28 March 2012

Ya Allah Kenapa Aku Diuji?


Buku Ya Allah Kenapa Aku Diuji
Hidup ini tidak lengkap tanpa ujian. Ujian mengingatkan manusia yang terlupa, menyedarkan manusia yang lalai dan mengejutkan manusia yang terlena. Mana-mana manusia yang tidak kembali kepada Allah SWT tatkala ditimpa ujian, nescaya ia akan terumbang ambing tanpa arah tujuan dan dikhuatiri akan tersasar dari jalan yang diredai oleh Allah SWT.
Sesungguhnya bersama-sama kapal yang karam, sudah tersedia pelampung yang mencukupi untuk anak-anak kapal berpaut padanya bagi menyelamatkan diri. Begitulah diibaratkan hidup manusia di muka bumi ini. Ketika hampa, sedih dan hampir berputus asa ketika menghadapi ujian hidup, Allah SWT dan kitab al-Quran adalah sebaik-baik tempat berpaut. Barang siapa kembali kepada Allah SWT, maka dia tidak akan tersesat dan hilang arah. Allah jualah sebaik-baik tempat kembali.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Kisah Rasul Pilihan 1

Buku Siri Asan dan Usin Bercerita, Kisah Rasul Pilihan 1 iaitu Nabi Ayub AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS ini diterbitkan oleh Inteam Publishing Sdn Bhd dalam usaha menanam minat membaca dan mengembangkan kemahiran membaca jawi di kalangan pembaca muda. Tajuk yang dipilih adalah bertujuan supaya pembaca mendapat cerita-cerita Rasul Pilhan dari sumber yang benar dan bukan dari sumber-sumber yang meragukan dan menyeleweng. Ilustrasi yang terdapat di dalam buku ini adalah bertaraf antarabangsa yang berwarna-warni dan sememangnya ia sesuai dengan selera kanak-kanak.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Misteri Kaabah



Bagaikan matahari yang dikitari planet-planet, setiap saat Kaabah diziarahi para penziarah dan ahli ibadah. Tidak pernah ada yang tahu mengapa Kaabah iaitu berbentuk kubus, tanpa ukiran ataupun kubah. Kesederhanaan bangunan tua itu tidak menghalangi jutaan manusia untuk mengunjunginya dan memuliakannya.
Ke arah sana menghadapnya semua hasrat dan kerinduan umat. Ke sanalah ketundukan dan kekhusyukan ditunjukkan oleh setiap muslin di dalam sembahyang. Ia tetap kukuh berdiri meskipun banyak nafsu serakah manusia yang mencuba untuk meruntuhkan dan merobohkannya. Ia tetap tegak berdiri meskipun dilanda bencana dan malapetaka di sekitarnya. Allah SWT sendiri yang menjaganya ketika Abrahah menyerbu dengan pasukan gajahnya.
Pada beberapa lintasan sejarah, darah manusia pernah tertumpah di sana. Kesesatan dan penyimpangan pernah bersemayam di dalamnya. Namun berkali-kali ia dikotori dan dinistakan, berkali-kali juga melindungi dan menyucikannya kembali.
Empat puluh abad telah berlalu sejak Nabi Ibrahim meninggikan asasnya. Hingga kini, ia tetap menjadi kiblat hati semua umat Islam di seluruh penjuru dunia.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

27 March 2012

Perubatan Cara Nabi



Buku Perubatan Cara Nabi diterjemahkan daripada karya asal Imam Jalaluddin as-Suyuthi yang berjudul, As-Suyuthi’s Medicine of The Prophet. Ditulis kira-kira hampir lima ratus tahun dahulu, buku ini mengandungi pengetahuan tentang perubatan iaitu sebab penyakit dan cara penyembuhannya yang mungkin telah lama dilupakan.
    Penulis menghurai dengan terperinci pelbagai penyakit jasmani dan rohani, cara mengubati serta ubat-ubatannya. Semua ini diambil dan digali daripada sumber al-Quran dan hadis.
        Sabda Nabi SAW: ”Allah tidak menciptakan suatu penyakit tanpa menciptakan ubatnya kecuali mati.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Salah satu di antara sunnah aku adalah pengubatan.”
Penulis buku ini, Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi juga dikenal sebagai seorang ulama dan penulis prolifik Muslim dalam bidang tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu Islam lainnya.
    Beliau menjelaskan bahawa pengetahuannya tentang perubatan tidak hanya bersifat akademik semata-mata, melainkan juga didasarkan para praktikal dan pengalaman yang cukup baik. Dari perbicaraanya, jelas bahawa seni perubatan bukan sekadar hasil daripada pengalaman dan nasib baik, melainkan juga ilmu yang diilhamkan oleh-Nya, yang sesungguhnya merupakan rahmat dan takdir Allah SWT : “Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakit aku” (Surah as-Syu’arak: 80)

