28 November 2011

Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar

Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar
CODE: RJIT
Old price: RM39.90  
 


Author: Irfan Khairi
ISBN: 983-3364-00-4
Total Page(s): 178




Title: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar

Description: Belajar teknik-teknik terbukti berkesan yang digunakan untuk membina perniagaan di Internet dengan keuntungan melebihi RM1juta ­ dari rumah. Best-seller!

About The Author:Irfan Khairi merupakan penulis, penceramah dan pakar Internet tersohor di Malaysia. Beliau merupakan pelopor kepada perniagaan menerusi Internet dan mempunyai blog beliau sendiri selain beberapa rancangan TV dan radio yang membincangkan mengenai selok-belok perniagaan Internet.

Contents: Tujuan Buku Ini

BAHAGIAN 1: MEMULAKAN PERNIAGAAN DI INTERNET

Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Tanggapan Salah Terhadap Perniagaan di Internet
Bab 3: Kebaikan Mendirikan Perniagaan di Internet
Bab 4: 4 Langkah Memulakan Perniagaan di Internet

Langkah #1: Mengenalpasti Perniagaan Anda
Langkah #2: Membina Laman Web Anda

1. Domain Name
2. Web Hosting
3. Laman Web

Langkah #3: Menerima bayaran di Internet
Langkah #4: Promosi Perniagaan Internet anda!

1. Search Engine / Enjin Carian
2. Direktori
3. Email
4. Forum dan Newsgroup
5. Bertukar link
6. Membeli iklan
7. Pengiklanan bukan online

Bab 5: Kos Perniagaan Internet
Bab 6: Kegagalan perniagaan Internet

BAHAGIAN 2: 36 RAHSIA JUTAWAN INTERNET TERBONGKAR

Bab 7: Memilih Produk dan Perkhidmatan
Bab 8: Pasaran Tertumpu
Bab 9: Tumpukan Pada Satu Produk Atau Perkhidmatan Sahaja
Bab 10: Produk / Perkhidmatan Terlaris Di Internet
Bab 11: Tukarkan Perkhidmatan Anda Menjadi Produk
Bab 12: Menjadi Pertama Dan Memasuki Fikiran Pengguna
Bab 13: Memilih Domain Name
Bab 14: Memilih Keyword Yang Tepat
Bab 15: Jimatkan Kos
Bab 16: Logo Kecil Memberi Impak Yang Besar
Bab 17: Grafik Minimum Kesan Maksimum
Bab 18: Syarat 3 Klik!
Bab 19: Mudahkan Proses Belian
Bab 20: Dapatkan Pelawat Anda Menyebarkan Berita Tentang Anda
Bab 21: Serlahkan Kepakaran Anda
Bab 22: Fokus Kepada Pelawat
Bab 23: Yang Menjual
Bab 24: Informasi dan Artikel Percuma
Bab 25: Menjalankan Perniagaan Secara Automatik
Bab 26: Memulakan Perniagaan Tanpa Produk Dan Perkhidmatan Sendiri
Bab 27: Penjual Untuk Produk Dan Perkhidmatan Anda
Bab 28: Banner Yang Mendapat KLIK!
Bab 29: Dapatkan Kedudukan Tertinggi Di Search Engine
Bab 30: Mengaut Keuntungan Lebih
Bab 31: Menulis Email Efektif
Bab 32: Tumpukan Pada Khidmat Pelanggan
Bab 33: Kurangkan Kos, Bukan Perkhidmatan
Bab 34: Kehebatan Autoresponder
Bab 35: Ikuti Jejak Yang Telah Berjaya
Bab 36: Perniagaan Tanpa Laman Web dan Tanpa Promosi
Bab 37: Mengintip Pesaing Anda
Bab 38: Meletakkan Harga
Bab 39: Memeriksa Laman Perniagaan Anda
Bab 40: Formula Matematik Penukaran Pelawat Kepada Pelanggan
Bab 41: Backup Kerja!
Bab 42: Kegagalan vs Kejayaan Berganda

BAHAGIAN 3: PENUTUP

Adakah perniagaan Internet untuk anda?
Motivasi

Untuk keterangan Lanjut sila klik Banner di bawah ini.

