28 February 2012

Majalah Solusi Isu 41



Menarik Dalam Majalah Solusi Isu 41

Tutup Aurat Insya-Allah selamat

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala,sekurang-kurangnya 4 perkara mesti di tutup dengan "tudung".Pertama tudung pada wajah,jangan sampai wajahnya sengaja menimbulkan fitnah,berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai.Kecantikan Khusus buat suami,bukan pameran lelaki ajnabi.Sambungannya dalam      majalah Solusi isu 41 ms 16.



Keindahan Dunia Al-Katatib

Mereka akan dibawa ke katatib,lantas memberi salam kepada guru atau Syeikh dan berkata "Wahai Tuan Syeikh,ini anakku yang aku ingin dia belajar denganmu"Syeikh tersebut menjawab "Semoga Allah membuka baginya keterbukaan orang yang mengetahui (Al-Arifin) Insya-Allah.










Apabila Menutup Untuk Mendedahkan



"Jangan Sampai wajahnya mengundang fitnah,Kecantikan adalah buat suami,bukan pameran untuk lelaki ajnabi.Tudung pada mata...jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya.Solehah yang hakiki,tidak dipandang,tidak memandang.Tudung pada suara....jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.Syaitan terlalu kreatif,ada sahaja was-was baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggir ke jalan Tuhan.Hasilnya dapat dilihat ada gadis bertudung di kalangan minah rempit.Ikuti sambungan perbincangan ini dalam ruangan  Beduk Diketuk.



Bercinta Sebelum Nikah

"Ada yang kata bercinta itu boleh,malah ada yang berkata tidak boleh .Yang mana satu ni?
Islam agama yang memahami fitrah.Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus firtah seperti rahib.Islam juga mengutuk fitrah cinta yang disalurkan dengan menghampiri Zina.Ketahui apa pesanan Prof.Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradawi tentang bercinta.Semuanya ini dalam Ruangan Remaja bersama Fatimah Syarha Mohd.Noordin.




Anakku Cintailah Rasulullah

Mari kita tanya pada anak-anak,kenalkah mereka pada Rasulullah SAW? Kenalkah mereka bagaimana penyabar,pemurah dan sikap kasih sayang Baginda?Kenalkah mereka akan para sahabat Baginda,bagaimana kecintaan dan pengorbanan sehingga sanggup mati memperjuangkan Agama Allah SWT ?Apakah perlu dilakukan sebagai ibu dan bapa,untuk menerapkan perasaan kecintaan anak pada Rasulullah SAW.Ketahui jawapannya dalam ruangan Hai Anak di Majalah Solusi Isu 41.


Meningkatkan Kreativiti Perniagaan

Perniagaan boleh dilihat sebagai suatu bidang seni yang memerlukankreativiti para usahawan.Oleh sebab itu disamping menggunakan otak kiri untuk berhadapan dengan fakta,angka,peraturan,siri,akaun dan undang-undang,seorang usahawan juga perlu menggunakan otak kanannya untuk mengimbangi perkara-perkara kreatif seperti warna dan hiasan,keperluan menggunakan ruang pejabat secara optimum,hubungan dengan kakitangan,keberanian dalam membuat keputusan dan sebagainya.Jadi apakah ciri-ciri kreativiti perniagaan? Ketahui jawapannya dalam ruangan cerdik baik Bersama Dato'Dr.Hj.Fadzilah kamsah.



Masih Banyak lagi isu yang menarik dalam majalah Solusi Isu 41 ,jadi dapatkan segera majalah ini di kedai-kedai berhampiran anda atau secara online di www.stormreaders.net/syafie



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

3 Kaedah Pengesanan Kulit atau Bulu Babi



Penggunaan produk berasaskan babi dalam industri cukup meluas,dari produk makanan,barangan kulit sehinggalah kepada berus cat.Antara anggota yang sering digunakan adalah :
  • Organ
  • Usus
  • Hempedu
  • Pankreas
  • Kulit
  • Bulu
  • Lemak dan banyak lagi
Walaupun logo halal Jakim telah diperkenalkan tapi tidak semua produk ada logo halal terutama pada Produk kulit dan produk berasaskan berus seperti berus cat dan berus warna.Semua produk ini tiada logo halal dan tidak bermakna ianya boleh digunakan oleh orang Islam.Sebenarnya banyak produk teutamanya berus cat menggunakan bulu babi digunakan di pasaran,cuma kita tidak perasan.

