04 October 2011

Majalah Solusi Bulan Ogos

Membina Mahligai Di Syurga

Abu Ayyub Al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk,baginda Nabi Muhammad SAW berlalu melintasi Nabi Ibrahim,lalu Nabi Ibrahim bertanya pada malaikat Jibrail."Siapakah orang yang bersamamu wahai Jibrail? Jibrail Menjawab inil Muhammad.Lalu Nabi Ibrahim berkata Wahai Muhammad perintahkanlah umatmu untuk memperbanyakkan menanam pokok di Syurga,tanahnya sangat subur dan kawasannya amat luas.Nabi Muhammad SAW bertanya bagaimanakah caranya.Nabi Musa Menjawab ucapkanlah 'LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH." Hadis riwayat oleh Imam Ahmad.

Menempah Rumah Di Syurga

Hadis di atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang membangunkan tempat kediaman tersebut.Syurga merupakan kediaman terakhir bagi hamba-hamba Allah yang berbakti,jadi sudah tentulah kita mahukan sebuah rumah yang megah dengan taman-taman yang indah di Syurga.Jadi tempahlah sekarang dan harga yang diminta bukanlah wang ringgit atau pun emas permata tetapi amal soleh dan zikir yang telah kita lakukan.Amalan inilah akan menjadi bahan bagi pembinaan rumah-rumah di Syurga.Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim Al-Ahmasi "aku mendengar bahawa Syurga dibangunkan dengan zikir,apabila ianya terhenti,maka berhenti juga maalaikat yang membinanya kerana menunggu bahan-bahan binaannya.
Berkata Said Bin Jubair seorang pakar Tafsir di kalangan Tabiin Mekah "Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah,sesiapa yang tidak taat maka dia tidak dikira berzikir walaupun ia memperbanyakkan tasbih,tahlil dan bacaan Al-Quran.

Untuk itu marilah kita memperbanyakkan ibadah sunnah dan zikir,kerana setiap kali berzikir kita telah hakikatnya kita telah menanam pohon-pohon di taman Syurga.Semakin banyak zikir yang diucapkan ,semakin hijau dan rendang taman-taman tersebut.


Artikel ini dipetik dari majalah Solusi Bulan Ogos 2011




Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...