28 February 2012

3 Kaedah Pengesanan Kulit atau Bulu Babi



Penggunaan produk berasaskan babi dalam industri cukup meluas,dari produk makanan,barangan kulit sehinggalah kepada berus cat.Antara anggota yang sering digunakan adalah :
  • Organ
  • Usus
  • Hempedu
  • Pankreas
  • Kulit
  • Bulu
  • Lemak dan banyak lagi
Walaupun logo halal Jakim telah diperkenalkan tapi tidak semua produk ada logo halal terutama pada Produk kulit dan produk berasaskan berus seperti berus cat dan berus warna.Semua produk ini tiada logo halal dan tidak bermakna ianya boleh digunakan oleh orang Islam.Sebenarnya banyak produk teutamanya berus cat menggunakan bulu babi digunakan di pasaran,cuma kita tidak perasan.

Jadi apakah tindakan kita sebagai orang Islam,boleh kita menggunakan alasan Tak Mengapa Kita tak Tahu Tak Jatuh Hukum.Sampai bilakah kita hendak berfikiran begitu?
  Oleh sebab itulah Jabatan Agama Islam Johor dari unit Pengurusan Halal Dan Penyelidikan telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kaedah mengenal produk dari kulit dan bulu Babi.

3 Titik

Kita sering mendengar orang kata apabila produk kulit ada tanda 3 titik,itu bermakna kulit Babi,Sebenarnya pendapat ini kurang tepat sebab masih ada produk lain yang ada 3 titik tapi bukan kulit Babi.Barangan kulit yang dibuat dari POLYURETHANE pun ada 3 lubang juga.Jadi bagai mana kita nak bezakan? Perhatikan 2 gambar di bawah ini satu produk POLYURETHANE dan satu lagi KULIT BABI.





KULIT BABI ada 3 titik dan kedudukannya agak berterabur manakala POLYURETHANE kelihatan cantik tersusun.Sebenarnya tujuan lubang itu di buat adalah untuk memberikan keselesaan pada pengguna sebab itulah kasut serta beg tangan berasaskan POLYURETHANE  ada lubang-lubang, pada kulit Babi pula saya rasa mungkin lubang semulajadi.

Bulu Babi

Produk berasaskan bulu Babi pula boleh dikenal pasti secara Visual,Kedudukan susunan berus itu bersilang antara satu sama lain dan bercabang pada hujungnya.




Contoh Bulu Babi,susunan bulu agak berterabur dan tak sekata
Kalau susah sangat nak kenal pasti,bakar sedikit hujung berus,kalau bau rambut terbakar maknanya bulu binatanglah.Lazimnya berus yang dibuat dari bulu babi dilabelkan sebagai PURE BRISTLE,boleh cari gambar berus ini di google Image.

Kaedah Pengesahan

Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengesan kulit atau bulu babi adalah :

1. Ujian Bakar             - Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti ranbut terbakar

2. Ujian Kelarutan       - Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida,kalau larut maknanya
                                       ada unsur haiwan dalam sampel.

3.Rupa bentuk Fizikal - Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop,sama ada
                                       lubang itu tembus atau tidak.Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke
                                       dalam.


Gambar menggunakan mikroskop

Terima Kasih saya ucapkan ke atas Jabatan Agama Johor atas maklumat dan pendedahan yang mereka berikan.


                   

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

1 comment:

  1. saya baru dapat hadiah kasut dari rakan..tapi rakan say nie cina..dan mungkin dye tidak cek jenis kulit yg digunakan tp saya dah try cek..tapi masih lagi ragu2..tidak pasti sama ada kulit itu adalah kulit babi atau POLYURETHANE...harap dapat membantu saya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...