Jadi apakah tindakan kita sebagai orang Islam,boleh kita menggunakan alasan Tak Mengapa Kita tak Tahu Tak Jatuh Hukum.Sampai bilakah kita hendak berfikiran begitu?
  Oleh sebab itulah Jabatan Agama Islam Johor dari unit Pengurusan Halal Dan Penyelidikan telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kaedah mengenal produk dari kulit dan bulu Babi.

3 Titik

Kita sering mendengar orang kata apabila produk kulit ada tanda 3 titik,itu bermakna kulit Babi,Sebenarnya pendapat ini kurang tepat sebab masih ada produk lain yang ada 3 titik tapi bukan kulit Babi.Barangan kulit yang dibuat dari POLYURETHANE pun ada 3 lubang juga.Jadi bagai mana kita nak bezakan? Perhatikan 2 gambar di bawah ini satu produk POLYURETHANE dan satu lagi KULIT BABI.





KULIT BABI ada 3 titik dan kedudukannya agak berterabur manakala POLYURETHANE kelihatan cantik tersusun.Sebenarnya tujuan lubang itu di buat adalah untuk memberikan keselesaan pada pengguna sebab itulah kasut serta beg tangan berasaskan POLYURETHANE  ada lubang-lubang, pada kulit Babi pula saya rasa mungkin lubang semulajadi.

Bulu Babi

Produk berasaskan bulu Babi pula boleh dikenal pasti secara Visual,Kedudukan susunan berus itu bersilang antara satu sama lain dan bercabang pada hujungnya.




Contoh Bulu Babi,susunan bulu agak berterabur dan tak sekata
Kalau susah sangat nak kenal pasti,bakar sedikit hujung berus,kalau bau rambut terbakar maknanya bulu binatanglah.Lazimnya berus yang dibuat dari bulu babi dilabelkan sebagai PURE BRISTLE,boleh cari gambar berus ini di google Image.

Kaedah Pengesahan

Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengesan kulit atau bulu babi adalah :

1. Ujian Bakar             - Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti ranbut terbakar

2. Ujian Kelarutan       - Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida,kalau larut maknanya
                                       ada unsur haiwan dalam sampel.

3.Rupa bentuk Fizikal - Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop,sama ada
                                       lubang itu tembus atau tidak.Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke
                                       dalam.


Gambar menggunakan mikroskop

Terima Kasih saya ucapkan ke atas Jabatan Agama Johor atas maklumat dan pendedahan yang mereka berikan.


                   

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

19 February 2012

E-book Usahawan Cendawan



E-book Usahawan Cendawan merupakan buku panduan sepatutnya dimiliki oleh setiap individu yang ingin berkecimpung dalam bidang penanaman cendawan sama ada secara kecil-kecilan atau pun
besar-besaran.

Antara kandungan yang menarik dalam ebook ini adalah :



Kini cendawan bukan sahaja dibuat lauk tapi digunakan secara meluas sebagai ubat-ubatan seperti kapsul dan sebagainya.Antara produk hasil dari Cendawan.





















     Mengapa Harus memilih Menjadi Usahawan
                              Cendawan?



Jika anda seorang PENGANGGUR, mengapa harus berdiam diri dan membuang masa di rumah? Bukankah baik jika anda melakukan sesuatu perniagaan?
Kerajaan sendiri menggalakkan semua orang menceburi bidang keusahawanan pertanian. Jadi inilah masanya, bina kerjaya dengan pertanian.

Anda mengatur masa sendiri tanpa ada bos mengarah-arahkan anda melakukan kerja.

Anda berminat dan bersedia untuk menjadi usahawan cendawan?

