05 October 2011

Travelog Wartawan Islam


Travelog Wartawan Islam ini sungguh mengasyikkan. Ia sesuatu yang  mesti  dibaca dan dihayati dengan naluri  hati oleh semua yang mengaku dirinya manusia. Tidak kira  sama ada  anda seorang  pembaca  yang bukan beragama  Islam atau yang mengaku sebagai seorang Muslim.
Buku ini mempunyai nilai moral yang tinggi, estetika yang berkualiti dan prinsip hidup yang sungguh jitu. Juga membuktikan setiap manusia ciptaan Allah yang berniat baik walau hanya sekelumit di hati yang suci murni, maka Allah akan memberi panduan jalan kehidupan yang terbaik.
Maha Suci Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa jua yang  Dia kehendaki  tanpa batas, dan juga boleh tersasar dalam kehidupan  dunia jika tersalah. Sebab itu ramai juga yang mengajar Ilmu Syariah tetapi longgar amalannya syariatnya,  dan ada yang mengajar Ilmu Tauhid tetapi tidak langsung mentauhidkan (taat sepenunhya) kepada  Allah SWT dalam kehidupan sehariannya. Renungilah.
Perkongsian kisah benar wartawan ini  teramat baik buat tauladan semua pengamal media sama ada yang baru atau lama serta sesiapa yang luas pergaulan sosial dalam kerjaya seharian.
Mudah-mudahan hati anda merasa keabadian diri sebagai manusia dan mendapat sebutir sinar mutiara hidayah apabila membaca kisah benar ini yang digarap dari lubuk hati penulis dengan sejujur-jujurnya.


KPBK1037 - Travelog Wartawan Islam
Penulis : Roslan Hamid

Harga    : RM17.00


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...