07 February 2012

Buku Dahsyatnya Penyakit


Manusia akan diuji dengan berbagai-bagai ragam bentuk ujian sama ada dalam perkara yang disenangi dan disukainya, mahupun dalam hal yang dibenci atau tidak disukainya. Cubaan dan ujian ini ada yang berupa syahwat, kemiskinan, penyakit, ketakutan, kekurangan dalam harta, jiwa dan buah-buahan, begitu juga harta yang melimpah, ramai anak, sihat, senang dan gembira. Buku Dahsyatnya Penyakit banyak mengupas tentang sakit dan sabar, sebab-sebab mengapa kita bersabar dengan ujian yang diberi, peringatan dari Allah agar tidak berputus asa serta penawar bagi kesakitan dan ujian yang sedang dihadapi. Selain berubat secara moden, perubatan alternatif iaitu menggunakan ayat-ayat al-Quran juga sangat digalakkan. Antaranya dengan bacaan al-Fatihah, rangkaian bacaan ruqyah, istighfar dan doa-doa khusus yang diajarkan oleh Rasulullah dan para ulama muktabar.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...