Dapatkan Buku Perubatan Cara Nabi di kedai-kedai berhampiran anda atau secara online di www.stormreaders.net/syafie


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Kisah Para Nabi Dan Rasul



Buku Kisah Para Nabi Dan Rasul merupakan sebuah buku bacaan yang sangat sesuai untuk kanak-kanak.Bukankan hanya orang dewasa yang harus menjadi sasaran dakwah Islam,bahkan jiwa kanak-kanak juga memerlukan memerlukan santapan rohani supaya mereka menjadi dewasa dengan rasa iman yang tertanam serta cahya iman yang menerangi hati mereka.Bahan daripada cerita merupakan unsur pertama yang sangat disukai oleh kanak-kanak.

Walaupun buku ini ditulis untuk kanak-kanak tetapi tidak salah kalau ianya dibaca oleh orang dewasa bersama anak-anak,kerana secara umumnya masih ramai umat Islam tidak mengetahui Kisah-kisah yang terkandung di dalam Al-Quran.Buku Kisah Para Nabi Dan Rasul ini setebal 120 muka surat memuatkan kisah cabaran yang dihadapi oleh utusan Allah seperti Nabi Ibrahim,Nabi Yusuf,Nabi Nuh,Nabi Hud Dan Nabi Soleh ketika berdakwah pada kaumnya.


Kandungan Buku

Bab 1 : Siapa Yang Pecahkan Berhala
  • Penjual Berhala
  • Anak Azar
  • Nasihat Nabi Ibrahim
  • Memecahkan Berhala
  • Siapa yang melakukannya
  • Api yang Dingin
  • Siapa Tuhanku
  • Tuhanku Hanya Allah
  • Dakwah Nabi Ibrahim
  • Di Hadapan Raja
  • Dakwah Kepada Ayah
  • Negeri Makkah
  • Telaga Zam-Zam
  • Mimpi Nabi Ibrahim
  • Kaabah
  • Baitul Maqdis
Bab 2 : Kisah Nabi Yusuf
  • Mimpi Yang Menakjubkan
  • Kedengkian Saudara-saudaranya
  • Utusan Kepada Nabi Yaakub
  • Pergi ke Hutan
  • Berhadapan Dengan Nabi Yaakub
  • Dalam Telaga
  • Dari Telaga Ke Istana
  • Setia Dan Amanah
  • Nasihat Di Penjara
  • Kebijaksanaan Nabi Yusuf
  • Nasihat Tauhid
  • Takwil Mimpi
  • Mimpi Raja
  • Raja meminta Nabi Yusuf Datang
  • Nabi Yusuf Meminta Pemeriksaan
  • Menjadi Bendahara
  • Kedatangan Saudara Nabi Yusuf
  • Nabi Yusuf Dan Saudaranya
  • Nabi Yaakub Dan Anak-anaknya
  • Bunyamin Disisi Nabi Yusuf
  • Kembali Kepada Nabi Yaakub
  • Rahsia Terbongkar
  • Nabi Yaakub Datang Ke Mesir
  • Nabi Yaakub bertemu Yusuf
  • Akibat  yang Baik.
 Bab 3 : Bahtera Nabi Nuh
  • Keturunan Nabi Adam
  • Hasad Dengki Syaitan
  • Rancangan Syaitan
  • Muslihat Syaitan
  • Gambar Orang yang Soleh
  • Daripada Gambar Kepada Patung
  • Daripada Patung Kepada Berhala
  • Kemurkaan Allah
  • Rasul
  • Manusia Atau Malaikat
  • Nabi Nuh Seorang Rasul
  • Jawapan kaum Nabi Nuh
  • Nabi Nuh Dan kaumnya
  • Pengikut Nabi Nuh
  • Hujah Orang Kaya
  • Dakwah Nabi Nuh
  • Doa Nabi Nuh
  • Bahtera
  • Banjir Besar
  • Putera Nabi Nuh
  • Bukan Keluarga Nabi Nuh
  • Selepas Banjir
Bab 4 : Taufan
  • Selepas Nabi Nuh
  • Kekafiran kaum A'ad
  • Melampaui Batas
  • Rumah Kaum A'ad
  • Hud Seorang Rasul
  • Dakwah Nabi Hud
  • Jawapan Kaum A'ad
  • Kata-kata Nabi Hud
  • Keimanan Nabi Hud
  • Kesombongan Kaum A'ad
  • Seksaan Allah
Bab 5 : Unta Kaum Tsamud
  • Selepas Kaum A'ad
  • Kekafiran Kaum Tsamud
  • Penyembahan Patung
  • Nabi Soleh
  • Dakwah Nabi Soleh
  • Fitnah Golongan Kaya
  • Salah Sangka
  • Nasihat Nabi Soleh
  • Dakwah Tanpa Upah
  • Unta Daripada Allah
  • Kaum Tsamud yang Derhaka

