26 September 2011

10 Hari Kebesaran Islam

Kisah Penurunan Al-Quran
Pada usia 40 tahun, Muhammad menerima wahyu dari Allah SWT di gua Hira’ dengan perantara Malaikat Jibrail a.s.  Memang sudah merupakan suatu perancangan Allah SWT, bahawa Muhammad adalah orang yang paling sesuai untuk menerima tugas mulia ini.  Masa remaja Muhammad diisi dengan banyak memikirkan tentang rahsia-rahsia alam ini.

Sering kali Muhammad menanyakan kepada bapa saudaranya Abu Talib, mengapa penduduk-penduduk Makkah menyembah berhala, patung yang tak boleh membuat apa-apa kecuali membisu dan diam. Oleh kerana pendiriannya yang sangat mempercayai akan ada sesuatu yang lebih berkuasa dari berhala-berhala itu, Muhammad sering merenung dan menyendiri di gua Hira’.

Aisyah r.a. meriwayatkan, “Sebelum kedatangan wahyu, yang pertama sering dialami Rasulullah SAW ialah mimpi-mimpi yang benar (ar-ru’ya ash shadiqah). Apayang sering terlihat dalam mimpi selalu terbukti kebenarannya secara nyata, seterang cahaya pagi. Setelah itu baginda terdorong untuk berkhalwat (menyepi atau menjauhkan diri dari segala kesibukan) di gua Hira’.  Di sana beliau beribadah selama beberapa malam, kemudian pulang kepada keluarganya untuk mengambil bekal dan melanjutkan khalwat berikutnya.

Demikianlah yang beliau lakukan hingga saat kedatangan ‘Al Haq’ (Kebenaran yang mutlak), iaitu kedatangan Malaikat Jibrail a.s untuk menyampaikan wahyu pertama.  اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ " (“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan...”). Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

 Sering kali Nabi Muhammad SAW bermimpi yang sangat mengejutkan baginda.  Pernah pada suatu hari, nabi bermimpi dengan mendengar ada yang mengatakan, “Hai Muhammad, sesungguhnya engkau adalah utusan Allah yang Maha Benar!”  Dan nabi pun terkejut bangun dan mencari-cari dari mana datangnya suara itu, lalu melihat semua penjuru penuh bermandikan cahaya yang gemerlapan.

Melihat tingkah suaminya yang cemas dan bingung terhadap mimpi-mimpi yang diterimanya, Khadijah mencadangkan agar Muhammad bertemu dengan Waraqah bin Naufal, yang terkenal sebagai ahli tafsir mimpi.

 Perbualan antara Waraqah dan Muhammad diriwayatkan seperti ini. Waraqah bertanya. “Dari mana engkau mendengar suara tersebut?” Nabi menjawab, “Dari atas.” Waraqah berkata, “Percayalah bahawa suara itu bukan bisikan syaitan, sebab syaitan tidak mampu datang dari arah atas, tidak pula dari arah bawah. Suara itu suara malaikat.”

 Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW pernah menyatakan, “Mimpi yang benar merupakan satu perempat puluh enam bahagian dari (wahyu) kenabian.”  Di waktu Muhammad menerima wahyu yang pertama, Muhammad bagaikan orang yang sangat takut kembali ke rumahnya menemui Khadijah menjelang pagi.

Diceritakanlah pengalamannya kepada Khadijah. Maka Khadijah memeluk Muhammad dengan kasih sayang dan dengan belaian sambil berkata, “Ya Abul Qasim, Allah melindungi kita, tenangkan dan mantapkan hati mu! Demi Allah nyawaku berada ditanganNya, aku berharap kamu akan menjadi nabi bagi umat ini!  Allah sama sekali tidak akan mendustakan mu... kamu seorang yang menjaga baik hubungan silaturahim, selalu berkata benar, sanggup menghadapi kesukaran, hormat kepada tetamu dan menolong orang-orang yang berada di atas kebenaran.”

 Mendengar perkataan Khadijah yang lembah lembut itu, tenanglah hati Muhammad. Ketika Muhammad tertidur dan berselimut, Khadijah dihantui oleh fikiran yang sangat membingungkannya.

