29 April 2012

Buku 12 Tokoh Pengubah Dunia




Buku menceritakan tentang riwayat hidup 12 tokoh cendikiawan Muslim dimana karya dan pemikirannya sangat berpengaruh,menjadi bahan rujukan sehingga hari ini.Apa yang menarik perhatian adalah kepakaran mereka merangkumi pelbagai bidang iaitu Sains,falsafah dan banyak lagi.
Kejayaan Islam tidak lepas dari kecemerlangan pemikiran para intelektual Muslim. Pemikiran yang menembus batas waktu dan memiliki daya luar biasa terhadap perubahan dunia, tidak hanya bermanfaat bagi dunia Islam sahaja, akan tetapi bagi seluruh umat manusia.

Hasil karya mereka adalah bukti bahawa Islam jika diimplementasikan dengan segenap jiwa dan sepenuh hati, akan menjadikannya rahmatan lil ‘alamin. Mereka para tokoh yang mengubah dunia ini hidupnya berkat kerana mewariskan manfaat yang akan membuat kehidupan umat manusia menjadi lebih baik dalam berbagai-bagai sisi kehidupan, baik dalam bidang kedoktoran, sosial, sains, fizik, astronomi dan sebagainya.

Antara tokoh yang dimaksudkan adalah :
  1. Ibnu Sina
  2. Jabir Bin Hayyan
  3. Al-Kindi
  4. AbdurRahman Bin Khaldun
  5. Abu Raihan Al-Biruni
  6. Muhammad Bin Jarir Ath-Thabari
  7. Abu Bakar Ar-Razi
  8. Al-Hassan Ibnul Haitsam
  9. Ibnu Nafis
  10. Syarif Al-Idrisi
  11. Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi
  12. Al-Farabi
Ibnu Sina

Nama penuh beliau adalah Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Sina,dikenali dengan gelaran Asysyaikhur Ra'iis (ketua para syeikh).Dilahirkan pada 370 hijrah bersamaan 980 Masehi di sebuah perkampingan kecil bernama Afsanah terletak tidak jauh dari Kota Bukhara di wilayah Uzbekistan.Di kota Bukhara inilah beliau mula mempelajari ilmu seperti sastera dan Al-Quran dan berjaya menguasai ilmu Al-quran dengan baik ketika berumur 10 tahun.Setelah itu beliau mempelajari pula ilmu dalam jurusan lain seperti Sains,matematik serta ilmu binaan.

Ibnu Sina Sebagai Doktor

Setelah tamat pengajiannya beliau mempelajari pula ilmu perubatan.Beliau mempelajari ilmu tersebut dengan baik tanpa menghadapi sebarang kesukaran dan telah mempraktikkan ilmu perubatannya dengan merawa pesakit ketika beliau berusia 16 tahun.
  Ketika berusia 17 tahun Perdana menteri Saman Nuh II Bin Manshur telah menghidap satu penyakit yang tidak dapat dirawat oleh kebanyakan doktor.Kebetulan ketika itu nama dan kehebatan Ibnu Sina telah tersebar luas di kalangan ahli-ahli perubatan,sehingga mereka menyarankan agar perdana menteri menjemput Ibnu Sina merawatnya.Setelah dijemput Ibnu Sina telah bersetuju untuk turut serta menjadi ahli kumpulan perubatan kepada perdana menteri bersama doktor-doktor yang lain.
  Penglibatannya sebagai ahli perubatan perdana menteri telah membuka ruang yang cerah pada masa depannya.Bahkan beliau telah diberi keizinan untuk memasuki ruangan perpustakaan milik perdana menteri dan membaca koleksi bukunya.


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

28 April 2012

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata


Apa Istimewanya buku ini?
Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.

MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.

Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat islam di malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.