Terdapat dalam 2 siri



Dapatkan buku Kisah Para Nabi Dan Rasul di kedai-kedai berhampiran anda atau secara online di http://www.stormreaders.net/syafie


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

15 March 2012

R&R Di lebuhraya Kehidupan



Menarik Dalam Buku R&R Di lebuhraya Kehidupan

Ramai manusia tersesat atau lebih tragis ditimpa kemalangan di laluan hidupnya. Lebuh raya hidup bukan lagi menjadi laluan menuju matlamat sebaliknya bertukar menjadi medan kehancuran dan kemusnahan diri. Pengguna lebuh raya hidup perlu kepada panduan agar sentiasa kekal selamat di samping memastikan tidak teralih arah ke matlamat yang salah. Seperti lebuh raya sebenar yang mengandungi banyak R&R di sepanjang perjalanan serta pelbagai papan tanda isyarat dan petunjuk, begitulah di lebuh raya kehidupan. Ia mengandungi R&R dan papan tanda isyarat dan tanda-tanda bagi memastikan kita selamat sampai ke destinasi. Mari memanfaatkan papan tanda di sepanjang laluan dengan memahami dan mematuhinya dengan penuh sabar. Di sana tersembunyi apa yang diharapkan oleh si musafir; keselamatan dan ketenangan hakiki dalam menuju matlamat bahagia. Buku ini mengajak pembaca memecut ke hadapan dengan langkah positif dalam menuju keseimbangan secara proaktif dan tanpa bertangguh supaya tidak berlaku kepincangan dalam hidup. Di setiap R&R kita berhenti, bermuhasabah buat mendapat kelegaan untuk terus memacu ke lebuh raya kehidupan.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Lembutkanlah Hatimu



Buku Lembutkanlah Hatimu merupakan Himpunan 60 tazkirah pengucian jiwa dan hati ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Mengupas isu-isu temporari yang sering dipandang ringan oleh masyarakat hari ini dalam mencari erti sebenar kehidupan seorang hamba. Lembutkanlah hatimu.., nescaya episod hidupmu akan lebih bermakna.

 Antara kandungan
  • Hati Amanah Allah kepada Kita
  • Lembutkan Hati untuk Mendapat Rahmat Allah
  • Antara Nikmat dengan Istidraj
  • Penilaian yang Benar Mengenai Baik dan Betul
  • Berilah Kemaafan untuk Mendapat Ketenangan 
  • Berjuanglah atas Keyakinan Janji Allah

Dapatkan buku Lembutkanlah Hatimu Di kedai-kedai berhampiran Atau secara online di http://www.stormreaders.net/syafie


 Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

14 March 2012

Kembara Hamba Mencari Cahaya



Siri kedua Langit Ilahi yang bertajuk Kembara Hamba Mencari Cahaya ini mengumpulkan 60 tazkirah ringkas berkisarkan isu-isu yang berlegar di sekeliling kita. Penulis menyentuh soal hubungan sesama manusia yang dapat mencipta hubungan yang lebih erat dengan Yang Maha Pencipta, Allah SWT. Isu kekeluargaan juga dikaitkan sebagai pelengkap di dalam aturan kehidupan manusia di muka bumi. Dengan pengolahan yang santai dan bahasa yang mudah difahami, siri tazkirah ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk semua peringkat umur.

