26 September 2011

Majalah Anis Bulan Oktober


Artikel Menarik Dalam Majalah Anis Bulan Oktober


 Fokus Utama : Menjana Rahmat Dalam Rumah Tangga
Rumah tangga adalah medium untuk kita beramal sebagai
bekalan untuk akhirat. Ruangnya begitu kecil iaitu dalam
 lingkungan sebuah rumah,tetapi di situlah mengalir dan
melimpah-ruahnya rahmat Allah. Suami
sebagai ketua keluarga, isteri sebagai pengurus
 rumah tangga dan anak-anak akan mendapat naungan
rahmat Allah ini. Rahmat Allah yang
 amat besar nilainya itu tidak diberi secara
sebarangan, melainkan kepada
mereka yang memelihara hak-hak Allah dan
hak-hak sesama sendiri dalam
 menjalani rutin hidup berumah tangga.
..................................................................................................................................................................................

 Prof. Dr. Muhaya Mohamad – Ubati Rohani Sebelum
                                                Rawat Pesakit
Langkah Dr. Muhaya dalam dunia perubatan juga diiringi
 dakwah. Beliau tidak mensia-siakan peluang bertemu
pesakit untuk menyampaikan dan mengamalkan sedikit
sebanyak ilmu agama yang dimilikinya.
Ikuti perjalanan menarik hidup
 Dr. Muhaya bersama keluarga dalam Tetamu Anis.
..................................................................................................................................................................................

 Eksklusif Haji :Melarik Mimpi Jadi Kenyataan
 Kita amat berharap untuk dijemput menjadi tetamu-Nya.
Sebagaimana adab bertamu tentulah ada tatacara
yang harus diikuti. Begitu juga perjalanan ke Tanah Suci.
 Majalah Anis sekali lagi menyediakan
10 muka surat eksklusif haji sebagai panduan kepada
jemaah haji agar beroleh keberkatan dalam mengerjakan
 haji.
..................................................................................................................................................................................

Resepi Kehidupan : Mak Wan Akan Kotakan!
Mak Wan rasa begitu tersentuh kerana anak- anak ini
tidak seperti kita. Tenaga mereka kurang, malah hendak
angkat beg juga kadang-kadang tidak mampu. Mereka
 juga tidak boleh terlalu penat, apatah lagi dalam
 keadaan murung. Jika mereka murung,
 bakteria HIV akan terus membiak dengan aktif. Jika
 mereka sakit pula,
mereka langsung tidak boleh berbuat
 apa-apa kecuali terkulai lemah.” Ikuti kisah Mak Wan
dan keluarganya yang mengambil inisiatif mengusahakan
rumah perlindungan untuk anak-anak yang menghidap
 penyakit HIV.
..................................................................................................................................................................................

Tip Pilih Seluar Suami
Kesejahteraan pakaian suami dan anak-anak adalah
di bawah bidang seliaan wanita (isteri/ibu) iaitu
‘pengurus’dalam keluarganya. Kadangkala
 pemilihan pakaian yang tidak betul boleh
menjejaskan imej suami seterusnya mencalarkan
apa sahaja aktiviti atau kerja yang dilakukannya.
Oleh itu,dapatkan tip memilih seluaryang sesuai
 untuk suami agar suami tampil
 terbaik, berkeyakinan dan ‘tinggi daya fikir’
 melalui ruangan Imej Muslimah di muka surat 70.
..................................................................................................................................................................................

“Kegagalan itu jambatan kepada batu-bata kehidupan.”
Siapa sangka kegigihan pasangan Hardy Adrian Chin
dan Nani Mansor menyelesaikan masalah yang
dihadapi anak bongsu mereka yang
berumur 11 tahun telah mencetuskan idea untuk mereka
 cipta alat bantuan mengajar bijak sifir dan
Matematik iaitu SIFIRA.Kini SIFIRA bukan sahaja
 dapat menyelesaikan masalah anak mereka,
malah turut membantu kanak-kanak lain agar
bijak menghafal sifir seterusnya
 mencipta kecemerlangan dalam subjek Matematik.


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...