Siapa itu Ann Wan Seng?
-Beliau adalah Penerima Anugerah Tokoh Maal hijrah peringkat Negeri Selangor 1430H/2009. -Penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008

Beliau lahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PERKIM Cawangan Putra Wilayah persekutuan, AJK Perkim Wilayah Persekutuan, Bekas tenaga pengajar di Jabatan Antrapologi dan Sisiologi UM. Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dan pernah menjadi penulis di kolumnis Harakah, Mingguan Waktu, Media Islam, Mingguan Kota, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Kosmik, Sarina, Majalah I, Minda, Tamadun dan banyak lagi.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Bila Zina Jadi Budaya



Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari. Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut, kes rogol, perzinaan, buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi apabila masalah sosial ini membimbangkan golongan ibu bapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut. Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adlah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu sendiri. Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Jumaat Bersama Tok Guru



“Saya telah mengikuti kuliah Tok Guru sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Jadi, saya merasa sentiasa merasa teruja untuk terus mengikuti kuliah-kuliah beliau lebih-lebih mendapat peluang untuk merakamkannya dalam bentuk buku. Buku ini mengandungi lima belas kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru dalam majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat di Kota Baharu, Kelantan.
Dalam buku ini juga, saya merakamkan pandangan dan perasaan saya terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau. Semoga dengan rakaman dan huraian tersebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Tok Guru. Lebih penting lagi ialah memahami, menghayati dan seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan. Ilmu yang diperolehi itu kemudian boleh disampaikan kepada orang lain.
Begitulah cara ilmu itu berkembang dan ia merupakan satu proses yang berterusan untuk mewariskan ilmu kepada kepada generasi yang akan datang.” - Ann Wan Seng



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

27 April 2012

Menyingkap Tirai Syukur



Bersyukur merupakan perbuatan yang dituntut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Malahan, seluruh makhluk menyenangi orang yang mempunyai sifat mulia ini.
Lantaran itu, timbul dalam jiwa untuk mengamalkan perbuatan ini dalam kehidupan kita. Namun begitu, bagi kita yang masih kurang mengenali secara dekat apa itu syukur. Mungkin tertanya-tanya beberapa soalan seperti di bawah ini:

· Apakah yang dimaksudkan dengan syukur?
· Kenapa kita perlu bersyukur?
· Apakah kesannya jika kita tidak bersyukur?
· Bagaimana membentuk diri supaya bersyukur?
· Adakah contoh kisah-kisah orang yang gemar bersyukur?
· Apakah tanda-tanda orang yang bersyukur?
Insya-Allah, segala persoalan-persoalan di atas bakal dijawab dalam buku Menyingkap tirai syukur. Semoga Allah SWT meletakkan kita dalam golongan orang yang bersyukur.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

20 April 2012

Kesihatan Dan Kewangan




Buku ini asasnya menceritakan hubung kait elemen kesihatan dan kewangan yang tidak diketahui umum. Kedua-dua elemen ini dikupas mendalam bagi menerangkan betapa pentingnya ia untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Penulis juga telah memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana kedudukan kewangan mempengaruhi masalah kesihatan seseorang individu terutamanya apabila kos perubatan yang semakin meningkat.


Kandungan


Bab 1 Membaca – Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenainya?
Bab 2 Menulis – Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenainya?
Bab 3 Kesihatan – Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenainya?

Bahagian Pertama: Kesihatan dan Sejarahnya

Bab 4 Sejarah Kesihatan Dunia
Bab 5 Sejarah Kesihatan Di Malaysia
Bab 6 Bilakah Kesihatan Mula Memerlukan Wang?

Bahagian Kedua: Kesihatan Dan Informasi

Bab 7 Apakah Jenis Informasi Yang Anda Terima
Bab 8 Mengapa Informasi Dimanipulasi?
Bab 9 Bagaimana Dengan Media Massa Yang Lain?
Bab 10 Siapa Yang Anda Boleh Percaya?
Bab 11 Informasi Diragui
Bab 12 Kesan Tidak Langsung Informasi Kepada Kesihatan
Bab 13 Kesan Informasi Kepada Kesihatan Remaja
Bab 14 Kesan Informasi Kepada Kesihatan Di Malaysia

Bahagian Ketiga: Masalah Kesihatan Dari Sudut Kewangan

Bab 15 Kos Perubatan Yang Semakin Meningkat
Bab 16 Mengapa Kos Perubatan Meningkat?
Bab 17 Siapa Yang Menanggung Kos Perubatan?
Bab 18 Bebanan Kerja Pengurusan Kesihatan
Bab 19 Impak HMO Kepada Sistem Kesihatan
Bab 20 Pertambahan Pilihan Ubat-Ubatan Dan Khidmat Perubatan
Bab 21 Pertambahan Saranan Kesihatan
Bab 22 Pelbagai Penyakit Baru Yang Timbul
Bab 23 Pematuhan Undang-Undang
Bab 24 Penyelidikan Kesihatan Di Malaysia

Bahagian Keempat: Kesihatan Dan Kewangan – Apakah Ada Jalan Penyelesaian?

