04 April 2012

Majalah Asuh April 2012





Menarik Dalam Majalah Asuh April 2012



DOA & ZIKIR
1. DOA & ZIKIR
Kali ini ruangan Doa& Zikir berkongsi dengan para pembaca dua doa
iaitu:
• Doa Pelindung Daripada Kejahatan Anggota Badan
• Doa Mohon Perlindungan
..................................................................................................................................................................................

FAHAM FIKAH
Tajuk: Salah Guna Facebook
Menceritakan keburukan atau keaiban seseorang adalah haram
hukumnya.Tidak kiralah sama ada dilakukan secara berhadapan
(dengan mulut) atau melalui tulisan. Tulisan itu kemudiannya
disebarkan kepada orang ramai. Misalnya dengan menggunakan
kecanggihan teknologi hari ini seperti facebook dan seumpamanya.
Jadi, tunggu apalagi dapatkan majalah Asuh terbaharu ini di pasaran
sekarang untuk mengetahui huraian selanjutnya yang diberikan oleh
Ustaz Dr. NikYusri
..................................................................................................................................................................................

Tafsir al-Quran
Tajuk: Terjemahan Surah Al-Falaq
Para pembaca boleh mempelajari pelbagai surah yang terdapat dalam
Al-Quran.Ruangan baharu ini menampilkan Ustaz Amaluddin sebagai
penulis.Jom kita pelajari terjemahan surah al-Falaq dalam Asuh
keluaran April 2012.
..................................................................................................................................................................................

Jom Solat
Tajuk: HebatnyaWuduk
Wuduk diwajibkan apabila adik-adik mahu melakukan ibadah tertentu
seperti solat.Dapatkan majalah Asuh April 2012 untuk huraian
selanjutnya mengenai manfaat wuduk kepada kesihatan.
..................................................................................................................................................................................

SirahNabi
Tajuk: Roti Untuk Lelaki Tua
Setelah Baginda Nabi wafat, Khalifah Abu Bakar diangkat menjadi
Khalifah.Seboleh mungkin beliau meneruskan perjuangan agama Islam
yang dibawa oleh Rasulullah SAW.Beliau sentiasa mengambil berat
dan ingin melaksanakan apa juga perkara yang telah Baginda lakukan
semasa hayat Baginda.
..................................................................................................................................................................................

Geng 5A
Tajuk: Ahli Baharu
Komik terbaharu dalam majalah Asuh ialah Geng 5A yang merupakan
komik bersiri mengenai para pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Astana.
Pelbagai kisah kehidupan para pelajar sekolah cuba ditampilkan dalam
komik bersiri ini. Ikuti sambungannya.
..................................................................................................................................................................................

KisahTeladan
Tajuk: Sebiji Limau
Seorang wanita kafir datang berjumpa Rasulullah SAW. Ketika itu,
Baginda SAW bersama-sama dengan beberapa orang sahabat. Wanita
tadi datang membawa limau sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW.
Baginda SAW menerima hadiah tersebut dengan penuh senyuman.
..................................................................................................................................................................................

25 RASUL
Tajuk: Nabi Adam Dan Hawa Diperdaya Iblis
Nabi Adam dan Hawa terpengaruh dengan kata-kata Iblis.Mereka pun
mendekati pohon yang dilarang itu dan memakannya.Namun sebaik
sahaja mereka memakan bahagian tertentu daripada pohon itu,
tak semena-mena aurat mereka berdua terdedah.Nabi Adam dan Hawa
berasa terkejut dan malu, lalu dengan pantas mencari daun-daun bagi
menutupi aurat mereka yang terbuka.Ikuti kisah seterusnya dalam Asuh
bulan Mac 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...