05 March 2012

Majalah Anis Mac 2012




Menarik Dalam majalah Anis Mac 2012


Fokus Utama : Apabila Hubungan Keruh Jernihkanlah Hati
Dalam banyak-banyak kes perceraian yang berlaku, kalau diselidik,
pasti sebahagian besarnya bermula dengan retaknya hubungan.
Jarang sekali perceraian yang berlaku sekelip mata tanpa bibit-bibit
keretakan yang telah memakan berbulan-bulan malah bertahun-tahun
 Apabila hubungan suami isteri bermasalah, semaklah hati. Segala
tindakan lahir sama ada baik atau buruk, datang daripada dorongan hati.
 Apabila hati bersih, jernih atau baik, ia mendorong kepada sikap dan
 tindakan lahir yang baik.
..................................................................................................................................................................................

Peribadi di Sebalik Fenomena Ustaz YouTube
Ustaz Azhar mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia dakwah
 tanah air. Tidak hairanlah jika beliau antara yang paling popular di
 laman YouTube hingga diberi jolokan ‘Ustaz YouTube’.
 Ikuti perjalanan hidup figura dakwah ini sebelum dan selepas beliau
memasuki gelanggang dakwah dalam ruangan Tetamu Anis pada
 muka surat 33.
..................................................................................................................................................................................

Transformasi Diri : "Kejayaan saya Berkat Restu Ibu"
Chef Sabri Hassan
Pada usia lapan tahun beliau bangun seawal empat pagi bagi membantu
ibunya menjual nasi lemak dan kuih-muih. Pengalaman itulah
membentuk dirinya hingga menjadi seorang chef selebriti yang dikenali
 dunia. Ketahui perjalanan hidup Chef Sabri Hassan sehingga berjaya
menjadi chef yang dikenali dunia dalam ruangan Resipi Kehidupan.
..................................................................................................................................................................................

Sebatang Kara Selepas Bergelar Saudara Baru
Telah ditakdirkan lahir dalam keluarga yang agak berada dan taat kepada
 ajaran Kristian, sejak kecil dia dipupuk dengan segala kemewahan oleh
bapanya. Walau bagaimanapun, Adam sanggup meninggalkan segala
kemewahan dan kesenangan yang dimilikinya demi mencari redha Allah
 SWT walaupun melalui perjalanan getir. Ikuti pahit getir Muhammad
Adam Eh Jun Guang dalam memburu hidayah Allah.
..................................................................................................................................................................................

Mompreneurship Untuk Wanita
Menjadi suri rumah sebenarnya merupakan satu kelebihan dan bukannya kekurangan. Mereka boleh mengatur masa mengikut keperluannya.
Mereka juga boleh bekerja dari rumah dan menjalankan pelbagai bisnes
untuk menjana pendapatan untuk diri serta keluarga. Justeru, ketahui tip
 dan juga bidang-bidang yang boleh diceburi oleh suri rumah untuk
 mendapatkan pendapatan sampingan oleh Ann Wan Seng dalam
ruangan Wanita & Bisnes.
..................................................................................................................................................................................

Strok Dan Pil Perancang
Ramai wanita tidak menyedari bahawa pil perancang keluarga atau
pil pencegah kehamilan adalah pil yang dimasukkan ke dalam kategori
 ’ubat yang terkawal’. Ini bermakna pil-pil ini tidak boleh dibeli tanpa
preskripsi daripada doktor. Oleh itu, pil-pil ini harus diberikan secara
berhati-hati. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pengambilan
 pil perancang oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad dalam ruangan
Tanya Doktor pada muka surat 82.
..................................................................................................................................................................................

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...