Bab 25 Adakah Wang Segalanya?
Bab 26 Bolehkah Kesihatan Menjana Wang?
Bab 27 Bolehkah Kesihatan Menghabiskan Wang?
Bab 28 Bolehkah Pengetahuan Kesihatan Mengurangkan Kos Perubatan?
Bab 29 Mengapa Ubat-Ubatan Yang Dijual Melalui Skim MLM Mahal?
Bab 30 Bolehkah Pengurusan Yang Bijak Mengurangkan Kos Perubatan?
Bab 31 Kesihatan Kewangan

Bahagian Kelima: Masa Depan Kesihatan Di Malaysia

Bab 32 Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Kerajaan
Bab 33 Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Swasta
Bab 34 Perkhidmatan Insurans Dan Takaful Kesihatan
Bab 35 Perkhidmatan Farmasi Di Malaysia
Bab 36 Perkhidmatan Pelancongan Kesihatan
Bab 37 Haruskah Kita Mencontohi Model Kesihatan Barat?

Kesimpulan: Wang, Kesihatan Dan Pilihan

Bab 35 Adakah Kita Memerlukan Wang Untuk Hidup Lebih Lama?
Bab 36 Apakah Kita Ada Pilihan?
Bab 37 Adakah Anda Sudah Bersedia?

Bonus

Merokok – Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenainya?
Tentang www.dr.com.my
Biodata Penulis

Dapatkan di kedai berhampiran atau klik banner di bawah untuk keterangan lanjut


19 April 2012

Working In The Middle East




Description: A quick guide to employment opportunities in the Middle East.
Introduction

  • Advantages Of Working In The Middle East
  • Disadvantages Of Working In The Middle East
  • Jobs In The Middle East
  • Applying For A Job In The Middle East
  • The Hiring Process
  • Working And Living In The Middle East
  • Ending Your Employment Stint In The Middle East
Conclusion
Reference
About The Author
Click Banner For more Info


Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya



Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya
Buku ini menerokai industri tuisyen yang berpotensi tinggi dan berupaya menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu bekerja secara konvensional. Antara topik yang mendapat liputan di dalam buku ini adalah rahsia dan keistimewaan menjadi guru tuisyen, strategi mempromosikan perkhidmatan tuisyen, teknik dan kemahiran mengajar yang magis dan luar biasa dan persiapan sebelum mula mengajar tuisyen.


Kandungan

Bab 1 - Gambaran awal tentang tuisyen
Bab 2 - Apakah itu tuisyen
Bab 3 - Bingkisan seorang cikgu tuisyen daripada sambilan ke sepenuh masa
Bab 4 - 10 peluang bagaimana membuat duit sampingan
Bab 5 - 5 sebab mengapa anda perlu lakukan tuisyen
Bab 6 - 10 perkara yang melayakkan anda bergelar cikgu tuisyen
Bab 7 - Perbezaan home tuition dengan tuition centre
Bab 8 - Pendapatan cikgu tuisyen sambilan atau sepenuh masa
Bab 9 - 10 rahsia dan keistimewaan menjadi cikgu tuisyen
Bab 10 - 10 rahsia bagaimana anda akan diterima untuk mengajar tuisyen
Bab 11 - Tip membuat profil yang menarik perhatian pasaran tuisyen
Bab 12 - Strategi promosi berkesan lagi unik
Bab 13 - 8+1 rahsia kaedah pemasaran hebat dan berkesan
Bab 14 - Persiapan sebelum mengajar tuisyen
Bab 15 - 10 rahsia cara menarik perhatian ibubapa dan pelajar (pelanggan)
Bab 16 - Pengurusan kelas yang sistematik dan cara pembayaran
Bab 17 - 8 cabaran dan tekanan yang perlu anda ketahui sebagai cikgu tuisyen
Bab 18 - 7 langkah cara set-up pusat tuisyen
Bab 19 - Kesimpulan tentang bagaimana untuk menjadi cikgu tuisyen yang mampu menjana
               pendapatan lumayan.


