29 April 2012

Buku 12 Tokoh Pengubah Dunia




Buku menceritakan tentang riwayat hidup 12 tokoh cendikiawan Muslim dimana karya dan pemikirannya sangat berpengaruh,menjadi bahan rujukan sehingga hari ini.Apa yang menarik perhatian adalah kepakaran mereka merangkumi pelbagai bidang iaitu Sains,falsafah dan banyak lagi.
Kejayaan Islam tidak lepas dari kecemerlangan pemikiran para intelektual Muslim. Pemikiran yang menembus batas waktu dan memiliki daya luar biasa terhadap perubahan dunia, tidak hanya bermanfaat bagi dunia Islam sahaja, akan tetapi bagi seluruh umat manusia.

Hasil karya mereka adalah bukti bahawa Islam jika diimplementasikan dengan segenap jiwa dan sepenuh hati, akan menjadikannya rahmatan lil ‘alamin. Mereka para tokoh yang mengubah dunia ini hidupnya berkat kerana mewariskan manfaat yang akan membuat kehidupan umat manusia menjadi lebih baik dalam berbagai-bagai sisi kehidupan, baik dalam bidang kedoktoran, sosial, sains, fizik, astronomi dan sebagainya.

Antara tokoh yang dimaksudkan adalah :
  1. Ibnu Sina
  2. Jabir Bin Hayyan
  3. Al-Kindi
  4. AbdurRahman Bin Khaldun
  5. Abu Raihan Al-Biruni
  6. Muhammad Bin Jarir Ath-Thabari
  7. Abu Bakar Ar-Razi
  8. Al-Hassan Ibnul Haitsam
  9. Ibnu Nafis
  10. Syarif Al-Idrisi
  11. Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi
  12. Al-Farabi
Ibnu Sina

Nama penuh beliau adalah Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Sina,dikenali dengan gelaran Asysyaikhur Ra'iis (ketua para syeikh).Dilahirkan pada 370 hijrah bersamaan 980 Masehi di sebuah perkampingan kecil bernama Afsanah terletak tidak jauh dari Kota Bukhara di wilayah Uzbekistan.Di kota Bukhara inilah beliau mula mempelajari ilmu seperti sastera dan Al-Quran dan berjaya menguasai ilmu Al-quran dengan baik ketika berumur 10 tahun.Setelah itu beliau mempelajari pula ilmu dalam jurusan lain seperti Sains,matematik serta ilmu binaan.

Ibnu Sina Sebagai Doktor

Setelah tamat pengajiannya beliau mempelajari pula ilmu perubatan.Beliau mempelajari ilmu tersebut dengan baik tanpa menghadapi sebarang kesukaran dan telah mempraktikkan ilmu perubatannya dengan merawa pesakit ketika beliau berusia 16 tahun.
  Ketika berusia 17 tahun Perdana menteri Saman Nuh II Bin Manshur telah menghidap satu penyakit yang tidak dapat dirawat oleh kebanyakan doktor.Kebetulan ketika itu nama dan kehebatan Ibnu Sina telah tersebar luas di kalangan ahli-ahli perubatan,sehingga mereka menyarankan agar perdana menteri menjemput Ibnu Sina merawatnya.Setelah dijemput Ibnu Sina telah bersetuju untuk turut serta menjadi ahli kumpulan perubatan kepada perdana menteri bersama doktor-doktor yang lain.
  Penglibatannya sebagai ahli perubatan perdana menteri telah membuka ruang yang cerah pada masa depannya.Bahkan beliau telah diberi keizinan untuk memasuki ruangan perpustakaan milik perdana menteri dan membaca koleksi bukunya.


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...