06 September 2011

Majalah Anis September 2011



 Artikel Menarik Dalam Anis Edisi September

 Tun Nurul Huda Abdul Rahim – Raih Kemenangan Berkat Tidak
 Berputus Asa
Pesanan dan kata-kata semangat daripada suami menjadi pendorong untuk
melangkah ke dunia penyiaran yang diimpikan sejak sekian lama.
Tun Nurul Huda mengakui seronok menjalani kehidupannya kini dan semakin
yakin menempuhi badai dalam kerjayanya. Ketahui cabaran-cabaran dan
liku-liku perjalanan kerjayanya dalam ruangan Tetamu Anis di muka surat 33.
..................................................................................................................................................................................

 Eksklusif Haji
Selepas menempuh Madrasah Ramadan umat Islam bakal menempuh satu
lagi medan latihan yang cukup agung iaitu Madrasah Haji.
Majalah Anis menyediakan 10 muka surat eksklusif Kembara Rohani
 sebagai persediaan jemaah haji untuk berangkat ke Tanah Suci.
..................................................................................................................................................................................

 Prihatin Nasib Warga Emas Terdampar
 Masih terbayang di dalam ingatan Abdullah Noel, 40, saat beliau terlantar
 di hospital enam tahun lalu akibat diserang angin ahmar. Ketika itu di
sebelah katil beliau turut dihuni seorang warga emas yang mengalami
nasib sepertinya cuma membezakannya beliau masih lagi mampu
menguruskan diri sendiri berbanding warga emas tersebut yang lumpuh
seluruh anggota badan.
“Hati saya sangat tersentuh melihat kesengsaraan warga emas tersebut yang
 saya kenali dengan nama Pak Cik Kamal. Hampir empat bulan lamanya dia
terlantar di katil namun sepanjang tempoh tersebut tidak pernah sekalipun
saya lihat keluarganya datang melawat jauh sekali untuk menjaga
Pakcik Azman … .” Keprihatinannya terhadap golongan warga emas yang
dibiarkan sakit tanpa waris membuatkan beliau tekad membuka pusat
jagaan warga emas yang diberi nama Pusat Jagaan Siti Noraini.
..................................................................................................................................................................................

Tip Memilih Perhiasan ‘Disukai’ Agama
Kadangkala pilihan pakaian sudah mengikut skema yang agama suruh,
 tetap ada juga beberapa ruang kesalahan yang masih ‘tidak disengaja’
dan boleh diperbaiki. Pakaian yang BETUL bukan setakat menutup aurat
dengan baik, malah ia perlu dihalusi dengan ciri PERHIASAN yang
digayakan dengan pakaian tersebut. Salah memilih aksesori dan ‘gaya’
memakainya, boleh menyebabkan maruah wanita Mukminah semakin
tercalar. Oleh itu, dapatkan panduan memilih perhiasan dan aksesori yang
akan ‘memuliakan’ penampilan diri wanita Mukminah melalui ruangan
Imej Muslimah di muka surat 84.
..................................................................................................................................................................................

Sambutan Hari Raya Cara ‘Berjemaah’
Kemeriahan perayaan selalu tertumpu ke kampung dan suasana ini
sepatutnya boleh ‘diimpot’ ke bandar juga. Cara menyambut raya berjemaah
ini adalah satu langkah ke arah itu. Apa yang dimaksudkan di sini adalah
sambutan rumah terbuka secara berjemaah. Jadinya satu taman atau
kawasan menyambutnya sekali. Cara ini bukan sahaja menjimatkan malah
dapat mengeratkan ukhuwah sesama jiran tetangga. Dapatkan tip seterusnya
daripada Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding
Kewangan Islam melalui kolum tetapnya dalam Majalah Anis.
..................................................................................................................................................................................

PIKATLAH DAKU DENGAN KATA-KATAMU!
Kadangkala apabila ada keinginan atau pesanan kita tidak ditunaikan oleh
 suami, perasaan tidak puas hati mulalah membara. Tapi selagi tidak
 menunjukkan marah, maka hati ini masih tak puas. Jadi, hendak memuaskan
hati punya pasal, dikeluarkanlah apa sahaja yang agak-agaknya boleh
dikeluarkan. Oleh itu, terjadilah perkara yang tidak diingini bak kata pepatah
kerana mulut badan binasa. Justeru, demi keharmonian rumah tangga,
maniskanlah kata-kata, pikatlah pasangan masing-masing dengan kata-kata
yang baik. Kata-kata kita melambangkan hati, buruk kata, maka buruklah
 hati. Baik kata, maka insya-Allah, baiklah hati.


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...