27 September 2011

Majalah Asuh Bulan Oktober


Artikel Menarik Dalam Majalah Asuh Oktober 2011

 


DOA & ZIKIR
Kali ini ruangan Doa & Zikir berkongsi dengan para pembaca
dua doa iaitu:
  • Doa Mohon Kemurahan Rezeki
  • Doa Hindari Perangi Buruk
..................................................................................................................................................................................

TIRU NABI
Tajuk: Rasulullah Ketika Di Luar Rumah
Adik-adik kita mesti menjaga setiap bicara dan perilaku kita
agar tidak berlebih-lebihan. Beradab sopan sangat penting
 tidak kira di rumah atau di mana sahaja kita berada.
 Rasulullah SAW sangat menjaga perilaku dan tutur kata
 baginda. Allah SWT berfirman yang maksudnya:
 “Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan
 untuk rahmat kepada sekalian alam.” (Al Anbia:107)
Jom, kita baca Asuh bulan Oktober ini agar kita dapat
 mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
..................................................................................................................................................................................

GODAAN SYAITAN
Tajuk: Syaitan Kecewa Lagi
 Kali ini Godaan Syaitan membawa kisah yang bertajuk
 Syaitan Kecewa Lagi. Apa agaknya yang telah terjadi
kali ini? Mesti adik-adik dan semua pembaca tidak
sabar nak tahu kisah selanjutnyakan? Jadi, tunggu apa
 lagi cepat dapatkan majalah ASUH bulan Oktober
di pasaran. Jangan lepaskan ya!
..................................................................................................................................................................................

FAHAM FIKAH
Tajuk: Fidyah Puasa Si Mati
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan
 terhadap individu Islam yang tidak dapat
 menggantikan puasanya Ramadan pada suatu
 tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.
 Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada
orang fakir miskin atau di mana-mana
 Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan
 khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar
 fidyah adalah wajib.
Jadi, tunggu apa lagi dapatkan majalah Asuh
terbaru ini di pasaran sekarang untuk mengetahui
huraian selanjutnya yang diberikan oleh
 Ustaz Dr. Nik Yusri.
..................................................................................................................................................................................

ILMUAN ISLAM
Tajuk: Kembara Mencari Ilmu 
Daud telah menjangkau usia 25 tahun. Pada suatu hari
Dr. Bahzad menyarankan kepada Daud agar pergi
 mengembara ke negara Rom di Anatolia dan Bizantin.
 Tujuannya agar Daud dapat menguasai bahasa
 Yunani dan Latin. Tetapi sebelum itu dia sendiri
akan mengajar kedua-dua bahasa tersebut
 sebagai persediaan.
..................................................................................................................................................................................

KEMBARA ASUH
Tajuk: Kenali Rumah Dan Pemakaian Rasulullah SAW
Kembara Asuh pada bulan ini masih di kompleks
 Taman Seni Islam Selangor yang terletak di
 Shah Alam, sempena dengan Festival Kesenian
 Islam dan al-Quran. Jadi, kali ini Asuh akan
menceritakan pula mengenai replika rumah dan
pemakaian Rasulullah SAW. Jom, kita baca huraian
 selanjutnya dalam majalah Asuh bulan Oktober 2011 ya!
..................................................................................................................................................................................

 MOTIVASI SUPERNEURON
 Tajuk: Necktop Umpama Tanah Yang Paling Subur
 Otak atau necktop boleh juga kita umpamakan
seperti sebidang tanah yang paling subur. Sebagai
 pemilik tanah, kita bertanggunjawab sepenuhnya
terhadap tanah tersebut. Pelajar genius, sederhana,
lemah dan lembab kedua-duanya memiliki tanah yang
 sama. Bezanya cuma terletak pada kepercayaan.
 Pelajar genius percaya tanahnya itu tanah yang
 tersubur dan terbaik. Manakala pelajar sederhana,
 lemah dan lembab pula percaya sebaliknya.
 Dapatkan majalah Asuh bulan Oktober ini untuk
 mengetahui huraian selanjutnya.
..................................................................................................................................................................................

KIDS ON TWO
Tajuk: BUZZ Sebak Ketika Ziarah Ramadan
Walaupun Ramadan telah berlalu dan Syawal
 merangkak pergi, pengalaman ziarah Ramadan
Buzz bagi tahun ini cukup memberi kesan. Jika tahun
 lepas Buzz masih teringat-ingat bagaimana tiga
adik-beradik yang meneruskan hidup dengan cekal
 tanpa kedua orang tua mereka, tahun ini pengalaman
 bersama ASNAF turut memberi pengalaman yang
cukup menginsafkan Buzz serta tim produksi.
Jom kita baca dan lihat gambar Buzz dan kawan-kawan
 sepanjang ziarah Ramadan dalam majalah Asuh
bulan Oktober ini.
..................................................................................................................................................................................

BERSAMA UNCLE UNEH
Tajuk: Panduan Melukis Dan Mewarna Untuk Ibu Bapa
Istimewa kali ini, Uncle Uneh ingin berkongsi dengan semua
ibu bapa atau penjaga beberapa panduan melukis dan
 mewarna yang disertai oleh anak-anak. Jom, kita
sama-sama baca panduan yang diberikan ini dalam
Asuh Oktober ini!


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...