Dapatkan buku hebat ini di kedai-kedai berhampiran anda atau secara online dengan klik banner di bawah:


16 April 2012

Panduan Keselamatan Untuk Anak Di Rumah Anda



Panduan Keselamatan Untuk Anak Anda

Buku ini memaparkan tip dan teknik yang dapat menyelamatkan nyawa anak anda daripada pelbagai jenis dan situasi yang mengundang kemalangan. Langkah pencegahan kemalangan juga dibincangkan dengan penuh berinformasi.


Kandungan

  • Keselamatan kanak-kanak Di Rumah
  • Peraturan-peraturan Keselamatan Untuk Kanak-kanak
  • Tip-tip keselamatan Kank-kanak Di Rumah
  • Senarai Semak Keselamatan kanak-kanak Di Rumah
  • Senarai Semak Keselamatan kanak-kanak Untuk Bertatih
  • Senarai Semak Keselamatan Untuk Bayi
  • Keselamatan Kanak-kanak
  • Mengajar Kanak-kanak Tentang keselamatan Di Rumah
  • Keselamatan Di Rumah Bersama Kanak-kanak
  • Kanak-kanak Dan Keselamatan
  • Bagaimana Melakukan Cardio Pulmanory Resuscition (CPR)

Sila Klik Banner di bawah untuk membuat Tempahan Secara Online






Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

11 April 2012

Anak Apak





MEMOIR, Politik Kewartawanan yang diberikan judul ANAK APAK, membentangkan pengalaman hidup dan pahit getir penulis sebagai anak keturunan Jawa di tengah-tengah masyarakat Melayu kampung ketika mula mengenal dunia dalam kesengsaraan musim Jepun melanda Tanah Melayu.

MEMOIR ini diberi judul ANAK APAK justeru Apak mahu mendidik dan menyekolahkan saya sepertinya dan kemudian keluar sebagai ahli ilmu agama mengikut jejaknya menjadi Tok Guru kepada masyarakat dan ummah. Tetapi saya tidak menjadi Tok Guru seperti Apak. Ada sebabnya; kejatuhan ekonomi, sawah tidak menjadi, getah yang menjadi sumber kemakmuran rakyat tiba-tiba tidak berharga lantaran Perang Korea yang berlaku pada awal tahun 50-an.

Apak tidak menjadi aktivis politik dan tidak berminat dalam dunia persuratkhabaran tetapi saya menjadi wartawan dan aktivis politik sepenuh masa.
Saya terdedah dengan alam politik sejak zaman kanak-kanak dan boleh memahami politik sejak remaja, tetapi tidak pernah bercadang untuk menjadi orang politik. Pada saya ketika itu, adalah lebih senang hidup sebagai orang yang memahami politik tetapi tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik supaya kita disenangi oleh semua dan dapat diterima oleh semua. Akan tetapi kekalahan teruk PAS di Kelantan pada hujung tahun 70-an sesudah berkuasa sejak tahun 1959 menyebabkan saya terasa seolah-olah demokrasi seperti akan berakhir di Malaysia.

Semoga Memoir ANAK APAK ini dapat memenuhi maksud sebuah penulisan buku berbentuk memoir dan dapat memberikan perkhidmatan dalam bidang penulisan memoir dalam persuratan Melayu untuk tatapan masyarakat. Tiada apa-apa yang dapat saya tinggalkan kepada masyarakat melainkan Memoir ini.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Allah Is Calling




Sesungguhnya persoalan hidayah adalah tugas dan kerja Allah SWT, walaupun mungkin dari segi zahirnya seseorang itu kelihatan tidak beriman dan mungkin juga jelas menentang-Nya, namun dari segi batinnya tiada seorangpun yang tahu bahawa dia benar-benar cenderung dan suka kepada kebenaran, khususnya Islam, satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.
Bagi kita yang memang lahir daripada keluarga Islam, tidak mudah untuk menghukum seseorang terutama dari individu yang bukan Islam, bahawa mereka adalah ahli neraka dan pasti akan kekal menghuni di dalamnya, tetapi persoalannya di sini, pernahkah kita berjumpa mereka dan berkata sesuatu mengenai Islam sebelum menjatuhkan apa-apa hukum terhadapnya sebelum mengatakan bahawa mereka memang ahli neraka.
Itulah kesilapan yang memang semulajadi ada pada diri kita yang memang suka menjatuhkan hukum kepada individu tertentu terutama di kalangan bukan Islam, malah ia jadi trend di kalangan kita, sepatutnya kita sudah berubah menjangkau lebih daripada itu, iaitu menjadi golongan yang bersedia untuk memimpin mereka ke jalan selamat di dunia dan akhirat dengan menjadikan ‘Sirah Nabi Muhammad’ sebagai inspirasi untuk berdakwah.
Justeru, buku ‘Allah is calling’ ini diharapkan menjadi sumber bacaan kepada kita untuk menilai semula apakah peranan yang telah kita laksanakan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan menyeru seramai mungkin manusia ke jalan makruf dan meninggalkan jalan-jalan mungkar bertepatan dengan ikrar dan sumpahan kita dalam setiap solat fardu yang kita lakukan.

