29 January 2012

Majalah Anis Februari 2012





Menarik Dalam Majalah Anis Keluaran Februari 2012

Fokus Utama : Rasulullah SAW Ikon Cinta dan Penyelamat Kita
Kalaulah kita sangat terhutang budi kepada orang yang menyelamatkan
 kita daripada bencana dunia, betapa kita harus lebih terhutang budi
 kepada insan yang menunjukkan kita jalan ke akhirat dan
menyelamatkan kita daripada neraka Allah. Itulah Rasulullah SAW,
 insan yang telah berjuang berhabis-habisan serta mengorbankan diri
 dan hartanya, semata-mata untuk menyelamatkan kita daripada jurang
 kebinasaan sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi.
..................................................................................................................................................................................

Perjalanan Jauh Memburu ‘Solehah’
Program realiti mencari pendakwah wanita, Solehah di TV Al Hijrah
 penghujung tahun lalu mempertemukan tiga orang gadis solehah ini.
 Walaupun berlainan latar belakang, misi mereka tetap sama, iaitu
 mengejar ‘solehah’. Ketahui kisah hidup dan pengalaman mereka
sepanjang program Solehah dalam ruangan Tetamu Anis di
muka surat 33.
..................................................................................................................................................................................

Transformasi Diri : Berkat Nasi 60 Sen Sepinggan
Berbekalkan wang perbelanjaan sebanyak RM150 sebulan hasil
daripada sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaunnya,
anak muda ini hanya mampu menjamah nasi putih berlaukkan
sambal ikan bilis untuk mengalas perut demi perjuangannya
mencari jalan ke syurga. Ikuti pahit maung perjalanan Ustaz
Muhammad Rashidi Abdullah memeluk agama suci ini.
..................................................................................................................................................................................

Tip Solekan ‘Lebih Muda’ & Tepat Syariat
Muslimat perlu peka bahawa, dirinya adalah MARUAH kepada
suaminya. Oleh itu, cara dirinya bersolek mestilah tidak kelihatan
‘terlalu melawa’ sehingga mengundang fitnah. Elakkan juga ‘terlalu
 cincai’ yang menyebabkan ‘rumah tangga nampak tak bahagia’ kerana
 tampil terlalu selekeh, kusam, ‘muka berminyak’ dan ‘kelihatan seperti
 tidak sihat’. Sebaik mungkin, isteri perlu belajar menatarias diri dengan
 betul (ikut syariat) sebagai tanda kepada seorang hamba Allah yang
soleh (iaitu suaminya). Dapatkan tip solekan tepat syariat melalui
 ruangan Imej Muslimah di muka surat 70.
..................................................................................................................................................................................

Tip RM : Kenaikan Gaji Bagaimana Memaksimumkannya?
Awal tahun amat sinonim dengan kenaikan gaji. Jika kenaikan ini tidak
dirancang dengan sebaiknya, pasti ia tidak mendatangkan sebarang
manfaat kepada penerima. Oleh itu, ketahuilah bagaimana untuk
 memaksimumkan kenaikan gaji ini dalam ruangan TipRM daripada
 Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding
Kewangan Islam.
..................................................................................................................................................................................


Kenapa Suami Tidak Romantik?
Pada kebiasaannya, pada tahap-tahap tertentu dalam perkahwinan akan
 kedengaran komen-komen daripada pasangan masing-masing yang
 tidak berpuas hati sesama mereka. Mengapa ini terjadi? Mengapa
 seawal hari-hari mereka menjadi raja sehari atau semasa bercinta
 sebelum kahwin semuanya indah dan romantik? Dapatkan tip untuk mengembalikan suasana romantik dalam rumah tangga dalam ruangan
 Adam Vs Hawa.

..................................................................................................................................................................................



Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...