Jadi tunggu apa lagi ayuh jadikan lebihan tanah di rumah sebagai sumber kewangan tambahan kita

Untuk keterangan lanjut sila klik banner di bawah ini :





Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

16 February 2012

Buku Cinta 3 Rasa



Cinta 3 Rasa terbahagi kepada tiga bahagian iaitu resipi cinta suami isteri, duhai anak, dan hati hamba. Resipi cinta suami isteri , menyentuh tentang kerukunan, hubungan dan komunikasi suami isteri. Peranan seorang isteri dalam membentuk rumah tangga. Duhai Anak, mengupas peranan wanita sebagai seorang ibu dalam m membentuk sahsiah anak-anak khasnya anak perempuan agak tampil menjadi seorang muslimah sejati. Hati Hamba ,menjurus kepada hubungan hati wanita sebagai hamba dengan Tuhan. Menyentuh tentang muhasabah diri wanita, juga berkaitan dengan soal fiqah wanita dan hubung kaitnya dengan Allah. Turut disisipkan pandangan dan nasihat kepada isteri-isteri yang mengadu kepada penulis tentang masalah yang dialami.


Bab 7 : Mari Belajar Memasak Bersama Suami
Suatu petang, usai menikmati hidangan hasil air tangan saya, suami tercinta member beberapa tip. Nanti! Jangan terus beralih mata. Terus membaca sehingga penghujung cerita.
“Emm,,,rasa-rasanya tajuk ini tidak berkaitan dengan saya, saya masih bujang trang tang tang lagi,” mungkin itu telahan awal yang terfikir di minda. Senyum sendiri agaknya si anak dara.
“Suami saya tidak pandai memasak, bagaimana pula dia hendak mengajar saya?” soalan kedua pula menyusul tiba-tiba. “Ada faedah?” Ekor soalan masih berbaki di kepala.
“Suami saya boleh dan pandai memasak, tetapi dia sibuk. Susah hendak cari masa belajar memasak bersamanya,” luah yang ketiga.
Cukup, cukup. Belajar memasak bersama suami tidak perlukan kemahiran memasak. Juga boleh dilakukan bila-bila masa. Cuma, ia memerlukan kerjasama, faham-memahami dan sikap tidak putus asa. Tidak percaya?
Suami saya juga tidak mahir memasak. Bukan bidang beliau. Walaupun begitu, saya mengaku, cekodok ikan bilisnya lebih sedap berbanding dengan yang saya buat. Tidak perlu saya cerita, akan tetapi saya banyak belajar memasak daripadanya.
Kami disatukan ketika ibu saya dan ibu suami telah tiada di alam ini. Takdir Ilahi, saya tiada rujukan kedua-dua ibunda tersayang. Namun kekurangan ini ditampung dengan sikap suami yang sentiasa member kritikan terhadap hasil air tangan saya.
“Lain pula pandangan abang dengan ustaz-ustaz lain ya,” bicara saya pada suatu petang sambil makan cekodok ikan bilis air tangan suami.
Biasanya dalam ceramah, tentu mereka menganjurkan supaya suami memuji masakan isteri. Bimbang, rajuk isteri, tidak mahu memasak lagi,” tambah saya.
“Itu betul, sedap perlu dipuji. Tetapi yang tidak betulnya, puji tidak bertempat. Asyik ingin mengambil hati sehingga lambat-laun memakan hati sendiri. Apa yang kurang harus disebut, supaya kemahiran isteri dapat dipertingkatkan. Hasilnya, masakan makin sedap, pujian suami tentu lebih kerap,” suami menjawab bercampur galakan.
“Kritikan suami berisi. Jangan hanya masam, masin dan manis sahaja; tetapi pekat atau tidak kuah yang dijamah, rempah yang kurang atau perlu ditambah, juga masuk dalam senarai kritikan. Baru isteri tahu mana yang perlu diperbaiki. Ringkasnya, suami juga mesti tingkatkan kemahiran ‘merasa’ supaya kena caranya,” tambah suami memberi ‘tip’ bagaimana teguran yang sewajarnya diberi.
Penjelasan tadi ada logiknya. Seorang isteri yang sentiasa mengharapkan pujian suami terhadap semua masakannya, sedap atau sebaliknya; tidak aka nada peningkatan diri. Isteri yang bijak akan menjadikan kritikan suami sebagai motivasi untuk mempertingkatkan kebolehan diri. Apa yang kurang ditambah, apa yang lebih dikurangkan.
Suami yang menyayangi isteri akan sentiasa bersedia menjadi pengkritik setia, supaya masakan isteri bertambah baik dan sedap. Sedap hakiki bukan hanya sedap di lidah. Justeru nanti ia akan dijamah keluarga, tetamu juga sanak saudara. Lebih elok pula, kritikan diberi dalam bentuk santai dan jenaka. Hati isteri tidak terasa, jiwa isteri rasa bahagia. Tanda suami menghargai susah payahnya menyediakan juadah.
Jika ada luang masa, bawa isteri membeli buku atau majalah pelbagai resipi. Tentu semanga isteri akan bertambah untuk menyediakan makanan buat keluarga tercinta. Mudah bukan, belajar memasak bersama suami? Anda bagaimana?

