11 January 2012

Majalah Anis Januari 2012



Menarik Dalam Majalah Anis Januari 2012

Fokus Utama : Krisis Rumah Tangga Umpama Menarik Rambut Dalam
                        Tepung
Jangkauan akal manusia amat terbatas. Apabila dilanda krisis atau
masalah dalam rumah tangga, kita mudah hilang punca dan cepat
 menyalahkan takdir. Kita juga mudah menuding jari dan meletakkan
 segala kesilapan pada pasangan hidup masing-masing.
Masalah perlu kita tangani dan hadapi dengan sebaik-baiknya, kerana
 hakikatnya ia baik untuk kita walaupun kita tidak menyukainya.
..................................................................................................................................................................................

Zahrah & Julian – Hijrah Membina Iman
Pasangan suami isteri ini meninggalkan segala kesenangan, peluang dan perniagaan untuk memulakan hidup baru. Niatnya hanya satu,memulakan
 hidup baru untuk mendidik suami mengamalkan Islam sepenuhnya.
 Namun anehnya bukan di negara sendiri tetapi di negara asing, bumi
 kelahiran suaminya, Australia. Ikuti kisah perjalanan hidup mereka
dalam ANIS Januari 2012.
..................................................................................................................................................................................

Transformasi Diri : Rebah Di Litar Taubat
“Sewaktu saya menahan perit dengan wajah berjahit, ayah mengumpul
 kekuatan untuk menghampiri saya. Saat itu juga saya muntah darah dan
 ayah sanggup menadah tangan bagi menampung darah yang saya
 muntahkan. Saya rasa tersentuh. Detik itu, barulah saya tahu betapa
besar kasih sayang mereka terhadap saya,” kenang Azharidzuan
 Abu Bakar penuh hiba. Kemalangan sekitar lima tahun lalu telah
 membawa titik permulaan ke arah perubahannya. Dia tidak lagi
merempit di jalanan, tetapi rempitnya kini hanya untuk mengejar akhirat.
..................................................................................................................................................................................

Tanya Doktor ; X-ray Ketika Hamil
Diuji dengan musibah sakit ketika hamil adalah suatu keadaan yang
merunsingkan. Apatah lagi jika doktor meminta ibu hamil menjalani
 pemeriksaan X-ray bagi mengesan masalah sebenar penyakitnya.
Doktor selalunya
akan menimbang antara keperluan dan risiko dalam melakukan
 pemeriksaan X-ray. Jika manfaatnya lebih besar, (iaitu doktor
mengetahui punca penyakit), dan tiada cara lain kecuali dengan
 menjalani pemeriksaan X-ray, maka janganlah risau. Doktor akan
melakukan perkara yang difikirkannya terbaik untuk menyelamatkan
pesakit. Dapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini melalui
 ruangan
 Tanya Doktor di muka surat 82.
..................................................................................................................................................................................

Tip RM : Kemas Kini Azam Kewangan Anda
Membuat senarai azam memang senang tetapi memastikan kita
 melakukannya itu yang susah. Oleh itu, semak pencapaian azam
kewangan anda dan sekiranya masih jauh tahap pencapaiannya, pastikan
 bagi tahun baru ini anda catat kembali azam kewangan yang sama tetapi
 dengan penggunaan istilah yang lebih keras supaya tindakan segera
 boleh diambil. Dapatkan 7 perkara yang mungkin tersenarai dalam azam
 anda sebagai panduan untuk mengemaskini kewangan anda ke arah yang
 lebih baik daripada Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar
Perunding Kewangan Islam melalui kolum tetapnya dalam Majalah Anis.
..................................................................................................................................................................................

Kenapa Cari ‘Buruk’ Pasangan?
Setiap orang pasti ada buruknya begitu juga dengan pasangan kita.
Kalau kita cari pasti kita akan jumpa. Tetapi fikirlah, untuk apa kita
cari yang buruk itu jika hanya akan mengundang porak-peranda.
 Ketahuilah tip-tip atau panduan dalam mengekalkan kebahagiaan
rumah tangga oleh Ustaz Mohd Shukri Samsudin dalam ruangan
Harmoni.
..................................................................................................................................................................................

Dapatkan Majalah Anis Di kedai-kedai berhampiran anda

Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...