16 August 2011

Misteri Syaitan Dirantai

Mungkin ramai diantara kita yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan syaitan dirantai di bulan Ramadhan,sedangkan dalam masa yang sama kita masih melihat masih ada yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan.Tidak kurang juga ada yang melakukan maksiat seta jenayah di bulan yang mulia ini.
  Kali ini En.Mohd Wahid  sebagai editor Syariah Di Telaga Biru Sdn.Bhd akan merungkai persoalan ini dalam majalah Solusi Edisi Ogos 2011.

   Hadis yang diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim
Dari Abu Hurairah R.A,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud "apabila bulan puasa tiba,maka terbuka pintu-pintu Syurga,tertutupnya pintu neraka dan syaita-syaitan akan dirantai."  

Jika hadis ini difahami secara tersirat,hadis ini bermaksud bulan puasa adalah bulan ibadah dan bulan utk kita mendekatkan diri pada Allah.Bulan dimana Allah melimpahkan ganjaran luar biasa serta dibuka pintu keampunanNya ketika bulan Ramadhan.Jadi atas kesedaran yang tinggi keatas manusia itulah yang mengakibatkan syaitan seakan-akan terbelenggu.
  Kalau hadis ini difahami secara tersurat pula,kita boleh katakan yang terbelenggu hanya syaitan sahaja tetapi nafsu tidak dibelenggu,jadi apabila gagal mengawal nafsu maka mereka tetap melakukan maksiat dan sebagainya.

Dalam hal ini ulama berbeza pendapat dalam menentukan maksud syaitan dirantai di bulam Ramadhan.Ada yg berpendapat hanya syaitan tertentu sahaja yang dirantai dan ada pula yang berpendapat kesemuanya.Terdapat juga manusia melakukan maksiat tanpa godaan syaitan kerana manusia itu sendiri dah jadi syaitan.

Ada ulama yang mengatakan hadis ini tidak diterangkan dengan terperinci oleh syarak maka kita kena menerimanya tanpa perbahasan.

Artikel ini diambil dari MAJALAH SOLUSI EDISI OGOS 2011 masih banyak lagi artikel-artikel menarik untuk dibaca antaranya Andainya ini Ramadhan terakhir layakkah kita berhari Raya,Badar Ramadhan,Makin Akrab Dengan Al-Quran Puasa Penyegar Hubungan Suami Isteri dan banyak lagi topik-topik yang menarik untuk kita baca.Boleh didapati di kedai buku berhampiran anda atau order secara online disini.



Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...