25 January 2012

Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba



SINOPSIS

Riba, salah satu dosa besar yang nyata namun sering dipandang enteng oleh kebanyakan orang. Justeru, riba hidup subur dalam banyak urusan seharian kita. Riba paling tegar dalam sistem guaman, perbankan dan kewangan. Amalan riba membuka ruang untuk kita meniti jalan pintas ke neraka. Pun demikian, kita sebenarnya mampu untuk melangkah lebih hampir ke syurga andainya riba kita tinggalkan. Syurga Lebih Hampir Tanpa riba membincangkan isu dan permasalahan riba dari perspektif pengamal undang-undang dengan bersandarkan dalil dan nas al-Quran, hadis dan fatwa-fatwa ulama. Wajib dimiliki, dibaca dan dihayati oleh setiap pengamal undang-undang terutamanya pada para peguam Muslim yang bercita-cita mahu meletakkan syariat Allah itu sebagai tunggak dalam karier mereka. Buku ini juga mengajak umat Islam untuk meninggalkan riba dan memilih instrumen kewangan yang patuh syariah untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba, boleh dijadikan rujukan oleh pengamal undang-undang, mereka yang berminat menjadi peguam, dan amat sesuai juga dibaca oleh mereka yang terlibat dalam bidang kewangan dan perbankan. Bagi anda yang sedang menimbang-nimbang untuk membuat sebarang pinjaman bank atau membuat pilihan instrumen kewangan, bacalah dahulu buku ini, insya-Allah anda tentu tidak salah membuat pilihan selepas membacanya!


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...