19 August 2011

Sabil Al-Muhtadin (Bab Puasa Dan Iktikaf)

Sabil Al-Muhtadin bab Puasa Dan Iktikaf ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang puasa dan iktikaf daripada kitab besar Sabil Al-Muhtadin karangan Kiai Al-Imam Al-Allamah Al-Hammam Al-Fahhamah Al-Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari yang telah disalin dan disusun semula oleh al-Ustaz Mohamad Haidzir bin Hussin bin Ibrahim, kemudian ia dipermodenkan bahasanya untuk mudah difahami oleh pembaca kontemporari tanpa berkurang maksud isi kandungan dan hukum hakamnya oleh al-Ustaz Fuad Ismail. Malah teks asal tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya. Puasa sebenarnya adalah antara amal ibadah kemasyarakatan yang paling hamper pada hati umat Islam selepas solat. Namun untuk memperhiasi dan memperhalusi amalan berpuasa ini hingga menjadi satu “hidangan” yang cantik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT perlu dititikberatkan tentang sunat, makruh dan sah batalnya. Buku ini menerangkan hukum-hakam hingga kepada perkara yang remeh-temeh. Sementara iktikaf pula merupakan suatu amal ibadah yang mungkin agak kurang difahami dan dihayati oleh umat Islam di Nusantara ini. Justeru kitab ini mengetengahkan fakta dan ilmu amalannya agar iktikaf dalam erti kata sebenarnya dapat hidup subur dan dihayati oleh semua peringkat generasi.



Penyusun: Ustaz Mohammad Haidzir Bin Hussain
Kod Katalog : TBBK 1167
Kod ISBN : 978-967-388-000-3
Harga : RM26.00


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...