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Syarah Hadis 40 Imam Nawawi




Hadis Arba’in. Nama ini sudah tidak asing lagi di telinga kita. 42 hadis yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi, pada awalnya hanya 26 hadis yang dimuatkan dalam judul Ibnu Solah. Isinya adalah hadis-hadis nabi yang ucapannya ringkas, tetapi maknanya luas. Imam Nawawi memberi judul kumpulan hadis ini dengan al-Arba’in. Ia menjadi popular kerana kandungannya banyak memberi manfaat dan ramai orang menghafalnya.
Ia turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada para ulama kerana mereka menghafalnya dan mengguna pakai hadis ini bagi menjelaskan ruang lingkup agama. Mengapa Hadis Arba’in relevan sepanjang masa?

  • Setiap hadis adalah asas utama dalam agama Islam.
  • Semua hadis adalah hadis sahih yang sebahagian besar terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
  • Setiap hadis dimuatkan bab tersendiri supaya dapat memperjelaskan makna hadis yang masih samar.
Menarik dalam buku ini

  • Syarah (huraian) hadis ini disampaikan secara ringkas dan padat, namun tetap enak dibaca dan tidak meninggalkan maksud yang sepatutnya disampaikan.
  • Memanfaatkan pelbagai rujukan termasuk huraian daripada Imam Nawawi, Ibnu Daqiq al-Id dan Syeikh Usaimin.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

10 April 2012

Buku Anda Bertanya Ustaz Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa



Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.



