17 November 2011

Tip Berhenti Merokok


Walaupun ramai perokok mengetahui bahaya menghisap rokok dan cuba tetapi untuk menghilangkan ketagihan tersebut dengan pelbagai cara,namum ia tetap sukar dihentikan.Menurut kajian,tembakau dalam rokok mengandungi PROPILENA GLIKOL sejenis bahan yang membantu penghantaran nikotin(dadah ketagihan tembakau) ke otak.
  Terdapat pelbagai kaedah dan produk yang ada dipasaran bagi membantu perokok tegar untuk berhenti merokok.namun disebalik ikhtiar itu,ramai yang tidak menyedari bahawa makanan yang di makan mampu merangsang atau memburukkan rasa rokok yang dihisap.Pengkaji dari Duke,Amerika Syarikat percaya terdapat beberapa jenis makanan yang mampu merangsang keinginan seseorang untuk merokok seperti DAGING dan MINUMAN BERKAFEIN.
   Sebenarnya produk tenusu dan sayuran segar akan membuatkan rasa rokok menjadi sangat pahit dan tidak segar.Ramai perokok mengatakan mereka tidak puas merokok setelah meminum segelas air susu.Ketika merokok seseorang akan kehilangan vitamin C daripada tubuh kerana ia telah ditukar menjadi elemen lain oleh nikotin.Buah-buahan seperti kismis  hitam,lemon,dan delima merupakan makanan terbaik untuk menyingkirkan kebergantungan pada nikotin. Jadi secara tidak langsung buah-buahan juga mampu menghilangkan ketagihan merokok.
  Selain  itu daun saderi,lobak merah dan mentimun juga mampu mempengaruhi rasa rokok.Tapi perlu diingat setiap makanan ada had nya jadi jangan ambil berlebihan.

Petikan Dari Akhbar Kosmo


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

2 comments:

  1. Ok terima kasih Armouris
    Semoga ianya dapat membantu perokok tegar utk berhenti merokok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...