02 August 2011

Menarik Dalam Majalah Anis Ogos 2011

Fedtri Yahya & Nurul Anati – Bina ‘masjid’ selepas bertemu di masjid
Penggambaran program Dari Masjid Ke Masjid di sebuah masjid di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur tahun lalu telah menemukan Fedtri dengan isteri tercinta. “Ketika itu, Anati mengikuti adik angkatnya ke masjid tersebut. Sejak pertemuan dengannya, kami hanya berbalas SMS dan tidak pernah sesekali keluar dating berdua-duaan. Kami hanya keluar secara berama-ramai,” imbau pengacara berusia 30 tahun ini. Fedtri mengimpikan untuk memiliki wanita yang mempunyai latar belakang agama yang baik kerana baginya, itulah saham yang akan dibawa ke akhirat kelak. Fedtri juga mahukan wanita yang menyenangkan dan ternyata Anati juga mempunyai ciri itu. Ikuti kisah perjalanan mereka membina ‘masjid’ dalam ANIS Ogos 2011.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
Cabaran Menjadi Seorang Hafizah
Biarpun dilahirkan sebagai golongan Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) namun itu bukanlah penghalang bagi Kutron Nada Marzuki, untuk terus menghafaz ayat-ayat suci al-Quran. Sehingga kini beliau telah berjaya menghafaz 13 juzuk al-Quran.
Mengakui cabaran menghafaz al-Quran terlalu tinggi, setiap orang mempunyai cara dan kaedah tersendiri dalam menghafaz. Dapatkan cara atau kaedah yang digunakan oleh Kutron Nada untuk menghafaz al-Quran dalam ruangan Tinjauan Eksklusif pada muka surat 51.

__________________________________________________________________________________

Tebu Pilihan Terbaik Untuk Bulan Puasa
 Air tebu bukan sahaja sedap diminum ketika tekak berasa kering kehausan, malah ia mengandungi sejumlah karbohidrat yang mampu memberikan tenaga kepada tubuh. Air tebu membekalkan glukosa kepada tubuh yang disimpan sebagai glycogen dan dibakar oleh otot apabila tenaga diperlukan. Oleh yang demikian, air tebu dianggap sebagai salah satu sumber tenaga yang sangat baik. Ia membekalkan tenaga segera kepada otot-otot yang aktif digunakan. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan juadah berbuka dan menyegarkan tubuh yang lesu setelah seharian berpuasa. Ikuti perihal tebu dalam ruangan Sihat Anggun, muka surat 64.

_________________________________________________________________________________


Adakah selamat wanita hamil untuk berpuasa?
Ramai wanita hamil tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal pada bulan Ramadan. Namun, adakah selamat wanita hamil untuk berpuasa? Beberapa pakar perubatan memberikan pendapat yang berbeza sama ada setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau meninggalkannya sepanjang kehamilan. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri. Oleh itu, doktor harus menilai seorang wanita hamil secara perseorangan kerana hukum wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang. Dapatkan tip dan panduan untuk wanita hamil berpuasa melalui ruangan Tanya Doktor di muka surat 74.

_________________________________________________________________________________


Hijrah Berbelanja
Belanja dapur selalunya merupakan antara kategori perbelanjaan yang besar. Saya pasti pada kategori ini anda boleh berjimat di antara 10-20 peratus pada bulan Ramadan. Jadi, jika perbelanjaan ini di antara RM500-RM1,000, penjimatan bernilai RM50-RM200 sebulan. Penjimatan ini sebaiknya digunakan untuk ‘tabungan amal’ atau disedekahkan untuk jamuan berbuka di masjid atau ke rumah-rumah anak yatim atau jiran-jiran yang memerlukan. Sekiranya penjimatan ini boleh diteruskan pada bulan-bulan seterusnya ini merupakan penghijrahan perbelanjaan yang berkesan. Dapatkan tip seterusnya daripada Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding Kewangan Islam melalui kolum tetapnya dalam Majalah Anis.

_________________________________________________________________________________

Mahmudah vs Mazmumah
 Sesuatu yang bernilai pasti menjadi idaman setiap manusia, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Nilai Ramadan tidak dapat dirasai oleh mata kasar manusia, namun hati yang bersih dapat merasakan betapa besarnya nilai Ramadan yang dianugerahkan kepada umat Muhammad. Bukan sahaja kemuliaan yang ada pada Ramadan malah Allah tambahkan lagi kemuliaan Ramadan dengan anugerah malam Lailatulqadar. Sebaliknya orang yang buta mata hatinya pasti tidak dapat merasakan betapa besarnya nilai Ramadan, sebaliknya yang dirasakan hanyalah kesusahan kerana kelaparan pada siang hari, kepenatan dan keletihan serta berbagai-bagai keluhan.

 ________________________________________________________________________________


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...