Antara kandungan:
  • Berbicara dengan Waktu Kelazatan Menjadi HAMBA
  •  Cinta Sejati Tiada Kecewa dan Putus Asa
  • Teguran Tanda Sayang
  • Menyembur Api ke Langit?
  • Muhasabah Mengejutkan Diri dari alpa
  • Tanggungjawab Hamba Hanya Taat

Dan banyak lagi tazkirah-tazkirah yang menarik boleh anda baca dalam buku Kembara Hamba Mencari Cahaya

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

12 March 2012

Nak Tak Berhenti Merokok




Tajuk Buku  : Nak Tak Berhenti Merokok

Keterangan Buku : Buku ini mengupas tentang bahaya merokok, penyakit-penyakit yang berkaitan dengan merokok serta kaedah-kaedah rawatan yang telah ada serta yang terbaru untuk berhenti merokok.

Kandungan :

Bab 1 - Pendahuluan
Bab 2 - Sejarah Rokok
Bab 3 - Natijah daripada Merokok
Bab 4 - Kenapa Anda Susah Untuk Berhenti Merokok
Bab 5 - Hadiah daripada Merokok
Bab 6 - Perokok pasif (Second hand smoker)
Bab 7 - Pandangan Islam tentang merokok
Bab 8 - Rawatan untuk berhenti merokok
Bab 9 - Panduan am berhenti merokok
Bab 10 - Soalan-soalan lazim yang ditanya oleh perokok
Bab 11 - Kesimpulan

Dapatkan Buku Nak Tak Berhenti Merokok di kedai-kedai berhampiran anda.Untuk pembelian secara online sila klik banner di bawah :



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet





Kandungan Buku Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet

BAHAGIAN 1: BURUNG WALET
Bab 1 Pengenalan kepada burung walet
Bab 2 Fakta penting mengenai burung walet
Bab 3 Tanggapan salah mengenai burung walet dan penternakan burung walet
Bab 4 Apakah habitat mikro dan makro yang diminati oleh burung walet?
Bab 5 Wujudkah risiko transmisi selesema burung?

BAHAGIAN 2: SARANG BURUNG WALET
Bab 6 Sejarah ringkas sarang burung
Bab 7 Khasiat sarang burung kepada kesihatan
Bab 8 Sarang rumah vs. sarang gua – apakah perbezaannya?
Bab 9 Mengapakah sarang gua memerlukan masa perebusan yang lebih lama sebelum dimakan?
Bab 10 Fakta mengenai sarang burung

BAHAGIAN 3: CIRI-CIRI PERNIAGAAN
Bab 11 Kelebihan menternak burung walet
Bab 12 Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya?
Bab 13 Apakah cara lain untuk menjana wang melalui industri penternakan burung walet?
Bab 14 Apakah tempoh masa yang diperlukan sebelum rumah burung walet mampu menghasilkan sarang burung pada kadar yang tinggi?
Bab 15 Berapakah kos untuk membeli sebuah tapak kedai di dalam sebuah kawasan penternakan burung walet yang berjaya?
Bab 16 Berapakah kos yang diperlukan untuk menukarkan rumah kedai kepada rumah burung walet?
Bab 17 Bagaimana boleh kita mempelajari lebih mengenai penternakan burung walet?
Bab 18 Adakah perniagaan ini sah di sisi undang-undang?

BAHAGIAN 4: RUMAH BURUNG WALET
Bab 19 Apakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung walet?
Bab 20 Berapakah bilangan rumah burung walet yang telah dilaporkan di dalam kawasan penternakan burung walet utama di Malaysia?
Bab 21 Apakah komponen yang terdapat pada rumah burung walet?
Bab 22 Fakta penting yang perlu diketahui sebelum membeli papan kayu Meranti
Bab 23 Adakah terdapat sebarang tumbuh-tumbuhan yang mampu menarik burung
walet? Bab 24 Bagaimana boleh saya mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya?
Bab 25 Bagaimana boleh saya meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung saya?
Bab 26 Apakah definisi sebuah rumah burung walet yang berjaya?
Bab 27 Bagaimana untuk meningkatkan sekuriti di dalam rumah burung walet
Bab 28 Kesilapan yang sering dilakukan oleh rumah burung walet yang gagal

