06 April 2012

Ziarah Ke Alam Barzakh



Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas initampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

 Melalui buku ini, Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh reality yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...