18 August 2011

Menyukat Solat Diri Jilid 2

Penulis : MISBAH EM MAJIDY

ISBN : 978-967-361-025-9

Harga :  RM19.00 / RM22.00


Solat bukan semata-mata medium berkomunikasi dengan Allah yang menjanjikan pahala. Malah
merupakan medium bagi membentuk karakter keperibadian seorang muslim. Justeru, solat yang betul mesti didahulukan dengan pelaksanaan wuduk yang sempurna. Ia dimetaforakan dengan membilas anggota badan, sebelum benar-benar membersihkan hati dan jiwa untuk menghadap Allah.

Solat yang dikerjakan dengan ikhlas dan sempurna, akan melahirkan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Orang yang rajin menunaikan solat, jiwanya tenteram, akhlaknya mulia serta pola hidupnya lurus dan benar. Dosa-dosanya diampuni, kesalahannya dihapuskan serta dimuliakan darjatnya di sisi Allah.

Anda tidak silap memiliki naskhah Menyukat Solat Diri Jilid Dua ini. Kupasan yang diketengahkan mengenai solat kali ini dilihat dari perspektif zahir yang jarang dititikberatkan oleh sebahagian daripada kita. Dalami hikmah dan keutamaan setiap perbuatan dan amalan bermula dari bersiwak, berwuduk, bersegera ke masjid, menjawab azan seterusnya menunaikan solat hingga selesai dengan penuh tertib. Akhirnya dengan sikap istiqomah kita, solat menjadi gudang pahala untuk kita dan modal utama untuk pelaburan di sana. Marilah kita menyukat tahap solat kita agar ia tidak hanya sia-sia di dunia dan merugikan di akhirat.



Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...