BAHAGIAN 5: BAGAIMANA UNTUK MEMBINA SEBUAH RUMAH WALET YANG BERJAYA
Bab 29 Proses pembinaan rumah burung walet yang berjaya

Untuk membuat pembelian sila klik banner di bawah


09 March 2012

Jauhi 9 Sifat Tercela



Imam Ghazali telah menggariskan Sifat Mazmumah Atau tercela kepada beberapa bahagian antaranya:

Gemar makan dan Minum
Tidak dinafikan setiap makhluk Allah di bumi ini gemar makan dan minum,jadi makan yang manakah yang di larang dalam Islam?.Sebenarnya Nabi Muhammad SAW telah pun memberikan garis panduan untuk makan seperti makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Sesiapa yang kekenyangan akan berasa malas untuk beribadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.

Banyak Berkata-kata yang sia-sia
Nak bercakap tiada masalah tapi jangan sampai kata-kata itu menyinggung perasaan orang lain seperti mengumpat,menghina,berdusta dan bertengkar.

Marah
Marah berpunca dari gagalnya mengawal perasaan dan kurang kesabaran menghadapi sebarang situasi.Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.

Hasad,Dengki serta Iri hati
Perasaan ini lahir daripada perasaan kurang senang dengan nikmat serta kelebihan yang diperolehi oleh orang lain.Perasaan sebegini hanya akan merugikan diri sendiri serta orang lain,kerana apabila perasaan ini telah muncul maka akan berlaku persaingan yang kurang sihat.

Kasih Pada Harta
Memiliki harta memang digalakkan tetapi jangan sampai wujudnya perasaan kedekut,bakhil tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh Islam.

Takbur
Setiap insan memiliki kelebihan yang tersendiri jadi janganlah merasa takbur atas kelebihan yang kita ada.Takbur juga disebabkan oleh keturunan (tinggi),kekuasaan,Kecantikan,Pengaruh serta kuat beribadah (menunjuk-nunjuk).

Riyak
Suka melakukan sesuatu kebaikan untuk menarik perhatian orang serta mendapat pujian,pangkat dan kedudukan semata-mata.

Ujub
Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan,kepandaian,kekayaan dan lain-lain.

Kasih Akan Dunia
Hati yang sentiasa terpaut pada kesenangan serta kemewahan dunia akan menyebabkan seseorang itu takut untuk mati.

Sumber rujukan Majalah Gen-Q


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

08 March 2012

Kutemui Cinta-nya

Menarik Dalam Novel Kutemui CintaNya

Kutemui CintaNya sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya.
Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati.


Nama Penulis: Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Illustrasi : M. Shakariza
Harga: RM23.00
Kod Produk: TBBK1212
ISBN: 978-967-388-069-0
Saiz: 11.5 X 18.5 (cm)
Cetakan: 2 Warna
Mukasurat: 312 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Januari 2012

Dapatkan Novel Kutemui Cintanya di kedai-kedai berhampiran anda.

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Al-Quran Al-Karim


Menarik Dalam Al-Quran Keluaran Telaga Biru

Al-Quran Keluaran Telaga Biru ini mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya adalah pada setiap mukasurat diletakkan ayat permulaan awal di mukasurat seterusnya untuk memudahkan pembacanya mengenali ayat yang seterusnya. Al-Quran ini turut memaparkan gambar yang menunjukkan makhraj huruf bagi memudahkan pembaca mempraktiskan huruf yang disebut untuk bacaan yang betul.

Al-Quran ini turut menghuraikan maksud-maksud yang terkandung iatu istilah-istilah dan tanda-tanda wakaf dalam al-Quran bagi memudahkan pembaca memahami penanda-penanda yang lazim digunakan di dalam al-Quran yang turut menerangkan tempat ayat yang dibaca dengan Riwayat Hafs Tariq Syatibi dan ia mempunyai 2 warna pilihan yang menarik untuk dipilih.



Harga: RM 65.00
Kod Produk: TBAQ1001
Jenis : 2 warna (Biru & Merah)
Saiz: 21.4 x 29.2 (cm)
Cetakan: 4 Warna
Mukasurat: 640 ms
Bookmark : 5 x 19 ( cm )
Tarikh produk berada di pasaran: Januari 2012

Dapatkan Al-Quran Al Karim ini di kedai berhampiran anda atau secara online di http://www.stormreaders.net/syafie

Berita Baik!!

