09 March 2012

Jauhi 9 Sifat Tercela



Imam Ghazali telah menggariskan Sifat Mazmumah Atau tercela kepada beberapa bahagian antaranya:

Gemar makan dan Minum
Tidak dinafikan setiap makhluk Allah di bumi ini gemar makan dan minum,jadi makan yang manakah yang di larang dalam Islam?.Sebenarnya Nabi Muhammad SAW telah pun memberikan garis panduan untuk makan seperti makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Sesiapa yang kekenyangan akan berasa malas untuk beribadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.

Banyak Berkata-kata yang sia-sia
Nak bercakap tiada masalah tapi jangan sampai kata-kata itu menyinggung perasaan orang lain seperti mengumpat,menghina,berdusta dan bertengkar.

Marah
Marah berpunca dari gagalnya mengawal perasaan dan kurang kesabaran menghadapi sebarang situasi.Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.

Hasad,Dengki serta Iri hati
Perasaan ini lahir daripada perasaan kurang senang dengan nikmat serta kelebihan yang diperolehi oleh orang lain.Perasaan sebegini hanya akan merugikan diri sendiri serta orang lain,kerana apabila perasaan ini telah muncul maka akan berlaku persaingan yang kurang sihat.

Kasih Pada Harta
Memiliki harta memang digalakkan tetapi jangan sampai wujudnya perasaan kedekut,bakhil tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh Islam.

Takbur
Setiap insan memiliki kelebihan yang tersendiri jadi janganlah merasa takbur atas kelebihan yang kita ada.Takbur juga disebabkan oleh keturunan (tinggi),kekuasaan,Kecantikan,Pengaruh serta kuat beribadah (menunjuk-nunjuk).

Riyak
Suka melakukan sesuatu kebaikan untuk menarik perhatian orang serta mendapat pujian,pangkat dan kedudukan semata-mata.

Ujub
Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan,kepandaian,kekayaan dan lain-lain.

Kasih Akan Dunia
Hati yang sentiasa terpaut pada kesenangan serta kemewahan dunia akan menyebabkan seseorang itu takut untuk mati.

Sumber rujukan Majalah Gen-Q


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...