31 October 2011

Mengapa Kita Kena Bangun Pagi

Sebagai orang Islam kita memang dikehendaki Bangun Pagi bagi menunaikan kewajipan kita untuk menunaikan solat Subuh,tidak kiralah sama ada di rumah atau pun berjemaah di masjid.Tapi tahukah anda apa rahsia yang tersembunyi disebalik bangun pagi.
Sebenarnya selain mendapat pahala kerana mengerjakan sembahyang Subuh,bangun awal pagi juga,memberi banyak manfaat dari sudut kesihatan.Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk tidur semula selepas Solat Subuh.

Antara manfaatnya

Fikiran menjadi Lebih segar

Bangun sebelum matahari terbit akan menjadikan fikiran kita segar dan mampu menangani stressdan tekanan.Dalam keadaan fikiran yang segar ,kita mampu melakukan kerja dengan lebih baik dan efisien.Ini kerana badan lebih bersedia melakukan kerja dengan berkualiti disebabkan oleh peningkatan hormon-hormon korsitol.

Dapat mengambil sarapan

Seperti yang kita sedia maklum sarapan amat penting ianya mampu membekalkan tenaga yang secukupnya pada otak dan juga badan kita untuk aktiviti seharian kita.Selain itu ianya mampu mencegah sel-sel pada otak rosak akibat kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

Dapat Melakukan Aktiviti Senaman 

Senaman di waktu pagi sangat digalakkan kerana waktu itu kita mampu menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman.Sudah pasti sukar untuk kita udara yang sebersih itu pada waktu yang lain.Pancaran cahaya waktu pagi membantu menjana vitamin D

Tidak Tergesa-gesa Dan Terburu-buru

Bangun awal Pagi juga membantu kita merancang aktiviti kita dengan lebih baik dan sempurna.Bayangkan sekiranya kita bangun lewat pastinya kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa.

Demikianlah antara kelebihan bangun pagi yang sangat digalakkan dalam Islam,sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda;

"Ya ALLAH  Berilah Keberkatan Kepada Umatku Pada Waktu Pagi"




Syafie Abdullah seorang penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders secara online.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...