Sekiranya anda membeli Al-Quran ini secara online melalui website yang diberi,CAJ POS YANG DIKENAKAN HANYA RM2.Jadi harga termasuk pos adalah:

Harga Promosi
RM67 Termasuk Pos

Harga Biasa
RM73 Termasuk Pos

Cepat Dapatkan Sekarang,promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja.
Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

06 March 2012

Majalah Asuh Bulan Mac



Menarik Dalam Majalah Asuh Bulan Mac 2012


DOA & ZIKIR
1. DOA & ZIKIR
Kali ini ruangan Doa& Zikir berkongsi dengan para pembaca dua doa
iaitu:

• Doa Ketika Kegelapan Fikiran
• Doa Menambah Ilmu
..................................................................................................................................................................................

FAHAM FIKAH
Tajuk: Mahram Anak Susuan
Seorang wanita yang menyusukan anak yang bukan anaknya maka anak
itu menjadi anak susuan bagi wanita tersebut.Menurut mazhab
 asy-Syafi’i, ada dua perkara melayakkan anak yang disusukan itu
 menjadi anak kepada wanita yang menyusukannya.
Jadi, tunggu apalagi dapatkan majalah Asuh terbaharu ini di pasaran
 sekarang untuk mengetahui huraian selanjutnya yang diberikan oleh
 Ustaz Dr. NikYusri.
..................................................................................................................................................................................

PEKERTI MULIA
Tajuk: Kasihi Binatang
Antara haiwan yang biasa dipelihara ialah kucing.Oleh itu, adik-adik
 mesti mengasihi binatang kerana ianya juga adalah makhluk ciptaan
 Allah.Malah Allah amat membenci mereka yang menganiayai binatang.
Ayuh kita lihat cara-cara mengasihani binatang dalam majalah
Asuh bulan Mac ini.
..................................................................................................................................................................................

TIRU NABI
Tajuk: Indahnya Sabar
Sabar merupakan sifat terpuji yang begitu sukar untuk dimiliki.
Sabar bererti kita tidak mengeluh dan tidak mudah melatah dengan
setiap musibah yang menimpa tetapi terus berusaha dan bertawakal
kepada Allah.
Jom, kita baca Asuh bulan Mac 2012 untuk mengetahui kelebihan
setiap mukmin yang memiliki sifat sabar.
..................................................................................................................................................................................

GODAAN SYAITAN
Tajuk: Cakap Baik-baik!
Kali ini Godaan Syaitan membawa kisah yang bertajuk CakapBaik-baik!
Apa agaknya yang telah terjadi kali ini? Mesti adik-adik dan semua
pembaca tidak sabar nak tahu kisah selanjutnyakan? Jadi, tunggu apalagi
 cepat dapatkan majalah ASUH bulan Mac 2012 di pasaran.
Jangan lepaskanya!
..................................................................................................................................................................................

BERSUCI
Tajuk: Air Mutlak
Adik-adik tahu tak ada berapa jenis air yang dibolehkan untuk bersuci?
Ya, kita boleh bahagikan kepada dua iaitu tiga jenis air yang turun dari
 langit dan empat jenis air yang keluar dari perut bumi. Jadi, semuanya
ada tujuh jenis air yang dinamakan air mutlak.Air mutlak boleh dibuat
bersuci untuk mengambil wuduk dan menghilangkan najis.
Jadi, dapatkan majalah Asuh bulan Mac 2012 untuk mengetahui
 huraian selanjutnya.
..................................................................................................................................................................................

SRIKANDI ISLAM
Tajuk: Sumayyah, WanitaPertamaSyahid di Jalan Allah
Sumayyah, namanya begitu harum di bibir umat Islam walaupun dia s
udah lama wafat.Ketika dakwah Islam mula bertebaran di bumi Makkah,
 keluarganya tidak terkecuali mengucapkan kalimah syahadah
di hadapan Rasulullah SAW.Jangan lupa ikuti kisah ini selanjutnya
 dalam majalah Asuh Mac 2012.
..................................................................................................................................................................................

GENG 5A
Tajuk: Salah Sangka
Komik terbaharu dalam majalah Asuh ialah Geng 5A yang merupakan
komik bersiri mengenai para pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Astana.
Pelbagai kisah kehidupan para pelajar sekolah cuba ditampilkan dalam
 komik bersiri ini. Ikuti sambungannya.
..................................................................................................................................................................................