Tidak beberapa lama, Khadijah pun pergi menemui Waraqah bin Naufal, seorang pendeta Nasrani yang terkenal sebagai ahli tafsir mimpi. Diutarakan pengalaman yang dialami Muhammad kepada Waraqah. Dengan wajah yang sangat terkejut, Waraqah berkata, “Quddus... Quddus.. Demi Tuhan yang menentukan hidup matiku, jika engkau percaya... hai Khadijah, yang datang kepadanya itu adalah malaikat terbesar yang dahulu datang kepada Musa dan Isa! Ia (Muhammad) adalah nabi bagi umat ini. Katakan kepadanya hendaknya ia tetap tabah dan mantap.”

 Dengan bergegas dan gembira, Khadijah lari ke rumahnya menemui Muhammad. Beliau melihat Muhammad sedang tertidur dengan nyenyaknya. Tidak beberapa lama, Muhammad membuka matanya perlahan-lahan dan baginda mendengar ada yang mengatakan sesuatu di depannya.

Bunyi satu kalimat itu, “Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan (kepada semua manusia) dan agungkanlah Allah, Tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu dan jauhilah perbuatan dosa. Janganlah engkau memberi (dengan harapan) mendapat balasan lebih banyak. Hendaklah engkau tabah (sabar) dalam melaksanakan perintah Allah. Tuhanmu!” 

Melihat Muhammad tersedar, Khadijah menceritakan yang dia menemui Waraqah kepada Muhammad. Direnung wajah Khadijah dengan penuh rasa kasih sayang dan berkata, “Khadijah, habislah sudah waktu untuk tidur dan beristirahat. Malaikat Jibrail menyuruhku memberi peringatan kepada semua manusia dan mengajak mereka supaya bersembah sujud serta beribadah hanya kepada Allah. Siapakah gerangan yang dapat aku ajak dan siapa pula yang akan menerima ajakanku?”

 Ketika itu, Khadijah menyatakan keimanannya. Pernyataan Khadijah sangatlah menggembirakan hati Muhammad. Tenteramlah hati baginda dan bertekad untuk menyampaikan amanah Allah SWT ini kepada seluruh umat manusia.

 Setelah wahyu pertama turun, bermulalah kehidupan Muhammad SAW, Khadijah dan pengikutnya diuji oleh Allah SWT. Segala gangguan, ejekan sehingga sampai pemboikotan ekonomi yang dilancarkan oleh kaum musyrikin di Makkah terus berlangsung.

Tapi disebabkan keimanan dan kecintaan yang kuat terhadap Allah SWT dan rasulNya, Khadijah tetap setia di samping suaminya, membantu serta mendorong untuk terus maju dan tabah menghadapi segala ujian ini.

Pemboikotan terhadap kaum Muslim oleh kaum Quraisy, menyebabkan Rasulullah SAW dan Khadijah diusir dari Makkah dan terpaksa tinggal di Syi’ib (dataran sempit di antara dua bukit) Abu Talib.  Kesetiaan pada  agama Allah SWT dan rasulNya, Khadijah rela meninggalkan segala harta kekayaan, rumah dan kerabatnya demi untuk membantu dan menemani Rasulullah SAW selama tiga tahun di Syi’ib Abu Talib. Penderitaan demi penderitaan dialami Khadijah, yang pada waktu itu sudah lanjut usianya, sangatlah mengganggu kesihatannya.

 Pemboikotan ekonomi yang pada mulanya dirancang untuk 3 tahun, atas bantuan Allah SWT pemboikotan itu hanya berlangsung 6 bulan kerana kertas bukti pemboikotan yang digantung di dalam Kaabah telah dimakan anai-anai. Mereka tak berhasil mengajak kembali kaum Muslimin untuk kembali ke agama mereka semula.

Setelah 6 bulan pemboikotan ekonomi itu, bapa saudara nabi iaitu Abu Talib, yang selalu mendidik, menjaga serta melindungi nabi menemui ajalnya. Khadijah yang mengalami sakit oleh kerana umurnya dan penderitaan di Syi’ib, tidak mengizinkan beliau mengikut suaminya menyaksikan kewafatan Abu Talib. Tidak lama selepas itu isteri baginda, Khadijah pula wafat dan tinggallah Nabi SAW sendirian meneruskan risalah yang diterima dari Allah Rabb Al-Jalil.

MRBK1055 10 Hari Kebesaran Islam
Rusydi Ramli Al-Jauhari

Harga : RM 16.90

Sila klik disini untuk Tempahan



Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...