09 August 2011

Kelebihan Wuduk Dari Sudut Kesihatan

 Badan kita selalu terdedah pada ancaman musuh yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ada kalanya kita terlupa akan kewujudannya meskipun ianya mengancam kita selama 24 jam sehari.
 Musuh itu sebenarnya kuman-kuman dan debu yang sentiasa wujud disekeliling kita.Ianya tidak berhenti-henti menyerang dan merosakkan tubuh kita.Jadi apakah tindakan kita,adakah hanya membiarkan sahaja kita diserang hingga jatuh sakit?
  Tidak...agama islam mengajar kita satu cara yang mudah untuk mengatasi kemudaratan ini,bahkan kita selalu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari.Cara tersebut ialah dengan berwuduk..Tujuan utama berwuduk adalah kerana untuk menunaikan solat dan sudah tentu ada hikmah disebalik kewajipan berwuduk sebelum bersolat.Marilah kita sama-sama memerhatikan apakah kelebihan wuduk dari sudut kesihatan.

Berkumur

Kuman akan membiak dengan pantas sekiranya terdapat sisa makanan di dalam mulut kita.Kuman itu akan menjadi penyebab penyakit seperti ulser mulut,kerosakan gigi dan sebagainya.Cara mengatasinya ialah dengan berkumur.Sains telah membuktikan dengan berkumur dapat mencegah mulut dan kerongkong daripada jangkitan kuman dan radang.Bahkan ianya mampu membuang sisa makanan di dalam mulut yang boleh menyumbang kepada kerosakan gigi.

Membasuh Hidung

Udara kotor yang kita sedut ketika bernafas mengandungi membawa pelbagai kuman dan debu.Kuman-kuman ini menyebabkan batuk,selesema,demam sakit kerongkong dan sebagainya.Jadi apabila kita membasuh hidung ketika berwuduk,sudah tentu ianya dapat menyucikan rongga hidung dan membuang sebahagian besar kuman tersebut.

Membasuh Muka Dan kedua tangan

Bagi kaum lelaki bahagian muka dan kedua tangan sehingga siku sering terdedah pada bakteria dan debu kerana ketika keluar rumah mereka selalunya memakai baju berlengan pendek.Jadi dengan membasuh muka dan tangan ianya dapat menyingkirkan debu,bakteria dan bahan berlemak yang tedapat pada peluh yang boleh membantu pertumbuhan bakteria pada permukaan kulit.

Membasuh kaki

 Kaki merupakan anggota yang mudah terdedah pada kotoran ketika berjalan.Segala debu dan kotoran serta cecair akan melekat pada kaki ketika berjalan.Maka bewuduklah jalan penyelesaiannya kerana kita membasuh kaki beberapa kali sehari ketika berwuduk.

Kelebihan lain

Kajian menunujukkan aliran darah dari bahagian tangan ke siku dan kaki adalah lemah berbanding anggota yang lain,jadi dengan menggosok anggota badan ketika berwuduk akan meningkatkan aliran darah pada bahagian tersebut serta dapat meningkatkan fungsi serta aktivitinya untuk kerja seharian.Selain itu kesan pancaran ultra Voilet boleh menyebabkan kanser kulit.Kesan cahaya matahari ini dapat dikurangkan dengan membasuh bahagian tersebut kerana air dapat melindungi kesan-kesan merbahaya  sinaran matahari pada permukaan luar dan dalamnya.

Sumber Rujukan : Majalah Gen Q (Manual Remaja Bertakwa)

Sekiranya ingin memiliki majalah ini sila dapatkannya di kedai-kedai berhampiran atau d[atkannya secara online disini.


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...