05 July 2011

Menarik Dalam Majalah Asuh Edisi Julai

PEKERTI MULIA
Tajuk: Adab Bertandang Ke Tempat Kenduri
Adik-adik mungkin pernah mengikuti ibu bapa adik-adik bertandang ke tempat kenduri yang dianjurkan oleh saudara-mara, jiran atau sahabat-handai terutama pada musim cuti sekolah. Tidak kiralah kenduri kesyukuran, doa selamat, perkahwinan mahupun tahlil.
Oleh yang demikian, majalah Asuh ingin berkongsi beberapa adab dan etika ketika bertandang ke tempat kenduri. Jadi, ayuh adik-adik kita beli dan baca majalah Asuh bulan Julai ini untuk melihat panduan yang diberikan.

TIRU NABI
Tajuk: Indahnya Akhlak Rasulullah
 Adik-adik, kali ini mari kita melihat sekaligus mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Akhlaknya begitu terpuji dan sesuai dengan fitrah manusia. Adik-adik tidak akan pernah rugi jika mengikuti setiap akhlak Rasulullah, malah jaminannya pula adalah syurga. Mari kawan-kawan, kita sama-sama baca dan mencontohi akhlak baginda SAW. Jom, kita beli dan baca majalah Asuh terbaru di pasaran ini.


Godaan Syaitan
Tajuk: Syaitan Hampir Berjaya
Kali ini Godaan Syaitan membawa kisah yang bertajuk Syaitan Hampir Berjaya. Apa agaknya yang telah terjadi kali ini? Mesti adik-adik dan semua pembaca tidak sabar nak tahu kisah selanjutnyakan? Jadi, tunggu apa lagi cepat dapatkan majalah ASUH bulan Julai di pasaran. Jangan lepaskan ye!


Faham Fikah
Tajuk: Menyucikan Najis Kencing
Air kencing adalah najis dan wajib dibersihkan dengan kaedah penyucian tertentu. Imam asy-Syafii berpendapat, bersuci daripada najis merupakan fardu yang dibebankan ke atas setiap orang Islam. Bersuci daripada najis kencing sama sekali tidak boleh dianggap sebagai perkara mudah lalu tidak diberikan tumpuan yang sewajarnya.
Jadi, tunggu apa lagi dapatkan majalah Asuh terbaru ini di pasaran sekarang untuk mengetahui huraian selanjutnya yang diberikan oleh Ustaz Dr. Nik Yusri.


Ilmuan Islam
Tajuk: Impian Si Buta
Ilmuwan Islam kali ini membawa adik-adik mengenali lebih dekat seorang tokoh yang ditakdirkan sebagai insan OKU kerana mengalami cacat penglihatan. Akan tetapi kerana semangat juang yang tinggi, beliau berjaya mencapai cita-citanya untuk bergelar seorang doktor. Siapakah dia adik-adik? Ilmuwan Islam yang dimaksudkan ialah Daud al-Antaki. Jadi, jangan lupa untuk ikuti siri pertama kisah mengenai beliau dalam majalah Asuh terbaru di pasaran!


Nenek Bercerita: Rasulku Idolaku
 Tajuk: Pengintip Nabi SAW
 Tujuan Nabi SAW menghantar sariyyah atau pengintip ini bukan untuk kepentingan peribadi Baginda SAW melainkan untuk perjuangan Islam. Ia berbeza dengan sikap orang Munafik yang berpura-pura memeluk agama Islam, kemudian menghancurkan Islam dari dalam. Itu perbuatan yang amat jahat di sisi Allah SWT. Jadi, jangan lupa untuk mengetahui kisah ini dalam majalah Asuh bulan Julai 2011 ya!

Rapi Diri
Tajuk: Percaya Pada Diri Sendiri
Jika adik-adik termasuk di kalangan mereka yang berasa rendah diri dan tidak yakin terhadap diri sendiri, berhenti beranggapan seperti itu. Tidak dinafikan, kita memang tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing, namun, jangan jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk berasa rendah diri. Jom, kita baca dan ikuti tip untuk memulihkan rasa tidak percaya pada diri dalam amjalah Asuh bulan Julain ini.


Klik sekolahku!
Tajuk: SKLK Lahirkan Jaguh Boling Dan Gimrama
Muhammad Hafiz Zainuddin, 12 tahun, bangga menjadi pelajar Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat (SKLK), Hulu Klang, Kuala Lumpur. Di sekolah yang indah ini, bakatnya dalam sukan boling diasah sepenuhnya. Sekolah ini giat melahirkan pelajar yang bukan sahaja hebat dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum. Hasilnya, SKLK muncul sebagai jaguh dalam sukan boling dan gimrama. Untuk melihat gambar dan cerita selanjutnya, dapatkan majalah Asuh terbaru dipasaran.

 
Sudut Tanaman
Tajuk: Penanaman Pokok Sawi
Kali ini Pak Su memperkenal dan mengajar adik-adik mengenali serta cara-cara penanaman pokok sawi. Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan majalah Asuh bulan Julai dipasaran untuk mengetahui huraian selanjutnya.



Kembara Asuh
Mari Mengawet Serangga
Pernahkah adik-adik mengawet serangga atau mempelajari bagaimana mengawet serangga? Sebenarnya cara-cara mengawet serangga sangat mudah. Adik-adik sendiri pun boleh melakukannya. Mari kita sama-sama lihat bagaimana serangga ini diawet dalam majalah Asuh Julai yang kini berada di pasaran.
Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...