Taharah Halaman
  • Minyak Wangi Tanpa Alkohol
  • Hukum Kencing Tidak Lawas
  • Cara Mandi Wajib
  • Membersihkan Karpet Masjid Yang Terkena Air Kencing
  • Mandi Junub Atau Mandi Wajib
  • Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi
  • Penggunaan Botol Arak
  • Samak Jaket Kulit Khinzir
  • Bawa Lori Najis
  • Kasut Berkulit Babi
  • Kemeja Sutera Campuran
  • Samak Kereta Terkena Anjing
  • Adab Masuk Tandas
  • Kencing Berdiri
  • Makanan Dimasuki Semut
  • Membersihkan Barang Bundle
  • Bangkai Dalam Air
  • Veterinar Memegang Anjing
  • Mentayamumkan Mayat
  • Berkhitan Bagi Kanak-Kanak Perempuan
Berwuduk 
  • Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang
  • Berwuduk Dalam Keadaan Tangan Bersimen
  • Ukuran Mata Kaki Dalam Wuduk
  • Mandi Wajib Tanpa Wuduk
Solat 
  • Azan Sebelum Masuk Waktu Solat
  • Azan Subuh Dua Kali
  • Perbezaan Waktu Solat
  • Waktu Solat Di Negeri Orang
  • Keliru Arah Kiblat Ketika Dalam Gua
  • Tempat Niat Solat
  • Bacaan Dalam Solat
  • Sukar Melafazkan Bacaan-Bacaan Solat
  • Memejamkan Mata Ketika Solat
  • Bacaan Pengganti Basmalah
  • Menggantikan Imam Yang Batal Solat
  • Qada (Menggantikan) Solat
  • Dua Jemaah Dalam Satu Masjid
  • Menggerakkan Jari Semasa Tahiyat 
  • Solat Hormat Waktu Dalam Penerbangan 
  • Solat Bersama Anak Bawah Umur 
  • Membaca Doa Qunut
  • Meletak Tangan Di Atas Paha Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
  • Kerap Tertinggal Solat Subuh
  • Bercakap Ketika Khutbah
  • Kurang Faham Mengenai Solat Jamak dan Qasar
  • Mendengar Khutbah Jumaat Sambil Mengambil Nota
  • Solat Jumaat di Negara China 
  • Solat Zuhur Wanita Uzur pada Hari Jumaat 
  • Solat Sunat bagi Menampung Solat Fardu
  • Niat Solat Tahajjud
  • Bilangan Sujud Sajadah 
  • Solat Sunat Taubat 
  • Waktu Luput Solat Sunat Duha
Puasa
  • Korek Hidung Semasa Berpuasa 
  • Hukum Berkumur dengan Lesterine Pada Siang Bulan Puasa
  • Masuk Air Sebab Sakit 
  • Ganti Puasa 
  • Mengeluarkan Air Mani dengan Sengaja Di Bulan Puasa
  • Fidyah Solat dan Puasa untuk Ibu yang Meninggal Dunia 
  • Puasa di Bulan Rejab dan Syaban 
 Zakat
  • Kewajipan Zakat ke atas Remaja 
  • Orang Tua Menerima Zakat
Haji dan Umrah
  • Menunaikan Haji Dalam Keadaan Berhutang
  • Mencium Hajarul Aswad Selepas Tawaf 
  • Upah Haji untuk Ibu
Aurat
  • Aurat Menantu
  • Aurat di dalam Televisyen
  • Melihat Aurat Lelaki 
  • Aurat di Laman Rumah
  • Aurat Lelaki 60
  • Aurat Di Hadapan Bukan Islam
  • Hukum Buka Baju dan Memakai Seluar Pendek
Jual Beli
  • Jual Beli Barang Lama
  • Jual Beli Binatang
  • Loan (pinjaman) Kereta
  • Peraduan 
  • Ambil Barang Orang Bukan Islam
  • Claim (Tuntutan Semula) 
  • Bersedekah Dengan Wang Haram
Nikah dan Kahwin
  • Hukum Suami Ambil Duit Isteri
  • Tidak Mahu Berkahwin
  • ‘Couple' (berpasangan)
  • Ibu Bapa Memilih Pasangan Hidup Untuk Anaknya
  • Isteri Solehah 
  • Ingin Tahu Jumlah Isteri Nabi 
  • Suka Kepada Perempuan
  • Nikah Gantung
  • Hukum Zina Sebelum Kahwin 
  • Kelahiran Anak dan Belah Mulut (Tahnik)
  • Pahala Bagi Perempuan 
  • Ambik Anak Angkat
  • Ingin Bayi Comel
  • Pewaris Gugurkan Janin
  • Hubungan Dengan Bekas Bapa Tiri
  • Kehendak Isteri dan Kuliah Jumaat
  • Jilat Kemaluan Isteri 
  • Oral Seks
  • Berjimak Pada 1 Syawal 
  • Keliru Sentuh Air Mani 
  • Krisis Rumah Tangga
  • Cerai Talak Tiga 
  • Hukum Suami Keluar Malam
