02 August 2011

Menarik Dalam Majalah Asuh Ogos 2011

Doa Dan Zikir

Kali ini ruangan Doa & Zikir berkongsi dengan para pembaca dua doa iaitu:
 • Doa Meningkatkan Keyakinan Diri
 • Doa Jika TakutBerhadapan Dengan Orang


PEKERTI MULIA
Tajuk: Langkah Menempuh Ramadan
Adik-adik, marilah sama-sama kita tempuhi Ramadan pada kali ini dengan sebaik-baiknya. Di sini dikongsikan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan. Moga-moga kita semua mendapat ganjaran yang besar daripada Allah sepanjang Ramadan.
Jadi, ayuh adik-adik kita beli dan baca majalah Asuh bulan Ogos ini untuk melihat panduan yang diberikan.

TIRU NABI
Tajuk: Berbuka Puasa Ikut Sunah
 Bagaimana kita mahu meniru Rasulullah SAW ketika berbuka puasa? Mudah sahaja. Kita hanya perlu mengikut amalan yang biasa dibuat oleh baginda. Mari kita lihat cara baginda berbuka puasa. Jom, kita beli dan baca majalah Asuh terbaru di pasaran ini.



Godaan Syaitan
Tajuk: Uhh ... Malasnya!
Kali ini Godaan Syaitan membawa kisah yang bertajuk Uhh ... Malasnya! Apa agaknya yang telah terjadi kali ini? Mesti adik-adik dan semua pembaca tidak sabar nak tahu kisah selanjutnyakan? Jadi, tunggu apa lagi cepat dapatkan majalah ASUH bulan Ogos di pasaran. Jangan lepaskan ye!



Nenek Bercerita: Alangkah Sedihnya Mayat
 Tajuk: Pengintip Nabi SAW
 “Begitulah Amir, kita yang hidup berasa sedih dengan kematian orang yang kita cintai. Mayat juga berasa sedih. Amir, selalulah berdoa agar kita meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah iaitu kematian yang baik. Hidup di akhirat adalah kekal dan selama-lamanya.
Rapi Diri
Tajuk: Percaya Pada Diri Sendiri
Jika adik-adik termasuk di kalangan mereka yang berasa rendah diri dan tidak yakin terhadap diri sendiri, berhenti beranggapan seperti itu. Tidak dinafikan, kita memang tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing, namun, jangan jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk berasa rendah diri. Jom, kita baca dan ikuti tip untuk memulihkan rasa tidak percaya pada diri dalam majalah Asuh bulan Ogos ini.



Klik Sekolahku!
Tajuk: SKLK Lahirkan Jaguh Boling Dan Gimrama
Muhammad Hafiz Zainuddin, 12 tahun, bangga menjadi pelajar Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat (SKLK), Hulu Klang, Kuala Lumpur. Di sekolah yang indah ini, bakatnya dalam sukan boling diasah sepenuhnya. Sekolah ini giat melahirkan pelajar yang bukan sahaja hebat dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum. Hasilnya, SKLK muncul sebagai jaguh dalam sukan boling dan gimrama. Untuk melihat gambar dan cerita selanjutnya, dapatkan majalah Asuh terbaru dipasaran.



Sudut Tanaman
Tajuk: Penanaman Pokok Sawi
Kali ini Pak Su memperkenal dan mengajar adik-adik mengenali serta cara-cara penanaman pokok sawi. Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan majalah Asuh bulan Ogos dipasaran untuk mengetahui huraian selanjutnya.



Kembara Asuh
Mari Mengawet Serangga
Pernahkah adik-adik mengawet serangga atau mempelajari bagaimana mengawet serangga? Sebenarnya cara-cara mengawet serangga sangat mudah. Adik-adik sendiri pun boleh melakukannya. Mari kita sama-sama lihat bagaimana serangga ini diawet dalam majalah Asuh Ogos yang kini berada di pasaran.



________________________________________________________________________________

Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...