21 November 2011

Buku Terbitan Inteam

Terdapat beberapa buku terbitan INTEAM  telah berada di pasaran atau secara online di www.stormreaders.net/syafie



























Masukkan email anda utk.mendapatkan info buku terkini

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

20 November 2011

Karnival Jualan Buku

 STORMREADERS Network Sdn Bhd akan mengadakan Program “Membawa Cahaya ke Dalam Rumah” bagi memenuhi permintaan orang ramai.Bertempat di Surau Al Ulum, Seksyen 9, Kota Damansara. Tajuk yang akan dibicarakan oleh Dr Zahazan Mohamed ialah, “IQRA KUNCI HATI DAN MINDA KE JALAN YANG LURUS.Selain dari ceramah terdapat banyak lagi aktiviti menarik antaranya:

  1. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah:-
  2.  Karnival Jualan Buku
  3.  Pertandingan kanak-kanak
  4.  Pertandinagn Remaja & Dewasa
  5.  Cabutan Bertuah
  6.  Dan, Sesi beramah mesra dengan Dr Zahazan
 Jangan lepaskan peluang bersama-sama dengan kami memeriahkan program ini

Tempat : SURAU AL ULUM, KOTA DAMANSARA,
Tarikh : 26 & 27 November 2011
Masa : 10.00am - 11.00 pm

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di:-

03-6141 8685/0124226141(Hanif Izzudin Ng)



Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

17 November 2011

Tip Berhenti Merokok


Walaupun ramai perokok mengetahui bahaya menghisap rokok dan cuba tetapi untuk menghilangkan ketagihan tersebut dengan pelbagai cara,namum ia tetap sukar dihentikan.Menurut kajian,tembakau dalam rokok mengandungi PROPILENA GLIKOL sejenis bahan yang membantu penghantaran nikotin(dadah ketagihan tembakau) ke otak.
  Terdapat pelbagai kaedah dan produk yang ada dipasaran bagi membantu perokok tegar untuk berhenti merokok.namun disebalik ikhtiar itu,ramai yang tidak menyedari bahawa makanan yang di makan mampu merangsang atau memburukkan rasa rokok yang dihisap.Pengkaji dari Duke,Amerika Syarikat percaya terdapat beberapa jenis makanan yang mampu merangsang keinginan seseorang untuk merokok seperti DAGING dan MINUMAN BERKAFEIN.
   Sebenarnya produk tenusu dan sayuran segar akan membuatkan rasa rokok menjadi sangat pahit dan tidak segar.Ramai perokok mengatakan mereka tidak puas merokok setelah meminum segelas air susu.Ketika merokok seseorang akan kehilangan vitamin C daripada tubuh kerana ia telah ditukar menjadi elemen lain oleh nikotin.Buah-buahan seperti kismis  hitam,lemon,dan delima merupakan makanan terbaik untuk menyingkirkan kebergantungan pada nikotin. Jadi secara tidak langsung buah-buahan juga mampu menghilangkan ketagihan merokok.
  Selain  itu daun saderi,lobak merah dan mentimun juga mampu mempengaruhi rasa rokok.Tapi perlu diingat setiap makanan ada had nya jadi jangan ambil berlebihan.

Petikan Dari Akhbar Kosmo


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

11 November 2011

Majalah Anis Nov 2011


Menarik Dalam Majalah Anis Nov.2011

Fokus Utama : Cepat-cepatlah Kahwinkan!
Ada baiknya ibu bapa memainkan peranan dalam merancang jodoh dan memudahkan perkahwinan untuk anak. Walaupun anak itu
 berpendidikan tinggi, dia tetap memerlukan nasihat dan panduan
apabila melibatkan persoalan besar dalam hidup seperti perkahwinan.
Ibu bapa wajar memikirkan soal jodoh anak mereka sebaik-baik sahaja
 anak itu memasuki usia remaja atau sudah patut mendirikan
rumah tangga. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak perempuan.
..................................................................................................................................................................................