  • Berkahwin dengan Amanah Ibu
  • Amanah Tidak Mencukur Rambut Anak
Al-Quran
  • Membeli al-Quran
  • Hukum Terkentut Sewaktu Membaca al-Quran 
  • Hukum Meletakkan al-Quran di Kepala
  • Hafaz al-Quran
  • Orang Kafir Memegang al-Quran
  • Wanita yang Memotong Badannya Sendiri
  • Gantung Ayat al-Quran
  • Hukum Wanita Membaca al-Quran
  • Mengubah Diri dengan al-Quran 
  • Hukum Membaca Ayat al-Quran di dalam Tandas
Halal dan Haram
  • Hukum Merokok
  • Halal Ataupun Haram Sarang Burung 
  • Hukum Onani
  • Meluruskan Rambut (Rebonding)
  • Hukum Upah Sembahyang Jenazah
  • Hukum Wanita Memakai Wangian 
  • Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa
  • Hukum Bekerja di Kilang Percetakan Akhbar
  • Hukum Memakai (braces) Gigi
  • Mengeluarkan Fatwa 
  • Membuat Ukiran Khat
  • Halal Atau Haram Makan Kucing 
  • Hukum Makan Keldai 
  • Hukum Bayar Wang Pinjaman Ceti 
  • Hukum Jual Lintah 
  • Bantal Bulu Angsa
  • Hukum Memakai Tali Leher
  • Bertanya Khabar dan Waalaikumsalam
  • Lelaki Berinai?
  • Kelebihan Buluh Perindu 
  • Hukum Bunuh Cicak
  • Memakai Baju Berlogo Carlsberg
  • Kubur Campuran Islam dan Kafir 
  • Hukum Mengunjungi Tempat Rekreasi Hiburan
  • Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada Hari Raya
  • Menyimpan Bahan Lucah
  • Hukum Membela Gecko 
  • Hukum Bekerja dengan Majikan Yang Fasik dan Kafir
  • Video Seksaan Kubur 
  • Mendengar Ceramah Perempuan
  • Hukum Bermesej (SMS)
  • Hukum Berkongsi Bekas Minuman 
  • Hukum Pertandingan Ayam Serama dan Memancing
  • Hukum Mengungkit
  • Hukum Melawat Zoo 
  • Melanggar Sumpah 
  • Hukum Melihat Jenazah
  • Akikah Orang Dewasa
  • Status Syahid Pengebom Bali 
  • Menjawab Salam SMS
  • Makna Jihad
  • Nasihat Kakak
  • Tali Pengikat Jenazah
  • Boleh Percaya atau Tidak
  • Ciri-Ciri Orang Fasik
  • Wali Fasik 
  • Hukum Menggunakan Umpan Katak dan Anak Ikan
  • Mencukur Bulu Roma
  • Hukum Memakai Celak
Isu Semasa
  • Hukum Memakai Sutera
  • Salam Bukan Islam
  • Terjumpa Barang Kemas
  • Menggantung Gambar Sarjana Islam
  • Fatwa Memakai Gelang Kesihatan 
  • ‘Insyaallah’ Itu Satu Janji
  • Hidangan Arak di Hotel
  • Pekerjaan Memasang CCTV (kamera litar tertutup) 
  • Mencuri di Pasar Raya 
  • Hijab Antara Pelajar Perempuan
  • Hukum Beri Salam Ketika Sedang Makan
  • Pemakaian Niqab (Purdah) 
  • Bawa Telefon Bimbit Perisian al-Quran
  • Menggunakan Pinggan di Restoran
  • Mengaji Atas Kubur
  • Menghias Kubur
  • Sedekah
  • Bermain Snuker 
  • Hukum Mencium Tangan Semasa Bersalam
  • Kesucian Masjid
  • Pakai Topi (Cap)
  • Hukum Menonton di Pawagam
  • Pembuatan IVF( Bayi tabung uji)
  • Memakai Gelang Kaki 
  • Mesin Pakaian Basuhan Automatik 
  • Adab Memakai Cincin
  • Vaksin Daripada Binatang Haram 
  • Doktor Lelaki Menyambut Bayi
  • Hukum Urut Zakar
  • Majlis Makan Malam
  • Menyimpan Janggut
  • Perbezaan Sunni dan Syiah
  • Mubahallah 
  • Lukisan Lucah
  • Bermain Gitar 
  • Mengumpat Orang Bukan Islam
  • Tuntutan Kerja Lebih Masa (Overtime) 
  • Meminta Restu
  • Kematian: Mayat Budak
  • Fitnah Kehidupan, Kematian dan Kubur
  • Memakai Pakaian Dipinjam
  • Pelajar Ponteng
  • Pertandingan Futsal
  • Golongan Syed dan Syarifah
  • Minyak oh Minyak
  • Membela Binatang Peliharaan
  • Doa dan Nyanyian 
  • Mengampu Majikan
  • Orang Bukan Islam Melafazkan Tasbih
  • Wanita Terlanjur Keliru 
  •  Hukum Rotan



