05 October 2011

Tatkala Syahadah Dilafaz

Agama Islam merupakan cara hidup paling lengkap dan sempurna. Di dalam ajaran Islam, terkandung tiga komponen penting dinamakan sebagai Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan. Setiap rukun mengandungi beberapa pecahan, perkara dan keterangannya. Rukun-rukun itu adalah untuk mendekatkan diri kita sebagai umat Islam dan makhluk manusia kepada Penciptanya atau Khaliknya iaitu Allah SWT. Dalam menghayati rukun-rukun agama ini, ada pelbagai pendekatan yang boleh dibuat mengikut keyakinan masing-masing.

Ada yang menekankan kepada ibadah-ibadah khusus yang terdapat dalam Rukun Islam sahaja sehingga bagi golongan ini, mazhab yang mereka ikuti itu sahaja yang lebih penting berbanding dengan mazhab-mazhab yang lain. Manakala ada yang menekankan hanya kepada akidah yang mereka yakini di dalam Rukun Iman sahaja sehingga memandang iktikad mereka itu yang betul dan lebih penting daripada yang lain-lain. Wujud juga golongan yang menumpukan perhatian kepada tarekat tasawuf mereka semata-mata dengan menolak tarekat yang lain.

Dalam menghayati ajaran yang terkandung dalam rukun-rukun agama ini, kita mesti kembalikan ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Hadis. Di dalam hadis, tiga perkara rukun agama dirangkumkan menjadi satu iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Ia tidak boleh dipisahkan. Jadi, di dalam menghayati dan mengamalkan rukun-rukun agama ini, kita mesti lakukan secara serentak iaitu dengan mengerjakan segala amal ibadah sebagaimana yang telah digariskan dalam al-Quran dan Al-Hadis. Amalan-amalan ibadah itu hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT seperti mana yang digariskan dalam Rukun Iman. Dalam beribadah, seseorang mesti mempunyai ihsan iaitu ikhlas dan memberikan sepenuh perhatian kepada segala ibadah yang dilaksanakan dengan sandaran akidah serta iman yang diyakini dengan teguh berdasarkan ajaran al-Quran dan Al-Hadis yang sahih.

Dengan kata lain, kita hendaklah menyatukan ketiga-tiga rukun agama itu menjadi satu entiti yang tidak terpisah-pisah. Dan jangan sekali-kali memecahbelahkan agama kepada pelbagai aliran yang merugikan. Kita boleh mencapai matlamat ini dengan cara berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan murni yang bertonggak kepada dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan Al-Hadis yang sahih. Selagi mana kita berpegang kepada kedua-dua sumber itu, kita akan selamat di dunia dan akhirat. Dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam, seseorang itu akan dapat menghayati dan menjalani kehidupan sebagai seorang Mukmin dalam erti kata yang sebenar. Apa yang penting ialah apabila syahadah sudah dilafazkan, setiap daripada kita berkongsi satu akidah yang sama dan menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah SWT.

Di sisi Allah SWT, kita semua adalah sama melainkan mereka yang paling beriman dan bertakwa. Selagi mana kita berpegang kejap kepada tali Allah SWT, selama itu kita akan berada pada landasan yang betul di dalam perjalanan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Agama Islam memberikan petunjuk, pimpinan dan bimbingan untuk kita mencapai matlamat tersebut. Untuk itu, kita mesti memahami dan yang lebih penting lagi ialah melaksanakan apa yang terkandung di dalam ajaran itu sendiri. Keimanan dan keyakinan harus dijelmakan dalam bentuk tindakan dan perbuatan seperti mana yang terkandung dan dikehendaki di dalam rukun-rukun dalam agama Islam.


MRBK1052 Tatkala Syahadah di Lafaz
Penulis     : Ann Wan Seng

Harga      :  RM12.90

Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...