Dugaan sakit teguhkan kasih sayang Ustaz Kazim & isteri
“Dari awal perkahwinan isteri saya banyak berkorban sebab saya
 banyak masa keluar berdakwah sehingga saya berjaya membangunkan
 Pusat Pengajian Al Barakah. Saya sakit sejak mula kahwin.
Dia sangat memahami gaya hidup saya. Mungkin saya banyak beri
 kebaikan kepada masyarakat dan keluarga maka Allah timbulkan
perasaan kepadanya untuk setia menjaga saya semasa sakit teruk
sepanjang dua bulan lalu. Saya menghargai pengorbanannya
,” demikian bicara tulus Ustaz Kazim mengenai isterinya ini.
Ikuti kisah menarik penceramah bebas yang juga merupakan
Pengerusi dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Kg. Manjoi, Ipoh.
..................................................................................................................................................................................

Sihat Anggun : Allah Bersumpah Dengan Buah
Buah tin adalah salah satu daripada lima buah-buahan istimewa lain
 yang disebutkan di dalam al-Quran bersama zaitun, anggur, delima
 dan tamar. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ pula menyebutkan: Seseorang telah memberi buah tin kepada Nabi SAW,
lalu baginda pun mengagih-agihkan kepada kepada para sahabat dan
berkata, “Makanlah kerana ia menyembuhkan pelbagai penyakit.
” Maka tidak hairanlah Allah bersumpah dengannya! Ketahuilah
 keistimewaan-keistimewaan lain buah tin dalam ruangan
Sihat Anggun pada muka surat 10.
..................................................................................................................................................................................

Resepi Kehidupan : “Bumi Kemboja mengajar saya erti korban
.” – Ust. Azhar Abd. Shukur
Pengalaman tinggal dua tahun bersama keluarga di Kemboja
 meninggalkan kesan yang amat mendalam hingga mencetuskan
 idea untuk terus membantu melalui ibadah korban dan akikah.
Ikuti perjalanan menarik hidup Ustaz Azhar Abd. Shukur yang gigih
 membantu masyarakat Kemboja.
..................................................................................................................................................................................

Kenduri Kahwin Ikut Kemampuan
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pastinya
 mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang akan meninggalkan
 seribu satu memori indah dalam hidup mereka. Walau bagaimanapun,
 rancanglah kenduri dengan rapi, adakan dalam suasana yang sederhana
dan tiada pembaziran atau unsur-unsur yang bercanggah dalam agama.
Oleh itu, dapatkan tip dalam merancang sesebuah majlis perkahwinan
mengikut kemampuan dalam ruangan Tip RM oleh Hajah Rohani
 Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding Kewangan Islam.
..................................................................................................................................................................................

Adam Vs Hawa : Penyayang vs Membebel
Membebel atau berleter adalah ungkapan istimewa yang digunakan oleh
 suami untuk melabelkan isterinya. Kebanyakan isteri pula menafikan
 mereka berleter. Mereka menganggap diri mereka sebagai pemberi
 peringatan. Kebanyakan lelaki ‘rimas’ mendengar suara leteran
 perempuan. Oleh itu, kalau isteri-isteri ingin menyampaikan mesej
kepada suami, sila guna ‘bahasa’ atau teknik yang boleh diterima oleh
telinga dan sel otak pendengaran lelaki sahaja. Untuk mengetahui
 teknik-teknik yang berkesan dalam menyampaikan mesej, dapatkan
 pada ruangan Adam vs Hawa oleh Pak Utih, Perunding Motivasi
 Kekeluargaan.
..................................................................................................................................................................................


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/syafie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...