01 February 2012

Remaja Dan Masjid




Masjid adalah tempat sujudnya insan yang bertaqwa dan simbol perpaduan seluruh umat Islam.Penampilan manusia dan masjid mencerminkan darjat hubungan manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia.Kalau kita lihat masjid dan surau di Malaysia,semakin berkembang jumlah serta mutu bangunanya bertambah cantik.Ada masjid yang mewah dan meriah serta makmur,ada yang mewah tapi sunyi dan sepi.Ada pula yang daif bangunannya tapi aktif dengan pelbagai aktiviti serta meriah.

Tapi golongan belia sangat kurang jumlahnya,Mengapakah golongan belia kini seolah-olah meminggirkan masjid dan surau ,lantas hanya solat bersendirian di rumah.Adakah masjid dan surau hanya tempat berhimpunnya golongan berusia atau sudah tua?

Penolakkan belia terhadap masjid mungkin disebabkab 4 faktor ini.Ayuh kita bincangkan bersama.
  1. Faktor ibu bapa yang kurang memberikan galakan untuk anak-anak mereka untuk mengimarahkan masjid.
  2. Disebabkan kelekaan golongan belia terhadap hiburan ,kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi seperti internet dan sebagainya.
  3. Merasa segan kerana kurangnya ilmu fardu ain dan berkaitan dengan solat.
  4. Gaya pentadbiran masjid yang tidak menitik beratkan isu untuk menarik minat belia untuk ke masjid.
Akibat tiada roh dan budaya masjid dalam jiwa belia menyebabkan munculnya penyakit kemanusiaan yang kronik serta sukar diselesaikan seperti penyalahgunaan dadah,jenayah berat,budaya lepak serta pesta maksiat.

Tiada tempat yang lebih baik di bumi ini selain dari rumah-rumah Allah kerana disitulah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan.Tidak ada tempay di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup,melainkan rumah Allah.

Sumber rujukan Majalah Gen-Q Isu 06



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...