itu, kesempatan menunaikan Rukun Islam yang kelima ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Justeru, bagi mendapat haji dan umrah yang mabrur, persediaan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah ini perlu dititikberatkan oleh setiap insan yang bakal menjadi tetamu istimewa di sisi Allah.
Buku 501 Soal Jawab tentang Haji dan Umrah ini hadir bagi merungkai persoalan-persoalan remeh yang sering membelenggu jemaah haji dan umrah. Jawapan-jawapan yang dikemukakan adalah ringkas dan padat. Turut disertakan dengan gambar rajah bagi memudahkan pemahaman pembaca. Antara topik-topik yang dimuatkan adalah:

  • Perkara rukun dan wajib dalam haji dan umrah
  • Masalah haji bagi wanita, kanak-kanak dan orang tua
  • Haji Badal
  • Khurafat


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Ilmu Hikmah



Manusia seliar seorang Badwi padang pasir mengakui kebaikan Nabi Muhammad. Apabila nabi menyampaikan ilmu dan menegur, sejahil-jahil manusia mampu mendapat pengajarannya. Ternyata sekeras-keras hati mampu mendapat manfaat apabila tepat caranya.
Apabila diminta memilih antara nikmat-nikmat hebat Tuhan, tokoh lagenda, Luqman al-Hakim dan Nabi Sulaiman memilih hikmah. Daripada hikmah ini, Luqman dan Sulaiman mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.
Begitu dahsyat hikmah ini.
Ilmu Hikmah: Menyelami Samudera Ilmu Menuju Mutiara Kebijaksanaan membongkar misteri di sebalik kemampuan nabi mengubah manusia. Rahsia nabi memanfaatkan ilmu hikmah bagi menukar tabiat paling keras dengan cara paling mudah.
Ilmu Hikmah: Menyelami Samudera Ilmu Menuju Mutiara Kebijaksanaan mendorong kita ke arah kebijaksanaan sejati. Membuka khazanah ilmu yang menjentik akal dan terasa manis di hati.
Dengan kisah individu-individu yang penuh hikmah dan fakta yang santai, semuanya mengalir masuk ke dalam diri kita tanpa dipaksa-paksa. Mari... Mari kita sama-sama menyelami lautan ilmu menuju khazanah terindah... Mutiara ilmu hikmah.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Biografi Muhammad Bin Abdullah



Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik -
“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji -
“Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm -
“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim -
“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger -


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

04 May 2012

Tafsir Ayat Ahkam



Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Al-Israa: 9)
Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.
Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.
Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.
Kandungan
1. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 164 1
2. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 183-187 19
3. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 219-220 65
4. Tafsir Surah Ali-Imran 28-29 83
5. Tafsir Surah An-Nisaak Ayat 1-4 101
6. Tafsir Surah An-Nisaak Ayat 5-6 115
7. Tafsir Surah An-Nisaak Ayat 34-36 131
8. Tafsir Surah An-Nisaak Ayat 58-59 159
9. Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 33-35 177
10. Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 38-40 193
11. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 17-18 213
12. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 60 227
13. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 122-123 241
14. Tafsir Surah An-Nahl Ayat 125-128 259
15. Tafsir Surah Al-Hajj Ayat 77-78 281
16. Tafsir Surah An-Nur Ayat 1-3 297
17. Tafsir Surah An-Nur Ayat 6-9 313
18. Tafsir Surah An-Nur Ayat 30-31 333
19. Tafsir Surah Luqman Ayat 12-15 355
20. Tafsir Surah Al-Ahzab Ayat 4-5 371
21. Tafsir Surah Yasin Ayat 38-40 391
22. Tafsir Surah Sad Ayat 10-11 403
23. Tafsir Surah Muhammad Ayat 33-35 413
24. Tafsir Surah Al-Hujurat Ayat 6-10 425
25. Tafsir Surah Al-Hujurat Ayat 11-12 443


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah




Setiap manusia dambakan kesihatan.
Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.
Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.
Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.
Anda ingin kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan? Rahsianya ada di dalam buku ini.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Citra Cinta Dan Pengorbanan Siti Hajar




Kandungan
  • Carta Salasilah Keluarga Siti Hajar dan Nabi Ibrahim
  • Peta Perjalanan
  • Puisi Srikandi Siti Hajar
  • Bab 1 Asal Usul Siti Hajar
  • Bab 2 Terselamat Daripada Raja Namrud
  • Bab 3 Ketaksuban Penduduk Faddam A'ram
  • Bab 4 Ibrahim Mencari Tuhan
  • Bab 5 Cinta Sarah Kepada Ibrahim
  • Bab 6 Ujian Ibrahim di Kota Haran
  • Bab 7 Penghijrahan Ibrahim ke Kanaan dan Mesir
  • Bab 8 Kekuatan Doa Isteri Tercinta
  • Bab 9 Pertemuan Sarah dan Hajar
  • Bab 10 Raja Sehari Hajar dan Ibrahim
  • Bab 11 Cemburunya Sarah Kepada Hajar
  • Bab 12 Cinta Siti Hajar Kepada Ibrahim
  • Bab 13 Rahmat Allah ke atas Ibu Ismail
  • Bab 14 Terpancar Keberkatan di Lembah Mekah
  • Bab 15 Dugaan Hajar, Ismail Dijadikan Korban


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

03 May 2012

Ilmuan Nusantara





"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinas dan dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil warisan itu, dia mewarisi bahagian yang banyak."
(Hadis ini direkodkan oleh Imam Tirmizi, Imam Ahmad, Imam Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah dan disahkan oleh Imam Hakim dan Imam Ibnu Hibban.)

Tokoh 1 : Syeikh Abu Bakar Al-Ash’ari
Tokoh 2 : Ustaz Abu Bakar Al-Bakir
Tokoh 3 : Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim
Tokoh 4 : Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau
Tokoh 5 : Dr Burhanuddin Al-Helmi
Tokoh 6 : Tuan Guru Haji Muhammad Yasin Kedah
Tokoh 7 : Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin
Tokoh 8 : Prof Dr HAMKA
Tokoh 9 : Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek
Tokoh10 : Muhammad Nafis Al-Banjari
Tokoh 11 : Hussain Mohd Nasir Al-Mas’udi Al-Banjari
Tokoh 12 : Syeikh Yusuf Makasar
Tokoh 13 : Tuan Tabal Abdul Samad Muhammad Saleh
Tokoh 14 : Prof Zulkifli Muhammad
Tokoh 15 : Syeikh Nuruddin Ar-Raniri
Tokoh 16 : Haji Ali Pulau Pisang
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...