06 December 2011

Majalah Anis Disember 2011



Menarik  Dalam Majalah Anis Bulan Disember



Fokus Utama : Akad Nikah Dengan Langkah Kanan
Andai kita sedang berada di garisan permulaan (hendak mendirikan
 rumah tangga) renung-renungkan dahulu langkah yang mana hendak kita mulakan. Langkah kanankah atau kiri? ‘Langkah kanan’ bererti kita
masuk ke gerbang perkahwinan dengan menjaga adab-adab
sepertimana yang dianjurkan Islam. Insya-Allah andai kita
 benar-benar menjaga dan memeliharanya, kehidupan kita bersama
 insan yang sudah kita pilih sebagai pasangan untuk sehidup semati
 pasti beroleh keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

Majalah Anis Disember 2011
..................................................................................................................................................................................

Irma Hasmie Istiqamah Selepas Temui ‘Cinta Baru’
Perubahan imejnya mengundang perhatian ramai. Titik peralihannya
 bermula apabila sekembalinya beliau dari mengerjakan umrah Februari
lalu. Kini, pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim jauh
 meninggalkan kisah silamnya dan mengabdikan diri sepenuhnya
 untuk menjadi insan yang lebih baik. Serentak perubahan imejnya,
 Irma kini telah menemui ‘cinta baru’. Ternyata, ‘cinta baru’ yang
hadir dalam dirinya menjadi peneguh iman dan memantapkan lagi
jiwanya supaya tidak rapuh dek desakan dunia yang kian mencabar.
Ketahuilah apa atau siapakah ‘cinta baru’ Irma dalam ruangan
Tamu Anis pada muka surat 33.

Majalah Anis Disember 2011
..................................................................................................................................................................................

Transformasi Diri : Azan Magrib Temukannya Pada Jalan Allah
Mengimbau episod hijrah bekas jaguh bina badan negara,
 Dato’ Abdul Malek Noor,56, ia berlaku apabila azan Maghrib
berkumandang sayup-sayup dari masjid berhampiran seolah-olah
 menyerunya untuk segera bertaubat. Titik penghijrahannya bermula pada
 tahun 2002. Pada waktu itu, usianya sudah pun menjangkau 46 tahun.
 Setelah melalui episod baru dalam hidupnya, beliau sanggup
meninggalkan zaman kegemilangannya demi menjadi Muslim sejati
 dalam mencari keredhaan Allah SWT.
 Ikuti kisah perjalanan hidupnya dalam ruangan Transformasi Diri
pada muka surat 48.
..................................................................................................................................................................................

Resepi Kehidupan : Othman Mohd Noor Bergelar Peguam Pada Usia 59
“Pendidikan adalah satu perjalanan hidup yang panjang. Saya berpegang
 kepada prinsip long-life education (pembelajaran berterusan) di mana
 selagi seseorang itu hidup dia perlu belajar dan terus belajar sehingga
sampai masanya bertemu Allah SWT,” demikian prinsip hidup dipegang
 Othman Mohd Noor hingga membolehkannya bergelar seorang peguam walaupun ketika itu sudah berusia 59 tahun. Dengan keazaman yang jitu
meskipun sudah berusia 47 tahun, beliau terus menyambung pelajaran
 dalam bidang undang-undang. Walhal ketika itu dia sudah bekerja dan
 memegang jawatan sebagai Pengurus di Uda Holdings di Petaling Jaya.
..................................................................................................................................................................................

Tip RM : Mahu Beli Rumah Lepas Bersara
Pilihan manakah yang lebih berbaloi – beli sahaja rumah dengan
menggunakan wang simpanan yang ada atau laburkan dan ambil
 pembiayaan untuk membeli rumah? Persoalan sebegini memang akan
kerap terjadi dalam kehidupan kita. Keputusan kewangan yang kita buat
haruslah mengambil kira kesemua aspek kewangan kita yang sedia ada
untuk memastikan pilihan kita adalah yang terbaik. Oleh itu, dapatkan tip pengurusan kewangan dalam ruangan Tip RM oleh
 Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding Kewangan Islam.
..................................................................................................................................................................................

Adam Vs Hawa : Memilih Hadiah Untuk Suami
Kadang kala pening kepala memikirkan apakah hadiah yang sesuai
 diberikan kepada suami sempena hari-hari penting dalam hidupnya.
 Risau juga takut-takut hadiah yang diberi tidak berkenan di hati suami.
Oleh itu, dapatkan tip-tip untuk membeli hadiah kepada suami dalam
ruangan Adam VS Hawa pada muka surat 26.


Inginkan lebih info tentang buku sila klik banner di bawah ini.



Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...