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

09 April 2012

Rahsia Jutawan Islam Abd.Rahman Bin Auf



Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”
Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.
- Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi
Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.
- Erti Hidup Pada Memberi
Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.
- Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung
Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.
- Bisnes Diberkati Allah
Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,
Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”
Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

07 April 2012

Ledakan Facebook Antara Dosa Dan Pahala


Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.
Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan:
  • Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.
  • Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.
  • Facebook mendedahkan diri kepada zina.
  • Facebook mendedahkan ain diri sendiri.
  • Dan banyak lagi

Benarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.
BAHAGIAN 1: FACEBOOK: KE SYURGA ATAUPUN NERAKA?
BAB 1: Hukum Facebook dan Blog
BAB 2: Dosa-Dosa dan Facebook
BAB 3: Facebook Menjadi Tempat Promosi Maksiat dan Buka Aib Sendiri
BAB 4: Panduan Berblog dan Facebook
BAB 5: Blog dan Facebook Perantara Ulama dan Rakyat
BAB 6: Kaedah Mengambil Manfaat Daripada Facebook, Ceramah, dan Blog Ilmuwan
BAB 7: Fenomena Puji, Ampu, dan Bodek di Facebook
BAHAGIAN 2 : KONGSI STATUS FACEBOOK BERHIKMAH
BAB 8: Akidah
BAB 9: Ibadah
BAB 10: Bersih Jiwa
BAB 11: Keluarga dan Rumah Tangga
BAB 12: Lelaki dan Wanita
BAB 13: Motivasi
BAB 14: Hari Raya
BAB 15: English

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

06 April 2012

Muhammad Bukan Nasionalis




Penganut agama Islam (muslim dan muslimah) sejati memiliki sikap tunduk dan pasrah kepada perintah dan larangan Allah Azza wa Jalla, sentiasa bersikap damai, tenang, rukun, selamat, penuh toleransi dan menyelamatkan orang lain.
Firman Allah swt, “Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.” [An-Nisa’: 125]
Sejatinya Islam adalah kerana ia agama yang lurus dan benar, mengajarkan cinta kasih, hidup penuh rasa keadilan, damai sejahtera, serta jalan keselamatan dan kebahagiaan abadi bagi para penganutnya.
Rasulullah saw yang diutus membawa risalah Islam adalah peribadi luhur yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia, ia manusia sempurna (Insan Kamil) yang menjadi teladan kebaikan bagi semesta alam. Firman Allah swt menegaskan. “Dan Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam” [al Anbiya’: 107]
Rasulullah saw menjelaskan misi kenabianNya sebagaimana sabdanya. “Aku tidak diutus sebagai tukang laknat. Akan tetapi, aku diutus sebagai rahmat.” [HR Muslim2599/Tirmizi 7774]
Penghulu nabi ini juga menuturkan. “Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan oleh Allah (kepada umat manusia)” [HR Tirmizi 1977]. Dan ada banyak hadis yang menjelaskan perihal kelembutan dan wajah kasih sayang Rasulullah saw kepada umatnya.
Dalam sebuah yang riwayat ‘valid’ (shahih) diceritakan, adalah Rasulullah saw, saban hari menyuapkan makanan kepada lelaki Yahudi buta yang ada di pasar Madinah, si Yahudi hanya membalas kebaikan Rasulullah saw dengan caci maki. Tatkala Rasulullah saw wafat, Abu Bakar menggantikan peranan Rasulullah saw menyuapkan makanan kepada si Yahudi. Akan tetapi, ia merasakan ada sesuatu yang berbeza dalam menyuapkan makanan. Maka bertanyalah si Yahudi, siapakah kamu ini? Abu Bakar menjawab, aku adalah orang yang biasa menyuapkanmu. Dengan tegas si Yahudi berkata. Bukan! kamu bukan orang yang biasa menyuapkanku makan.!
Abu Bakar bertanya, apa yang membezakan diriku dengan orang sebelumku? Si Yahudi menjawab, orang sebelummu selalu mengunyahkan makanan dimulutnya terlebih dulu sebelum menyuapku! Cara dia menyuapku juga perlahan dan halus.
Mendengar penjelasan tersebut, Abu Bakar akhirnya memberitahu si Yahudi seraya berkata, orang yang saban hari menyuapmu makanan itu, dia adalah Muhammad saw, manusia yang setiap hari kau caci maki. Ia telah kembali ke ribaan Allah swt, ia telah meninggalkan dirimu untuk selama-lamanya. Terkejut mendengar berita itu, si Yahudi menangis dengan penyesalan.
Muhammad berkata jujur. Mulutku ini setiap hari diberinya makan hanya untuk mencaci makinya. Alangkah betapa nista diriku. Dan betapa agung akhlakmu wahai Muhammad. Si Yahudi akhirnya melafazkan syahadah dan memeluk Islam. [HR Imam Abu Daud 1/382]

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...