17 August 2011

Sihat Dalam Tidur

Terdapat pelbagai posisi tidur yang sering diamalkan oleh kita,tapi dalam banyak-banyak posisi yang kita amalkan yang mana satu bagus untuk organ tubuh kita berfungsi dengan elok semasa tidur?
Berbaring dengan cara menelentang,meniarap,mengiring sebelah kiri atau kanan?

Tidur meniarap

Tidur dengan posisi begini akan menyebabkan kita berasa sesak nafas kerana tulang belakang akan menekan dan menghalang otot-otot dada berkembang semasa bernafas.Kita juga akan berasa senak perut,sakit leher dan sakit-sakit seluruh badan.Maka meniarap bukanlah cara yang terbaik untuk tidur.
Menurut pengkaji dari Australia mendapati peningkatan jumlah bayi yang mati mengejut adalah kerana ditidurkan dengan cara meniarap.

Tidur Menelentang

Posisi ini adalah yang paling kerap diamalkan oleh semua peringkat usia dan dianggap posisi tidur yang terbaik.Namun cara ini akan menyebabkan mulut terbuka semasa tidur kerana otot rahang sebelah bawah merenggang.Ini akan menyebabkan udara yang disedut ke paru-paru akan melalui mulut,bukannya hidung.
perlu kita ingat hidung merupakan organ pernafasan yang sangat penting yang dicipta oleh Allah S.W.T.
 Bulu hidung dan kelenjar-kelenjar mukus bertindak sebagai penapis dan melembabkan udara sebelum masuk ke paru-paru.Bahagian hidung dipenuhi dengan saluran darah yang berfungsi memanaskan udara yang sejuk agar sesuai dengan suhu badan.
  Tidur terlentang akan menyebabkan udara yang tidak bertapis masuk dari mulut dan terus ke paru-paru.Ini mendedahkan kita pada penyakit batuk,sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru-paru.

Mengiring Sebelah Kiri

Possi tidur ini juga tidak digalakkan kerana jantung akan ditindih oleh paru-paru kanan yang lebih besar berbaning sebelah kiri.Ini akan melemahkan denyutan jantung terutama mereka yang mengalami masalah jantung.
  Menurut kajian sekumpulan saintis yang diketuai oleh Galteh mendapatipergerakan makanan dari perut ke usus kecil mengambil masa hanya 5jam30 minit sahaja (maksimum) tetapi tempoh ini akan bertambah sehingga 8jam sekiranya mengiring sebelah kiri.

Mengiring Sebelah Kanan

Ini merupakan posisi tidur yang terbaik untuk kita tidur sepanjang malam.Mungkin kita tak biasa ,tapi jika diamalkan kita akan merasai kesannya.Tidur cara ini akan mempercepatkan proses pencernaan,mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung dan juga menapis serta melembabkan
udara yang masuk ke paru-paru.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Apabila kamu tidur,ambillah wuduk sepertimana kamu hendak menunaikan solat,kemudian berbaringlah dengan mengiring ke sebelah kanan.

Sumber Rujukan : Majalah Gen Q edisi Ogos 2011 terdapat banyak lagi isu-isu menarik yang akan dihuraikan dalam majalah ini,antaranya Khalwat dalam group Study Dalam Amanah Cinta Vs Cita-cita dan banyak lagi.Dapatkannya di kedai-kedai berhampiran anda atau klik disini

Testimoni Dari Pembaca Majalah Gen-Q



Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...