11 November 2011

Majalah Anis Nov 2011


Menarik Dalam Majalah Anis Nov.2011

Fokus Utama : Cepat-cepatlah Kahwinkan!
Ada baiknya ibu bapa memainkan peranan dalam merancang jodoh dan memudahkan perkahwinan untuk anak. Walaupun anak itu
 berpendidikan tinggi, dia tetap memerlukan nasihat dan panduan
apabila melibatkan persoalan besar dalam hidup seperti perkahwinan.
Ibu bapa wajar memikirkan soal jodoh anak mereka sebaik-baik sahaja
 anak itu memasuki usia remaja atau sudah patut mendirikan
rumah tangga. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak perempuan.
..................................................................................................................................................................................

Dugaan sakit teguhkan kasih sayang Ustaz Kazim & isteri
“Dari awal perkahwinan isteri saya banyak berkorban sebab saya
 banyak masa keluar berdakwah sehingga saya berjaya membangunkan
 Pusat Pengajian Al Barakah. Saya sakit sejak mula kahwin.
Dia sangat memahami gaya hidup saya. Mungkin saya banyak beri
 kebaikan kepada masyarakat dan keluarga maka Allah timbulkan
perasaan kepadanya untuk setia menjaga saya semasa sakit teruk
sepanjang dua bulan lalu. Saya menghargai pengorbanannya
,” demikian bicara tulus Ustaz Kazim mengenai isterinya ini.
Ikuti kisah menarik penceramah bebas yang juga merupakan
Pengerusi dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Kg. Manjoi, Ipoh.
..................................................................................................................................................................................

Sihat Anggun : Allah Bersumpah Dengan Buah
Buah tin adalah salah satu daripada lima buah-buahan istimewa lain
 yang disebutkan di dalam al-Quran bersama zaitun, anggur, delima
 dan tamar. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ pula menyebutkan: Seseorang telah memberi buah tin kepada Nabi SAW,
lalu baginda pun mengagih-agihkan kepada kepada para sahabat dan
berkata, “Makanlah kerana ia menyembuhkan pelbagai penyakit.
” Maka tidak hairanlah Allah bersumpah dengannya! Ketahuilah
 keistimewaan-keistimewaan lain buah tin dalam ruangan
Sihat Anggun pada muka surat 10.
..................................................................................................................................................................................

Resepi Kehidupan : “Bumi Kemboja mengajar saya erti korban
.” – Ust. Azhar Abd. Shukur
Pengalaman tinggal dua tahun bersama keluarga di Kemboja
 meninggalkan kesan yang amat mendalam hingga mencetuskan
 idea untuk terus membantu melalui ibadah korban dan akikah.
Ikuti perjalanan menarik hidup Ustaz Azhar Abd. Shukur yang gigih
 membantu masyarakat Kemboja.
..................................................................................................................................................................................

Kenduri Kahwin Ikut Kemampuan
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pastinya
 mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang akan meninggalkan
 seribu satu memori indah dalam hidup mereka. Walau bagaimanapun,
 rancanglah kenduri dengan rapi, adakan dalam suasana yang sederhana
dan tiada pembaziran atau unsur-unsur yang bercanggah dalam agama.
Oleh itu, dapatkan tip dalam merancang sesebuah majlis perkahwinan
mengikut kemampuan dalam ruangan Tip RM oleh Hajah Rohani
 Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding Kewangan Islam.
..................................................................................................................................................................................

Adam Vs Hawa : Penyayang vs Membebel
Membebel atau berleter adalah ungkapan istimewa yang digunakan oleh
 suami untuk melabelkan isterinya. Kebanyakan isteri pula menafikan
 mereka berleter. Mereka menganggap diri mereka sebagai pemberi
 peringatan. Kebanyakan lelaki ‘rimas’ mendengar suara leteran
 perempuan. Oleh itu, kalau isteri-isteri ingin menyampaikan mesej
kepada suami, sila guna ‘bahasa’ atau teknik yang boleh diterima oleh
telinga dan sel otak pendengaran lelaki sahaja. Untuk mengetahui
 teknik-teknik yang berkesan dalam menyampaikan mesej, dapatkan
 pada ruangan Adam vs Hawa oleh Pak Utih, Perunding Motivasi
 Kekeluargaan.
..................................................................................................................................................................................


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...