01 July 2011

Menarik Dalam Majalah ANIS Edisi Julai 2011


Aurat Pakej Harga Diri Wanita
Firman Allah SWT:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al-Ahzab: 59)

     Kenapa Allah menyuruh wanita melabuhkan jilbab? Ini kerana Allah SWT hendak menyuburkan sifat malu pada setiap wanita. Malu untuk mempamerkan batang tubuh yang pasti menjadi tarikan setiap lelaki yang melihatnya. Dan pastinya apabila seorang wanita itu memiliki sifat malu, cara berjalannya juga penuh sopan dan menundukkan pandangan. Ini membentuk kesantunan peribadi. Demikian tingginya martabat sifat malu yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada iman seseorang.

Dapatkan penjelasan sebenar tentang aurat yang merupakan pakej harga diri wanita yang mahal harganya. Ikuti juga kupasan pandangan daripada dua tokoh yang berwibawa iaitu Prof. Madya (K) Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi HUKM dan Ustazah Nurul Iman Dzulkefly, Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa (IIC) mengenai 7 prinsip menutup aurat dalam Interviu Fokus Anis Julai 2011.


Maruah Diri Anugerah Tidak Ternilai
Orang yang mendedahkan aurat sama ada secara langsung atau dalam laman sosial adalah orang yang membuka keaibannya sendiri kepada orang lain. Mendedahkan aurat sedangkan Allah SWT memerintahkan ditutup atau dilindungi, bermakna kita sendiri yang menayangkan keaiban maruah kita. Sekalipun kita melihat perkara tersebut kecil, namun apabila ia membabitkan pelanggaran arahan Allah SWT maka ia bukan perkara kecil malah ia adalah perkara besar yang perlu diberi perhatian. Berapa banyak perkara yang dilihat sebagai enteng atau kecil oleh manusia namun di sisi Allah SWT sebagai dosa besar.

Firman Allah SWT: “Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil padahal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar.” (An-Nur: 15)

Akhirnya Allah buka jalan untuk saya pergi lebih jauh.”
 Satu ketika dahulu, Puan Suzaina Othman, 43, atau lebih dikenali sebagai Kak Lin hampir berputus asa kerana penyakit talasemia yang dihadapi anak bongsunya, Amirul Amin Abdul Rahim. Melihat ada insan lain yang lebih hebat menanggung penderitaan, beliau mendapat motivasi untuk mengubah haluan hidup. Tidak mengalah dengan apa yang dilaluinya, akhirnya Allah SWT memberikannya petunjuk bahawa bidang pendidikan adalah jalan keluar untuknya mengorak langkah kejayaan.
“Alhamdulillah, akhirnya Allah buka jalan kepada saya untuk pergi lebih jauh,” katanya yang sukakan kanak-kanak dan aktiviti kemasyarakatan. Siapa sangka dengan niatnya yang tulus akhirnya beliau berjaya membuka enam buah pusat penjagaan kanak-kanak di sekitar bandar Rawang, Selangor.


Dugaan Untuk Kuatkan Iman
Kadang-kadang hidup ini sukar untuk diramal dan masa depan tidak boleh diduga. Lain yang kita rancang lain pula yang akan datang. Sebagai hamba-Nya kita harus bersabar dan kuatkan semangat, tidak boleh berputus asa. Kita tidak boleh selalu menang dalam semua perlumbaan. Adakalanya kita kalah dan kita harus belajar menerima kekalahan itu. Tuhan mahu kita belajar menerima kekalahan dan mengajar kita untuk lebih berani menghadapi hidup. Ikuti buah fikiran Datuk Raya Erom dalam ruangan Pesan Bonda.


Berani Mulakan Langkah Pertama
Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya. Sehinggalah lapan bulan berlalu, ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta dia bertemu anaknya.
Encik... silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya ...” Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
“Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia di sini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya.” Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara.
“Tapi ... tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang al-hafiz?” bisik ustaz ke telinganya.

Baca sambungan kisah yang amat menyentuh hati ini dalam ruangan Fitnah Zaman, tulisan Ustaz Zul Ramli M. Razali.

Mendidik Anak Solat
Seorang teman pernah berkata kepada saya,

“Prof, dulu saya tidak tinggalkan solat berjemaah di masjid. Kini, sejak menjawat jawatan Timbalan Pengarah, saya kesibukan dan tidak lagi berupaya ke masjid.”
Saya menguji beliau, “Besok, marilah kita solat Subuh di masjid negeri. Saya tunggu jam 5.30 pagi.”

 Tentu sekali ia bukan merupakan masalah besar bagi kami yang berada di luar kawasan, mempunyai pemandu dan menginap di hotel yang sangat hampir dengan masjid negeri yang tersergam indah. Beliau tidak muncul.
Maksud saya, solat Subuh sepatutnya tidak dikaitkan dengan kesibukan pangkat dan kuasa. Tiada bos yang boleh dipersalahkan kerana mengendalikan mesyuarat melangkaui waktu utama solat. Ia pilihan sendiri. Lalu saya fikir, ujian suka yang Allah berikan telah melalaikan ramai manusia.
Walau bagaimanapun, bagi saya ujian anak merupakan salah satu ujian Allah yang besar yang dikurniakan dalam kehidupan manusia. Ujian utama ialah bagaimana mahu mendidik mereka supaya sentiasa menunaikan solat lima waktu. Sebagai ibu bapa, saya mahu mereka sentiasa bersolat walaupun tanpa kehadiran kita. Ia asas penting kepada pembentukan menjadi manusia yang baik di sisi Allah.

Dapatkannya di kedai berhampiran anda atau secara online di  E-store Kami

Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...