04 April 2012

Majalah Anis April 2012




Menarik Dalam Majalah Anis 2012

Fokus Utama : Konflik Bajet Isi Rumah
Sebagai ketua keluarga, memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak
adalah tanggungjawab asasi suami yang tidak boleh dikesampingkan.
Sekecil mana gaji yang diterima dan serendah mana pun pangkat, nafkah
 perlu diberikan mengikut kemampuan. Apabila suami tidak mampu
 menanggung keseluruhan bajet isi rumah, isteri boleh membantu suami
 untuk meringankannya. Sumbangan isteri membantu memenuhi
 keperluan sara hidup keluarga hakikatnya adalah sedekah si isteri buat
 suami. Ia bukan satu kemestian tetapi satu khidmat sampingan.
..................................................................................................................................................................................

Shazrina Yusof & Dr. Irfan Khairi Pilih Hidup Sederhana
Biarpun bergelar isteri kepada jutawan internet, Dr. Irfan Khairi
Noor Azmi, namun beliau sesekali tidak menjadikan status tersebut untuk sentiasa tampil mewah sama ada dari segi penampilan diri sehinggalah kepada
kehidupan seharian. Malah beliau mengakui hidup dalam kesederhanaan
 itu lebih menjanjikan ketenangan. Ikuti kisah mereka dalam ruangan
Tetamu Anis pada muka surat 33
..................................................................................................................................................................................

Resepi Kehidupan : Usia Bukan Penghalang
“Saya amat tersentuh apabila ada orang mengatakan pemain bola tidak
solat. Kita hanya tengok orang yang tidak solat, tetapi orang yang
 bersolat kita tidak tengok. Kalau ada perlawanan pada waktu malam,
 kita solat Maghrib berjemaah dan kalau bermain di luar kawasan,
kita solat Jamak.” - Tuan Haji Abdul Rahman Ibrahim, satu nama besar
 dalam arena bola sepak negara.
..................................................................................................................................................................................

Transformasi Diri : Mimpi Pelik Dorong Faez Tan Peluk Islam
Pengalaman aneh yang dilalui menambahkan keyakinan beliau untuk
terus mencari rahsia di sebaliknya sehinggalah beliau yakin hanya Islam
agama yang suci. Ikuti pengalaman yang dikongsi oleh
Muhammad Faez Tan yang mendorongnya memeluk Islam dalam
ruangan Transformasi Diri.
..................................................................................................................................................................................

Adakah Pakaian Anda Betul-betul Memelihara Maruah Diri?
Pakaian labuh, longgar dan tidak jarang masih tidak memadai jika ada
bahagian tubuh yang seakan menjadi bahan tontonan orang sekeliling.
 Oleh itu, setiap Muslimat mestilah peka dengan keadaan imej diri yang
terhasil daripada pakaiannya. Dapatkan tip memilih pakaian sopan
melalui ruangan Imej Muslimah oleh perunding imej, Pn. Suraya Daud.
..................................................................................................................................................................................

Mengapa Suntikan BCG Menjadi Parut?
Suntikan vaksin BCG diberikan pada semua kanak-kanak yang lahir
dalam negara yang banyak kes jangkitan TB, bagi melindungi
 kanak-kanak ini daripada jangkitan TB yang teruk iaitu miliary TB
 yang menyerang paru-paru dan TB meningitis yang menyerang selaput
otak. Di Malaysia, suntikan vaksin BCG diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan. Suntikan BCG akan meninggalkan parut. Parut suntikan BCG menandakan kanak-kanak itu telah membina daya tahan imuniti dalam
tubuhnya berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai
parut BCG. Ketahui dengan lebih lanjut mengenainya dalam ruangan
Tanya Doktor oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad pada muka surat 82.

Dapatkan Majalah Anis keluaran April 2012 di kedai-kedai berhampiran anda Sekarang.

Sila Klik Icon g+1 kalau anda suka artikel ini



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

1 comment:

  1. blh saya tahu nama penulis bagi majalah anis april 2012 dalam slot mengenai usahawan keropok lekor B.T.B 2209?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...