15 February 2012

Ensiklopedia Sejarah Nabi Muhammad

Seluruh aspek kehidupan Nabi Muhammad, baik dalam ibadat, dahwah, akhlak, muamalat, qiyadah (kepimpinan) mahu pun yang berkaitan dengan pembinaan umat perlu dicontohi, diikuti dan ditaati sebagai bukti iman atas kerasulan beliau. Jadi, bagi memenuhi impian ini, pecinta Muhammad bin Abdullah memerlukan rujukan yang lengkap meliputi kehidupan Nabi Muhammad sehingga susuk tubuh beliau diikuti secara menyeluruh.
Banyak buku sejarah Nabi Muhammad yang beredar di tengah masyarakat yang hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting, tanpa menghuraikan lebih terperinci peristiwa itu sehingga pembaca sukar memahami kaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Dalam buku Ensiklopedia Sejarah Nabi Muhammad semua perincian dan ketelitian kehidupan Nabi Muhammad termuat sehingga menjadikan kehadirannya cukup memberikan kesan di hati pembaca.
Penulis buku ini, Moenawar Chalil menghasilkan karya bermutu dan menjadi rujukan penting untuk mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang Nabi Muhammad.




Ensiklopedia Sejarah Muhammad

 (Set Lengkap 3 Jilid)

Harga: RM 330.00 
 ISBN-13: 978-967-366-066-7
Tarikh Terbit: 14 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 2872
 Terbitan :
PTS Islamika Sdn Bhd








Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

10 February 2012

Promosi Buku PTS 25%



Berita gembira kepada penggemar buku keluaran PTS,penerbit buku ini akan mengadakan promosi buku terpilih pada potongan harga 25 %.Antara buku yang mendapat potongan adalah :



Sila layari website rasmi PTS di
untuk keterangan lanjut


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

08 February 2012

Manisnya Kurma Ini


Manisnya Kurma Ini adalah buku yang menceritakan tentang pengalaman hidup seorang guru, pensyarah, pelajar-pelajar dan insan-insan yang bergelar suami dan isteri. Setiap manusia inginkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam hidup. Namun perjalanan mencari kejayaan tidak semudah impian yang dibina, terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Mimpi tidak selalu indah dan hidup tidak selalu payah.
    Buku ini juga menceritakan tentang indahnya hubungan dan persahabatan yang dijalin di atas nama keikhlasan dan kasih sayang kerana Allah. Selain tentang perjuangan mencari ilmu dan kejayaan, buku ini juga menceritakan tentang suka duka insan bergelar suami dan isteri.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

07 February 2012

Biografi Syaitan


Perkara yang paling sukar ditulis oleh seorang penulis adalah hal yangberkaitan dengan jin. Apakah mereka itu arwah, hantu, syaitan, iblis atau apakaha mereka itu makhluk seperti manusia? Apakah mereka menakutkan dan menghantui manusia, dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan ada di rumah manusia? Apakah mereka dapat membantu mencari maklumat mahupun barang yang diperlukan? Apakah mereka berbahaya bagi manusia? Seperti apa mereka itu dan dapatkah kita melihatnya? Dapatkah kita menjauhkan mereka dari kita, keluarga kita dan rumah kita. Bagaimana mereka makan, tidur, berkahwin dan lain-lain aktiviti? Pertanyaan-pertanyaan seperti inilah yang cuba dijawab oleh penulis di dalam buku ini. Penulis mengemukakan sudut pandang Islam tentang jin dengan bersandarkan pada al-Quran dan sunah. Buku ini juga ada mengupas beberapa tema lain yang bermanfaat bagi kaum Muslim dan bukan Muslim.
  
