28 February 2012

Majalah Solusi Isu 41



Menarik Dalam Majalah Solusi Isu 41

Tutup Aurat Insya-Allah selamat

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala,sekurang-kurangnya 4 perkara mesti di tutup dengan "tudung".Pertama tudung pada wajah,jangan sampai wajahnya sengaja menimbulkan fitnah,berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai.Kecantikan Khusus buat suami,bukan pameran lelaki ajnabi.Sambungannya dalam      majalah Solusi isu 41 ms 16.



Keindahan Dunia Al-Katatib

Mereka akan dibawa ke katatib,lantas memberi salam kepada guru atau Syeikh dan berkata "Wahai Tuan Syeikh,ini anakku yang aku ingin dia belajar denganmu"Syeikh tersebut menjawab "Semoga Allah membuka baginya keterbukaan orang yang mengetahui (Al-Arifin) Insya-Allah.










Apabila Menutup Untuk Mendedahkan



"Jangan Sampai wajahnya mengundang fitnah,Kecantikan adalah buat suami,bukan pameran untuk lelaki ajnabi.Tudung pada mata...jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya.Solehah yang hakiki,tidak dipandang,tidak memandang.Tudung pada suara....jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.Syaitan terlalu kreatif,ada sahaja was-was baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggir ke jalan Tuhan.Hasilnya dapat dilihat ada gadis bertudung di kalangan minah rempit.Ikuti sambungan perbincangan ini dalam ruangan  Beduk Diketuk.



Bercinta Sebelum Nikah

"Ada yang kata bercinta itu boleh,malah ada yang berkata tidak boleh .Yang mana satu ni?
Islam agama yang memahami fitrah.Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus firtah seperti rahib.Islam juga mengutuk fitrah cinta yang disalurkan dengan menghampiri Zina.Ketahui apa pesanan Prof.Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradawi tentang bercinta.Semuanya ini dalam Ruangan Remaja bersama Fatimah Syarha Mohd.Noordin.




Anakku Cintailah Rasulullah

Mari kita tanya pada anak-anak,kenalkah mereka pada Rasulullah SAW? Kenalkah mereka bagaimana penyabar,pemurah dan sikap kasih sayang Baginda?Kenalkah mereka akan para sahabat Baginda,bagaimana kecintaan dan pengorbanan sehingga sanggup mati memperjuangkan Agama Allah SWT ?Apakah perlu dilakukan sebagai ibu dan bapa,untuk menerapkan perasaan kecintaan anak pada Rasulullah SAW.Ketahui jawapannya dalam ruangan Hai Anak di Majalah Solusi Isu 41.


Meningkatkan Kreativiti Perniagaan

Perniagaan boleh dilihat sebagai suatu bidang seni yang memerlukankreativiti para usahawan.Oleh sebab itu disamping menggunakan otak kiri untuk berhadapan dengan fakta,angka,peraturan,siri,akaun dan undang-undang,seorang usahawan juga perlu menggunakan otak kanannya untuk mengimbangi perkara-perkara kreatif seperti warna dan hiasan,keperluan menggunakan ruang pejabat secara optimum,hubungan dengan kakitangan,keberanian dalam membuat keputusan dan sebagainya.Jadi apakah ciri-ciri kreativiti perniagaan? Ketahui jawapannya dalam ruangan cerdik baik Bersama Dato'Dr.Hj.Fadzilah kamsah.



Masih Banyak lagi isu yang menarik dalam majalah Solusi Isu 41 ,jadi dapatkan segera majalah ini di kedai-kedai berhampiran anda atau secara online di www.stormreaders.net/syafie



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...