25 RASUL
Tajuk: Nabi Adam Dan HawaDiperdayaIblis
Nabi Adam dan Hawa terpengaruh dengan kata-kata Iblis.Mereka pun
mendekati pohon yang dilarang itu dan memakannya.Namun sebaik
sahaja mereka memakan bahagian tertentu daripada pohon itu, tak
semena-mena aurat mereka berdua terdedah.Nabi Adam dan Hawa
 berasa terkejut dan malu, lalu dengan pantas mencari daun-daun bagi
 menutupi aurat mereka yang terbuka.Ikuti kisah seterusnya dalam Asuh
 bulan Mac 2012.




Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

05 March 2012

Majalah Anis Mac 2012




Menarik Dalam majalah Anis Mac 2012


Fokus Utama : Apabila Hubungan Keruh Jernihkanlah Hati
Dalam banyak-banyak kes perceraian yang berlaku, kalau diselidik,
pasti sebahagian besarnya bermula dengan retaknya hubungan.
Jarang sekali perceraian yang berlaku sekelip mata tanpa bibit-bibit
keretakan yang telah memakan berbulan-bulan malah bertahun-tahun
 Apabila hubungan suami isteri bermasalah, semaklah hati. Segala
tindakan lahir sama ada baik atau buruk, datang daripada dorongan hati.
 Apabila hati bersih, jernih atau baik, ia mendorong kepada sikap dan
 tindakan lahir yang baik.
..................................................................................................................................................................................

Peribadi di Sebalik Fenomena Ustaz YouTube
Ustaz Azhar mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia dakwah
 tanah air. Tidak hairanlah jika beliau antara yang paling popular di
 laman YouTube hingga diberi jolokan ‘Ustaz YouTube’.
 Ikuti perjalanan hidup figura dakwah ini sebelum dan selepas beliau
memasuki gelanggang dakwah dalam ruangan Tetamu Anis pada
 muka surat 33.
..................................................................................................................................................................................

Transformasi Diri : "Kejayaan saya Berkat Restu Ibu"
Chef Sabri Hassan
Pada usia lapan tahun beliau bangun seawal empat pagi bagi membantu
ibunya menjual nasi lemak dan kuih-muih. Pengalaman itulah
membentuk dirinya hingga menjadi seorang chef selebriti yang dikenali
 dunia. Ketahui perjalanan hidup Chef Sabri Hassan sehingga berjaya
menjadi chef yang dikenali dunia dalam ruangan Resipi Kehidupan.
..................................................................................................................................................................................

Sebatang Kara Selepas Bergelar Saudara Baru
Telah ditakdirkan lahir dalam keluarga yang agak berada dan taat kepada
 ajaran Kristian, sejak kecil dia dipupuk dengan segala kemewahan oleh
bapanya. Walau bagaimanapun, Adam sanggup meninggalkan segala
kemewahan dan kesenangan yang dimilikinya demi mencari redha Allah
 SWT walaupun melalui perjalanan getir. Ikuti pahit getir Muhammad
Adam Eh Jun Guang dalam memburu hidayah Allah.
..................................................................................................................................................................................

Mompreneurship Untuk Wanita
Menjadi suri rumah sebenarnya merupakan satu kelebihan dan bukannya kekurangan. Mereka boleh mengatur masa mengikut keperluannya.
Mereka juga boleh bekerja dari rumah dan menjalankan pelbagai bisnes
untuk menjana pendapatan untuk diri serta keluarga. Justeru, ketahui tip
 dan juga bidang-bidang yang boleh diceburi oleh suri rumah untuk
 mendapatkan pendapatan sampingan oleh Ann Wan Seng dalam
ruangan Wanita & Bisnes.
..................................................................................................................................................................................

Strok Dan Pil Perancang
Ramai wanita tidak menyedari bahawa pil perancang keluarga atau
pil pencegah kehamilan adalah pil yang dimasukkan ke dalam kategori
 ’ubat yang terkawal’. Ini bermakna pil-pil ini tidak boleh dibeli tanpa
preskripsi daripada doktor. Oleh itu, pil-pil ini harus diberikan secara
berhati-hati. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pengambilan
 pil perancang oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad dalam ruangan
Tanya Doktor pada muka surat 82.
..................................................................................................................................................................................

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...