Informasi ini dapat menghapus anggapan yang salah yang selama ini berleluasa di kalangan Muslim dan bukan Muslim. Perkara yang paling sukar ditulis oleh seorang penulis adalah hal yangberkaitan dengan jin. Apakah mereka itu arwah, hantu, syaitan, iblis atau apakaha mereka itu makhluk seperti manusia? Apakah mereka menakutkan dan menghantui manusia, dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan ada di rumah manusia? Apakah mereka dapat membantu mencari maklumat mahupun barang yang diperlukan? Apakah mereka berbahaya bagi manusia? Seperti apa mereka itu dan dapatkah kita melihatnya? Dapatkah kita menjauhkan mereka dari kita, keluarga kita dan rumah kita. Bagaimana mereka makan, tidur, berkahwin dan lain-lain aktiviti?

Pertanyaan-pertanyaan seperti inilah yang cuba dijawab oleh penulis di dalam buku ini. Penulis mengemukakan sudut pandang Islam tentang jin dengan bersandarkan pada al-Quran dan sunah. Buku ini juga ada mengupas beberapa tema lain yang bermanfaat bagi kaum Muslim dan bukan Muslim. Informasi ini dapat menghapus anggapan yang salah yang selama ini berleluasa di kalangan Muslim dan bukan Muslim.



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

Buku Dahsyatnya Penyakit


Manusia akan diuji dengan berbagai-bagai ragam bentuk ujian sama ada dalam perkara yang disenangi dan disukainya, mahupun dalam hal yang dibenci atau tidak disukainya. Cubaan dan ujian ini ada yang berupa syahwat, kemiskinan, penyakit, ketakutan, kekurangan dalam harta, jiwa dan buah-buahan, begitu juga harta yang melimpah, ramai anak, sihat, senang dan gembira. Buku Dahsyatnya Penyakit banyak mengupas tentang sakit dan sabar, sebab-sebab mengapa kita bersabar dengan ujian yang diberi, peringatan dari Allah agar tidak berputus asa serta penawar bagi kesakitan dan ujian yang sedang dihadapi. Selain berubat secara moden, perubatan alternatif iaitu menggunakan ayat-ayat al-Quran juga sangat digalakkan. Antaranya dengan bacaan al-Fatihah, rangkaian bacaan ruqyah, istighfar dan doa-doa khusus yang diajarkan oleh Rasulullah dan para ulama muktabar.


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

02 February 2012

E-book Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi



Pada bakal usahawan atau sudah menjadi usahawan dan yang bercita-cita untuk menjadi usahawan,pasti anda selalu mendengar orang berkata "kalau nak jadi penyanyi kena bergaul dengan penyanyi,kalau nak jadi pelakon kenalah banyak berkawan dengan pelakon,begitu jugalah kalau nak jadi usahawan berjaya kena banyak bergaul dengan usahawan yang telah berjaya.Sebab dengan bergaul dengan merekalah ,barulah kita dapat pelajari bagaimana susah payah,jerih perih mereka untuk memulakan langkah
sebagai seorang usahawan.Selain itu dengan bergaul dengan mereka anda juga akan dapat teknik,strategi dan tip yang sebenar untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Jadi atas dasar ingin melihat lebih ramai usahawan Malaysia yang berjaya dengan cemerlang,jadi saudara Irfan Khairi telah menghasilkan sebuah e-book yang bertajuk Mentor Jutawan bersama Irfan khairi.Dalam e-book ni bukan ada 1,2,3 tapi 8 ikon jutawan yang terkenal yang akan bersama-sama
mengupas sedikit demi sedikit bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya sehingga bergelar jutawan InsyaAllah.

Dapatkan tip-tip dan strategi yg sebenar utk mencapai kejayaan dlm bidang kewangan dgn.cepat dari 8 mentor jutawan Malaysia yg. cukup dikenali ramai.Berapa banyak wang yg anda boleh perolehi sekiranya anda mengetahui rahsia kelapan-lapan mentor jutawan ini?

  1. Dato' Fadzilah Kamsah,mentor kpd.mentor
  2. Azizi Ali jurulatih Jutawan
  3. Chef Li (Dato'Dr.Rusly) Jutawan Senyap
  4. Dato'Dr Azman Ching Jutawan MLM
  5. Billi Lim Jutawan Berani Gagal
  6. Dato'Hussamuddin Pengasas Kumpulan Karangkraft
  7. Abg.Abu /Usahawan /Motivator/Jutawan Dari Singapura
  8. Irfan Khairi jutawan Internet

E-book ini adalah hasil transkripsi temubual di antara saudara Irfan Khairi dengan 8 ikon jutawan yang sudi berkongsikan pengalaman,cabaran,strategi dan tip bagaimana anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang memerlukan mentor.Mentor bukan sahaja dari seorang yang membimbing kita,yang dikenali secara bersemuka,tapi mentor juga datangnya dari buku serta seminar yang kita hadiri.
Pernah satu ketika dahulu Saudara Irfan bertanya kepada Dato'Fadzilah Kamsah tentang siapa mentor beliau,maka jawabnya seminar yang dihadiri serta buku yang dibaca.
Dengan terhasilnya e-book ini anda bukan hanya mendapat ilmu dan tip tapi boleh juga menjana pendapatan anda melalui program affiliate.Apa yang anda perlu lakukan hanya kongsikan kelebihan dan keistimewaan dan anda akan dapat komisyen dari hasil penjualan e-book ini.

Sila klik disini Untuk mendaftar program affiliate Mentor
Jutawan Bersama Irfan Khairi.

Sebagai bonus kepada pembeli, saudara Irfan akan memberikan akses kepada ebook-ebook berkaitan dengan kekayaan dan kejayaan.E-book ini sarat dengan maklumat untuk melipat gandakan pendapatan
anda dan yang paling menarik sekali ianya diberikan secara percuma,ya secara percuma sahaja! jadi dapatkanlah buku ini sekarang.


Untuk tempahan sila layari website rasmi Irfan Khairi http://www.irfankhairi.com/mentor




Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit dan juga Bank-in / Mesin ATM /
Online Banking,pembayaran di buat di website saudara Irfan.




Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

01 February 2012

Remaja Dan Masjid




Masjid adalah tempat sujudnya insan yang bertaqwa dan simbol perpaduan seluruh umat Islam.Penampilan manusia dan masjid mencerminkan darjat hubungan manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia.Kalau kita lihat masjid dan surau di Malaysia,semakin berkembang jumlah serta mutu bangunanya bertambah cantik.Ada masjid yang mewah dan meriah serta makmur,ada yang mewah tapi sunyi dan sepi.Ada pula yang daif bangunannya tapi aktif dengan pelbagai aktiviti serta meriah.

Tapi golongan belia sangat kurang jumlahnya,Mengapakah golongan belia kini seolah-olah meminggirkan masjid dan surau ,lantas hanya solat bersendirian di rumah.Adakah masjid dan surau hanya tempat berhimpunnya golongan berusia atau sudah tua?

Penolakkan belia terhadap masjid mungkin disebabkab 4 faktor ini.Ayuh kita bincangkan bersama.
  1. Faktor ibu bapa yang kurang memberikan galakan untuk anak-anak mereka untuk mengimarahkan masjid.
  2. Disebabkan kelekaan golongan belia terhadap hiburan ,kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi seperti internet dan sebagainya.
  3. Merasa segan kerana kurangnya ilmu fardu ain dan berkaitan dengan solat.
  4. Gaya pentadbiran masjid yang tidak menitik beratkan isu untuk menarik minat belia untuk ke masjid.
Akibat tiada roh dan budaya masjid dalam jiwa belia menyebabkan munculnya penyakit kemanusiaan yang kronik serta sukar diselesaikan seperti penyalahgunaan dadah,jenayah berat,budaya lepak serta pesta maksiat.

Tiada tempat yang lebih baik di bumi ini selain dari rumah-rumah Allah kerana disitulah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan.Tidak ada tempay di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup,melainkan rumah Allah.

Sumber rujukan Majalah Gen-Q Isu 06



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...